Friday, April 27, 2007

Entry Basi I

Januari 2000
Kami sekeluarga mendaftar di Tabung Haji. Masa ni, tak terjangkau dek fikiran yg saya dapat ke sana seawal ini. Targetnya mungkin bila dah kerja nanti.
Mei'04
Dengan limpahan rezeki yg Allah berikan, kami sekeluarga beangkat menunaikan umrah. Ingat lagi masa ni, lagi seminggu cuti sem3 baru saya dapat tau keputusan mak n ayah untuk membawa kami ke sana. Menggelabah jugak sbb dibahu saya sudah tergalas satu tanggungjawab yg amat berat. Saya tak sempat bagitau sahabat2 cuma seorang dua saja yg tau. Saya dapat rasakan insan yg ditugaskan bersama saya kurang menyenangi pemergian mengejut saya.
Dengan rendah diri saya pergi menghadap-Nya. Pertama kali menjejakkan kaki di sana. Terasa kerdilnya diri. Insaf. Betapa saya ini hambaNya yg selalu alpa dngan nikmat yang diberikan. Betapa saya ini hambaNya yg terlalu sedikit mengucap syukur atas segala kurniaannya. Betapa saya serba tak kena.
Walau bagaimanapun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berada dikalangan ahli rombongan yg veteran memang amat menguji kesabaran saya. Saya seronok kerana seperti dimanja2 oleh semua orang. Walau hakikatnya saya sudah melangkah usia 20-an. Dengan pengalaman sendiri dan ahli rombongan yg lain, betul2 menguatkan azam saya untuk kembali menjejakkan kaki berulang kali ke sana. Saya betul-betul jatuh cinta.
Julai'06
Cuak. Cuma saya dan adik menerima surat tawaran. Sedangkan mak, ayah dan tok bagaikan tercicir nama. Khabar buruk dari TH, kami mungkin terpecah dari kumpulan asal. Memang benar hubungan ukhuwah itu jika didasari hubungan kita dengan Allah pasti barakah akan dikecapi. Seminggu kami bersolat hajat mohon tidak terpisah dan dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, sekali surat rayuan dihantar...kami sekeluarga berpeluang ke sana bersama. Ya Allah permudahkanlah jalan kami!
Kami memilih pakej Fairuz, penginapan yg lebih dekat dengan masjid. Mudah kami sekeluarga berulang alik solat fardhu di Masjid. Alhamdulillah....mudah semuanya.
November'06
Tarikh berangkat sudah diketahui. Tak banyak barang yg dibeli lantaran barang2 yg digunakan semasa umrah masih boleh dipakai. Telekung cuma ditambah satu. Yang baru mahu dipakai ketika di Arafah. Maklum sajalah...umpama hari pengadilan. Segalanya harus sebersih mungkin. Semangat baru untuk berubah...mudah-mudahan InsyaAllah.....
Disember '06
Berangkat ke Kelana Jaya. Golek2 sambil revise segala praktis dan doa di tanah suci. Saya berkenalan dengan maklong dan adik2 nya, mak uda dan maklang. Tiga-tiga dari Kulim. Alhamdulillah baik sangat. Terasa seperti sudah lama berkenalan. Untung kami dari pakej yang sama. Dapatlah bersua lagi di Makkah dan Madinah.
KT37- Madinah Airport....Damai...jauh bezanya dengan Jeddah yang penuh dengan hiruk pikuk dunia. Everything running smoothly. Kami dibawa ke Anwar Al-Madinah Movernpick hotel. 300meter dari al-Haram al-Syarif~ masjid nabawi. Memang penat mengejar waktu. Maklum saja lah musim sejuk, waktu siang terasa amat pantas berlalu. beza waktu Zuhur dan Asar cuma lebih kurang sejam saja. Dan suhu di waktu subuh yang amat-amat minimum. 4 lapis baju pun terasa sejuk menyucuk tulang. Musim-musim begini memang banyaklah umat-umat yg berasal dari negara sejuk memakai Khuf. Pertama kali tgk live macam mana rupa khuf dan praktikal wudhuk atas khuf. Alhamdulillah...syukur Allah beri saya kesempatan sebegini.
Ditakdirkan...saya beberapa kali bersolat disebelah jemaah dari Perancis. Sangat sopan. Boleh sikit-sikit bertutur dalam English dan Arab. Fatima seorang doktor. Dan adiknya, saya tak pasti apa namanya. Bercerita mengenai muslimat di Perancis. Simpati. Hakikatnya, banyak hikmah yang tersembunyi sebenarnya di sebalik tekanan yang mereka hadapi. Muslim di sana betul-betul berdikari memajukan umat. Mereka bangunkan segala-galanya supaya peluang kerja dapat diberi kepada muslimat bertudung. Saya kagum amat kesungguhan mereka menghafaz Al-Quran semasa iktikaf. Saya cuma sempat khatam sekali di Madinah.
to be continue....