Friday, September 08, 2006

Rezeki

Lama benar saya tak update. Bersawang berhabuk betul di sini. Lumut pun dah mula tumbuh sikit2. Sibuk benar akhir-akhir ini. Alhamdulillah...Saya dah mula bekerja di Taska. Penat tapi seronok. Seronok melihat telatah anak2 didik yang keletah dan comel. Seronok sebab saya tidak perlu menggarangkan diri lebih-lebih sangat disebabkan wajah saya yg dah mmg sedia nampak garang. hihi..
Ini lah wajah-wajah anak-anak didik saya...
Alhamdulillah juga... status saya sudah berubah dari jemaah haji stand by kepada jemaah haji terpilih.
Alhamdulillah lagi...kerana saya terpilih untuk menghadiri temuduga di MAIWP dan KPLI-jQaf.
Doakanlah mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan saya.
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf andai ada salah dan silap buat siapa - siapa yang terbaca blog saya yang dhoif ini. Saya minta halalkan andai saya termakan, terminum dan ada hak2 yang tidak saya tunaikan. Kalau ada yang ingin menuntut hak atau hutang piutang bolehlah hubungi saya di cthurairah@yahoo.com
Akhirul kalam...doakan semoga saya mendapat haji yang mabrur. Wallahu'alam.
Ramadhan Kareem!