Tuesday, March 28, 2006

Marah

Setakat sekali dua orang bertanyakan saya. Mungkin saya boleh buat tak endah dan menganggap ia adalah perkara yang tak disengajakan. Tapi masuk kali ni, dah berkali-kali rasanya saya ditanya mengenai gambar-gambar private yang terlepas menjadi tontonan orang-orang yang tak sepatutnya.
Apa yang harus saya lakukan?! Memang saya rasa amat marah. Teramat-amat marah. Tapi saya tak tahu kepada siapa harus saya hamburkan kemarahan saya. Seingat saya, mmg sudah diberi jaminan oleh orang yang bertanggungjawab untuk menepati syarat, meletakkan gambar-gambar yg berasingan untuk lelaki dan perempuan. Gambar-gambarnya pulak perlu ditapis diayak sebelum dimasukkan. Tapi kenapa boleh berlaku kesilapan bodoh seperti ini?!
Siapa yg harus dipertanggungjawabkan? Saya sendiri tak tahu menahu gambar-gambar tersebut wujud dalam senarai yg perlu dimasukkan. Hishh...mendidih darah saya. Rasanya dah tak boleh menulis lagi. Geram yang amat!
:(

1 Comments:

At 6:29 PM, Anonymous puertas metalicas cortafuegos said...

I think every person ought to read it.

 

Post a Comment

<< Home