Sunday, July 02, 2006

Rezeki

Lebih 2 bulan saya menganggur. Saya ketemu banyak iklan-iklan kerja kosong. Tapi sayang, 99.99% memerlukan saya menetap di KL. Saya berminat. Tapi bila memikirkan hal-hal lain terpaksa saya lupakan hasrat itu. Apa ya yg perlu saya lakukan. Pengalaman sahabat saya mencari kerja di sekitar sini semuanya bertanyakan cable yang ada. Hairan ya, apa perlunya cable sedangkan calon tersebut berkelayakan?

Yang pastinya belum ada rezeki untuk saya bekerja secara rasmi. Bekerja secara tak rasmi memang tak pernah saya berhenti melakukannya. Apa? Apalagi kalau bukan kerja-kerja di rumah.

Kerja yang terbaru yang saya terima ialah tempahan cadar dari ummi selain menjadi pengasuh untuk Ammar, Anas dan Afifah. hehehe...

Oh ya, untuk dikongsi bersama, bagi siapa yg berhajatkan sesuatu...amalkanlah Ya Raheem sebanyak 100 kali setiap kali lepas solat. Selain solat hajat dan solat dhuha, amalkan juga surah Al-Waqi'ah setiap kali lepas solat 'Isyak. InsyaAllah, Allah akan permudahkan hajat kita. Especially yang belum bekerja. :)


"Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah akan menambahkan dengan lanjut umur dan menolak dengan kematian yang tidak baik dan dihindarkan semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan." (Riwayat Abu Ya'ala dari Anas r.a.)

1 Comments:

At 7:47 AM, Blogger cPoL said...

cuba tanya madrasah an-nur, pendang, kot-kot depa ada kosong. Dulu depa ada tanya ana kalau-kalau ada graduan yang belum bekerja...

anyway moga berjaya dalam hidup.

 

Post a Comment

<< Home