Monday, June 26, 2006

Serabut

Sudah sekian lamanya saya berkunjung ke situ. Tapi sayangnya, keadaan jemaah masih sama. Saf masih lagi renggang. Susah sangat nak berapat- rapat antara satu sama lain. Itu masih belum ditambah dengan berbual-bual kosong sesama sendiri.

Saya rimas. Bila ditarik tangan tak nak berganjak. Alasannya panas, tempat tak kena kipas. Ada jugak yg cepat-cepat mengangkat takbir walhal masih lagi sedepa jarak dengan orang sebelah. Ada pula yang beranak kecil duduk pula ditengah-tengah saf bersama anak-anak mereka.

Aduhai makcik, apalah gunanya kita berjemaah kalau pahala berjemaah kita langsai begitu saja. Apalah gunanya kita ke masjid kalau hal keduniaan tak boleh ditinggal seketika. Nak dikatakan jahil, masing-masing memang kaki masjid. Bukan itu sahaja, masjid itu adalah tempat kunjungan orang-orang elit yang sudah bersara. Agaknya disebabkan keelitan mereka itu susah benar nak melakukan itu semua. Disebabkan keelitan itu jugalah mereka susah menerima teguran.

Apalah ada pada itu semua, kalau kita tak dipandang sebelah mata pun oleh Allah. Kita ini semuanya sama... Hanya ketaqwaan yang membezakan kita. Mungkin saya patut layangkan surat cinta buat jawatankuasa masjid supaya menyelit serba sedikit mengenai saf solat jemaah untuk jemaah wanita. Atau lebih elok saya layangkan saja surat cinta ini buat jemaah wanita sendiri. Atau bagaimana ya?

Saya tidak tenang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home