Monday, July 31, 2006

Your Blog Should Be Green

Your blog is smart and thoughtful - not a lot of fluff.
You enjoy a good discussion, especially if it involves picking apart ideas.
However, you tend to get easily annoyed by any thoughtless comments in your blog.
Tapi saya tetap sukakan putih... :)

Thursday, July 27, 2006

Pesanan dari tentera Hisbullah - Sayyid Hassan Nasrullah, Pemimpin Hizbullah Lubnan. "Buat masa ini, kami belum memerlukan bantuan sukarelawan, senjata atau wang. Wahai saudara2 kami kaum muslimin, bantulah kami dengan doa dan munajat setiap detik saudaramu untuk kemenangan Islam dan kehancuran Israel. Bacalah Qulhuwallah setiap masa diselangi La Ilahailla Allah sambil memusatkan ingatan kepada kehancuran Israel". Sebarkanlah wahai saudara2 kami...

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang beriman yang saling cinta-mencintai dan saling menyayangi serta mengasihi di antara satu sama lain adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu dari anggotanya sakit, keseluruhan anggota-anggota yang lain akan menderita sehingga tidak boleh tidur dan merasa demam. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Demi kebesaran dan kemuliaan Allah SWT,telah menganugerahkan rahmatNya kepada hambanya yg menjadikan bln Rejab, bln Syaaban & bln Ramadhan bln yg dikurniakan ratusan & ribuan ganda pahala ibadat yg tiada terdpt pd bln2 lain. Pd bln Rejab ini terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga...bln yg diterima Allah doa2 hambanya & bln hambanya menempah syurga...bln yg digalakkan hambanya byk berIstighfar, bln yg mudah diterima keampunan & taubat hambanya, bln utk perbykkan amal ibadat & berbakti kpdNYA- bln yg mudah utk mencapai keredhaanNYA. Sungguh beruntunglah siapa yg mengetahui dan beramal pdNYA & sungguh rugilah siapa yg tidak mengetahuinya dan tidak pula beramal kepdNYA. Jgnlah sampai kita mengadap Allah nanti dgn kekosongan tgn yg menghampakan,...

Rasulullah pernah bersabda: " Apabila seorang itu hendak dihimpit di dalam kuburnya dari sebelah kepalanya, maka datanglah 'ibadat tilawatul Qur'an ( yg telah dilakukan semasa di dunia) menghalangnya. Apabila himpitan itu datang dari depannya, ia dihalang oleh ibadat sedekahnya, dan apabila himpitan itu datang dari arah kakinya, ia dihalang oleh ('ibadah) pemergiannya ke masjid-masjid."

Ini (dik mat)2
Sapa lagi comel?
Dua-dua saya sayang.

Saturday, July 22, 2006

Satu

Saya terbaca satu post mesej dr yahoogroup ALKIS. Si penulis beria-ia menulis tentang betapa jahatnya Puak Syiah. Telah saya maklumi dia smemangnya arif hal-hal berkaitan sunnah. Tapi sayangnya, kenyataannya boleh menyebabkan ada yang berpendapat bahawa menolong dan bekerjasama menolong dan mendoakan saudara-saudara kita di Palestin, Lubnan, Iraq dan Iran.
Bukankah apa yang penting adalah kesatuan ummah. Menolong saudara dalam kesusahan itu wajib. Tidak mendoakan saudara kita itu bakhil. Buat apalah kita mengulangi sejarah yang sudah berlaku sehingga runtuhnya khilafah suatu ketika dahulu. Sunni or Syiah, kita tetap muslim. Kan lebih elok andai kita bersatu?
Benar, kita seramai buih di lautan, mudah pecah tika dihempas gelora. Saya hairan melihat orang yg alim yg prejudis. Tapi hakikatnya, itulah manusia, mungkin itu kekurangannya.

Friday, July 14, 2006

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Wednesday, July 12, 2006

Kisah Dari Masjid

Seorang ustaz yang dicabar…
Seorang jawatankuasa masjid terasa kepedasan cili…
Para jemaah yang terpinga-pinga…
Semua ini sandiwara semalam…
Tempat penyatu jemaah qaryah…
Tercalar imejnya dengan sandiwara semalam…
Riang gembiralah orang yang memakan cili…
Kerana rasa pedas itu sudah tiada lagi…
Saya juga yang patah hati…
*****************************************
Wahai orang-orang bergembira…
Ketahuilah, uslub da’wah itu pelbagai…
Kerna manusia itu tidak semua berambut hitam…
Hati manusia juga tak semuanya merah…
Andai uslub itu cuma satu…
Sudah pasti syiar itu tidak sampai ke sini...
Pasti jua kita tidak seaman hari ini…
Tapi sayang…
Kalian tidak nampak semua itu…
Hidup ini bukan sekadar mengisi tembolok…
Hidup ini adalah menunaikan hak…

