Thursday, August 03, 2006

Al-Ajru 'ala qadril musyaqqah

Nafsu: Tuhan tidak adil, kenapa saya sering ditimpa masalah?

'aqal: Sabarlah, setiap musyaqqah yang Allah berikan pasti ada ganjarannya.

Nafsu: Sabar apanya kalau dah selalu begini. Orang lain tak pula ditimpa masalah seperti saya.

'aqal: Itu tandanya awak banyak dosa. Allah mahu menyucikan diri awak. Allah masih sayangkan awak. Awak tahukan, ujian itu tanda kasih sayang Allah buat hambaNya.

Nafsu: ya saya tahu itu. Tapi, orang kafirkan lagi banyak dosa...kenapa mereka hidup bersenang lenang dan bahagia.

'aqal: Jangan lah bersangka buruk dengan Allah. Dia bekerja dengan cara yang tidak kita ketahui. Sabarlah. Tanamkan dalam diri awak... al-Ajru 'ala qadril musyaqqah. Awak orang baik tapi lemah iman. Inilah caranya Allah mahu awak menghadapNya dengan cara yang paling bersih. Banyakkan istighfar.

Nasfu: Ya saya mahu menghadap tuhan dalam keadaan yang paling bersih. Doakan saya!