Tuesday, April 25, 2006

Sepet & Gubra....Saya gundah gulana...

Hmm...sebenarnya semalam saya berhajat nak buat 2 post, tapi entah kenapa server lembap sangat. Takpe la, nak buat macam mana. Nasib orang-orang yg pakai dial-up 1515. :P
By the way, entry kali ini adalah rentetan daripada 'Fenomena Seni' yang saya tonton kelmarin. Perbincangan antara penolong pengarang BH, pengarah filem, dan pembikin filem. Tajuk perbincangannya adalah; Sepet dah Gubra pencemar budaya Malaysia...Anda setuju? Haa...cane para pembaca sekalian? Anda setuju? Saya setuju. Kenapa? Kalau anda mahu tahu....cukup terungkap tiga rangkap puisi yg saya cilok dari laman kak Zaharah...

Gubra,
kau cipta bara
dalam jiwa-jiwa abrar

Gubra,
kau cipta bara
dalam jiwa-jiwa tegar

Gubra,
kau tiup bara
dan jiwa-jiwa pun bergegar!!!
Saya hairan dengan pandangan seorang muslim yang agak kebaratan...tanpa memikirkan langsung batas-batas yang patut dia telusuri. Saya kagum dengan pendapat yang dilontarkan oleh seorang bukan muslim yang amat menitik beratkan batas-batas yang patut dia patuhi demi menjaga sensitiviti semua pihak.
Wahai saudara muslimku, ketahuilah...aqidah yang kita imani tiada maknanya kalau tidak dibuktikan dengan amal. Amal yang kita lakukan juga sia-sia jika dilakukan tanpa ilmu. Semuanya saling kaitan dan bertimbal balik dalam kehidupan kita. Apa guna kreativiti yang kita tunjukkan kalau ia tidak disempadani dengan wahyu? Ketuklah kepala anda, tanya lah minda... Atas dasar apa anda berkarya...;p

5 Comments:

At 12:12 AM, Blogger Zaharah said...

Salam.
Akak pun tengah gundah gulana juga dik!

Inilah yang dikatakan cabaran dunia akhir zaman. Kitalah yang harus mempersiap sediakan diri....

 
At 3:11 PM, Blogger mardhiah12 said...

baca tulisan faisal tehrani tentang gubra, sangat menarik :)

 
At 3:58 AM, Anonymous anjang said...

"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.dan perkara tercantik itu adalah akhlak yang mulia"

moga terus tekal menulis dan meng'up date' blog ini hannah :)

 
At 1:33 PM, Blogger qqlt8fjrd67 said...

While you read this, YOU start to BECOME aware of your surroundings, CERTIAN things that you were not aware of such as the temperature of the room, and sounds may make YOU realize you WANT a real college degree.

Call this number now, (413) 208-3069

Get an unexplained feeling of joy, Make it last longer by getting your COLLEGE DEGREE. Just as sure as the sun is coming up tomorrow, these College Degree's come complete with transcripts, and are VERIFIABLE.

You know THAT Corporate America takes advantage of loopholes in the system. ITS now YOUR turn to take advantage of this specific opportunity, Take a second, Get a BETTER FEELING of joy and a better future BY CALLING this number 24 hours a day.
(413) 208-3069

 
At 4:38 PM, Anonymous jamilah said...

hannah..thanks jenguk blog ana..moga apa jua yang kita lakukan akan diberkati Allah..insya-Allah bulan Jun ni ana ke Kemboja..ada urusan kerja..doakan ana..ye!!

 

Post a Comment

<< Home