Ingatlah kalian janji Allah…
Setiap yang kita lakukan di dunia ini pasti ada habuannya…
Tidak di sini, di sana pasti…
******************************************
Wahai orang-orang berduka lara…
Jangan takut jangan bersedih
Janji Allah itu pasti…
Tidak hari ini…
InsyaAllah di lain hari…
Kerna Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar…
Ingatlah…
Bahawa jalan yang dilalui ini memang perit menyakitkan…
Penuh onak dan duri…
Penuh mehnah dan tribulasi…
Hanya sabar dan syukur pengubatnya…
*****************************************
Wahai semua saudara saya…
Ingatlah kita semua bersaudara…
Kenapa kita perlu bersengketa…
Ingatlah kalian…
Walau kita berlainan jemaah…
Itu cuma satu wasilah…
Ummah jualah matlamat kita…
Mardhatillah itu lebih utama…
Walau doa nabi yang ketiga itu tidak dimakbulkan…
Apalah salahnya kita bersepakat atas satu aqidah…
Tiada rugi malah rahmatnya melimpah ruah…
Ya Aziz Ya Ghaffar…
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami…
Hanya engkau yang mengetahui segalanya…
Berikanlah petunjuk dan hidayat buat kami…
Agar kami tidak terpesong dari jalan Mu…

*************************************

Maafkan saya andai celoteh ini mengguris mana-mana pihak. Maaf juga andai celoteh ini Cuma membuang masa kalian. Saya cuma insan biasa, yang tidak mampu menahan gejolak rasa kecewa, dek perbuatan yang saya kira kurang matangnya untuk seorang dewasa. Benarlah kata orang; andai diletakkan rasa di hadapan akal, pasti akan rosak binasa. Andai di letak hati di hadapan, tiada lain melainkan mati. Mati itu bukanlah mati ma’nawi, tetapi mati majazi yang di tamsilkan untuk aqal, budi dan perasaan. Sayang sungguh kalau ilmu di dada tidak diguna, aqal yang sedia ada juga tidak diletakkan di kepala. Kenapa perlu diletakkan gunting dalam lipatan andai kotak jahitan sudah tersedia indah. Kenapa perlu disembunyikan tangan yang membaling andai batu itu terkena kepala sendiri. Ketuk la sikit kepala biar otak sedikit bergegar, barulah darah berjalan lancer. Bila darah sudah berjalan lancer baru minda bersih dari unsur-unsur yang busuk lagi membusukkan.



Friday, July 07, 2006

Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w membaca Al-Quran, setelah baginda membaca surah yang ada ayat sajdah iaitu ayat yang disunatkan sujud, baginda pun sujud dan kami juga ikut sujud bersama Rasulullah s.a.w sehinggakan sebahagian daripada kami tiada tempat untuk sujud.

Sunday, July 02, 2006

Rezeki

Lebih 2 bulan saya menganggur. Saya ketemu banyak iklan-iklan kerja kosong. Tapi sayang, 99.99% memerlukan saya menetap di KL. Saya berminat. Tapi bila memikirkan hal-hal lain terpaksa saya lupakan hasrat itu. Apa ya yg perlu saya lakukan. Pengalaman sahabat saya mencari kerja di sekitar sini semuanya bertanyakan cable yang ada. Hairan ya, apa perlunya cable sedangkan calon tersebut berkelayakan?

Yang pastinya belum ada rezeki untuk saya bekerja secara rasmi. Bekerja secara tak rasmi memang tak pernah saya berhenti melakukannya. Apa? Apalagi kalau bukan kerja-kerja di rumah.

Kerja yang terbaru yang saya terima ialah tempahan cadar dari ummi selain menjadi pengasuh untuk Ammar, Anas dan Afifah. hehehe...

Oh ya, untuk dikongsi bersama, bagi siapa yg berhajatkan sesuatu...amalkanlah Ya Raheem sebanyak 100 kali setiap kali lepas solat. Selain solat hajat dan solat dhuha, amalkan juga surah Al-Waqi'ah setiap kali lepas solat 'Isyak. InsyaAllah, Allah akan permudahkan hajat kita. Especially yang belum bekerja. :)


"Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah akan menambahkan dengan lanjut umur dan menolak dengan kematian yang tidak baik dan dihindarkan semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan." (Riwayat Abu Ya'ala dari Anas r.a.)

Ada apa dengan nama...

Selama ini saya tercari-cari maksud nama saya. Saya cuma ketemu wazannya dalam mu’jam at-Thullab melalui kata akarnya, hanna, yahunnu, hannan wa Hannah yang membawa maksud ‘azharu syafaqah’. Apa yang saya faham, maksudnya ialah ‘kelembutan yg dizahirkan’…betul ke ek? Selain itu, tidak pernah saya ketemu maksud nama saya di mana-mana buku maksud nama. Mungkin juga ada tapi saya belum pernah menemuinya.


Bila dirujuk kepada ummi, beliau mengatakan saya dinamakan sempena nama ibu kepada maryam a.s; ibu kepada nabi Isa a.s. Kenapa? Disebabkan lamanya ummi dan ayah menanti kelahiran cahayamata mereka sehinggalah kelahiran saya, puteri sulung mereka.


Hari ini saya menjelajah di websearch friendster mengenai biblical name. Saya telah ketemu maksud nama saya lagi. Kali ini maksud dr bahasa Hebrew…


HANNAH
Gender: Feminine
Usage:
English, Jewish, French, Biblical
Pronounced: HAN-a
[key]
From the Hebrew name
חַנָּה (Channah) which meant "favour" or "grace". Hannah was the mother of Samuel the prophet in the Old Testament. The Latin version of this name is Anna.


Ya memang saya maklum yang nama saya adalah tergolong dalam nama- nama isra’iliyat. Cuma saya belum ketemu buktinya. :)