Saturday, July 22, 2006

Satu

Saya terbaca satu post mesej dr yahoogroup ALKIS. Si penulis beria-ia menulis tentang betapa jahatnya Puak Syiah. Telah saya maklumi dia smemangnya arif hal-hal berkaitan sunnah. Tapi sayangnya, kenyataannya boleh menyebabkan ada yang berpendapat bahawa menolong dan bekerjasama menolong dan mendoakan saudara-saudara kita di Palestin, Lubnan, Iraq dan Iran.
Bukankah apa yang penting adalah kesatuan ummah. Menolong saudara dalam kesusahan itu wajib. Tidak mendoakan saudara kita itu bakhil. Buat apalah kita mengulangi sejarah yang sudah berlaku sehingga runtuhnya khilafah suatu ketika dahulu. Sunni or Syiah, kita tetap muslim. Kan lebih elok andai kita bersatu?
Benar, kita seramai buih di lautan, mudah pecah tika dihempas gelora. Saya hairan melihat orang yg alim yg prejudis. Tapi hakikatnya, itulah manusia, mungkin itu kekurangannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home