Wednesday, July 12, 2006

Kisah Dari Masjid

Seorang ustaz yang dicabar…
Seorang jawatankuasa masjid terasa kepedasan cili…
Para jemaah yang terpinga-pinga…
Semua ini sandiwara semalam…
Tempat penyatu jemaah qaryah…
Tercalar imejnya dengan sandiwara semalam…
Riang gembiralah orang yang memakan cili…
Kerana rasa pedas itu sudah tiada lagi…
Saya juga yang patah hati…
*****************************************
Wahai orang-orang bergembira…
Ketahuilah, uslub da’wah itu pelbagai…
Kerna manusia itu tidak semua berambut hitam…
Hati manusia juga tak semuanya merah…
Andai uslub itu cuma satu…
Sudah pasti syiar itu tidak sampai ke sini...
Pasti jua kita tidak seaman hari ini…
Tapi sayang…
Kalian tidak nampak semua itu…
Hidup ini bukan sekadar mengisi tembolok…
Hidup ini adalah menunaikan hak…

Ingatlah kalian janji Allah…
Setiap yang kita lakukan di dunia ini pasti ada habuannya…
Tidak di sini, di sana pasti…
******************************************
Wahai orang-orang berduka lara…
Jangan takut jangan bersedih
Janji Allah itu pasti…
Tidak hari ini…
InsyaAllah di lain hari…
Kerna Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar…
Ingatlah…
Bahawa jalan yang dilalui ini memang perit menyakitkan…
Penuh onak dan duri…
Penuh mehnah dan tribulasi…
Hanya sabar dan syukur pengubatnya…
*****************************************
Wahai semua saudara saya…
Ingatlah kita semua bersaudara…
Kenapa kita perlu bersengketa…
Ingatlah kalian…
Walau kita berlainan jemaah…
Itu cuma satu wasilah…
Ummah jualah matlamat kita…
Mardhatillah itu lebih utama…
Walau doa nabi yang ketiga itu tidak dimakbulkan…
Apalah salahnya kita bersepakat atas satu aqidah…
Tiada rugi malah rahmatnya melimpah ruah…
Ya Aziz Ya Ghaffar…
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami…
Hanya engkau yang mengetahui segalanya…
Berikanlah petunjuk dan hidayat buat kami…
Agar kami tidak terpesong dari jalan Mu…

*************************************

Maafkan saya andai celoteh ini mengguris mana-mana pihak. Maaf juga andai celoteh ini Cuma membuang masa kalian. Saya cuma insan biasa, yang tidak mampu menahan gejolak rasa kecewa, dek perbuatan yang saya kira kurang matangnya untuk seorang dewasa. Benarlah kata orang; andai diletakkan rasa di hadapan akal, pasti akan rosak binasa. Andai di letak hati di hadapan, tiada lain melainkan mati. Mati itu bukanlah mati ma’nawi, tetapi mati majazi yang di tamsilkan untuk aqal, budi dan perasaan. Sayang sungguh kalau ilmu di dada tidak diguna, aqal yang sedia ada juga tidak diletakkan di kepala. Kenapa perlu diletakkan gunting dalam lipatan andai kotak jahitan sudah tersedia indah. Kenapa perlu disembunyikan tangan yang membaling andai batu itu terkena kepala sendiri. Ketuk la sikit kepala biar otak sedikit bergegar, barulah darah berjalan lancer. Bila darah sudah berjalan lancer baru minda bersih dari unsur-unsur yang busuk lagi membusukkan.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home