Wednesday, August 09, 2006

Dosa & Pahala

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebajikan Maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosaMaka sesungguhnya keseronokkan itu akan hilang dandosa itu akan terus kekal.
- Saidina Ali bin Abi Talib
absence makes the heart grow fonder ;P

Thursday, August 03, 2006

Al-Ajru 'ala qadril musyaqqah

Nafsu: Tuhan tidak adil, kenapa saya sering ditimpa masalah?

'aqal: Sabarlah, setiap musyaqqah yang Allah berikan pasti ada ganjarannya.

Nafsu: Sabar apanya kalau dah selalu begini. Orang lain tak pula ditimpa masalah seperti saya.

'aqal: Itu tandanya awak banyak dosa. Allah mahu menyucikan diri awak. Allah masih sayangkan awak. Awak tahukan, ujian itu tanda kasih sayang Allah buat hambaNya.

Nafsu: ya saya tahu itu. Tapi, orang kafirkan lagi banyak dosa...kenapa mereka hidup bersenang lenang dan bahagia.

'aqal: Jangan lah bersangka buruk dengan Allah. Dia bekerja dengan cara yang tidak kita ketahui. Sabarlah. Tanamkan dalam diri awak... al-Ajru 'ala qadril musyaqqah. Awak orang baik tapi lemah iman. Inilah caranya Allah mahu awak menghadapNya dengan cara yang paling bersih. Banyakkan istighfar.

Nasfu: Ya saya mahu menghadap tuhan dalam keadaan yang paling bersih. Doakan saya!


Tuesday, August 01, 2006

Hairan

Hairan ya...banyak betul perarakan-perarakan raksasa untuk tujuan membantah tindakan Israel melanyak Lubnan. Tapi...jaaaaarang sangat ke tak pernah lagi setakat ini...kedengaran kita adakan solat hajat berwirid dan berdoa beramai-ramai mohon supaya yahudi laknatullah itu hancur musnah. Kenapa ya?!


Berarak beramai-ramai itu bagus...biar dunia sedar akan isu penting ini. Tetapi, apa gunanya kita sekadar berarak...sedangkan penggantungan kita terhadap Allah itu tidak setara mana.
Oh, mungkin juga saya silap...kita doa sendiri-sendiri ya? Patutla ada masjid yg cuma tinggal 3,4 orang sahaja jemaah nya.


hairan...hairan.

P/s: kepada anda yang turun berdemo, jgn lupa lazimi qunut nazilah sekurang2nya... kalau tidak, anda sama saja seperti ayam betina yg riuh sekampung bila bertelur... habis suara bertakbir waktu demo, habuk pun tarak!