Tuesday, March 28, 2006

Marah

Setakat sekali dua orang bertanyakan saya. Mungkin saya boleh buat tak endah dan menganggap ia adalah perkara yang tak disengajakan. Tapi masuk kali ni, dah berkali-kali rasanya saya ditanya mengenai gambar-gambar private yang terlepas menjadi tontonan orang-orang yang tak sepatutnya.
Apa yang harus saya lakukan?! Memang saya rasa amat marah. Teramat-amat marah. Tapi saya tak tahu kepada siapa harus saya hamburkan kemarahan saya. Seingat saya, mmg sudah diberi jaminan oleh orang yang bertanggungjawab untuk menepati syarat, meletakkan gambar-gambar yg berasingan untuk lelaki dan perempuan. Gambar-gambarnya pulak perlu ditapis diayak sebelum dimasukkan. Tapi kenapa boleh berlaku kesilapan bodoh seperti ini?!
Siapa yg harus dipertanggungjawabkan? Saya sendiri tak tahu menahu gambar-gambar tersebut wujud dalam senarai yg perlu dimasukkan. Hishh...mendidih darah saya. Rasanya dah tak boleh menulis lagi. Geram yang amat!
:(

Friday, March 24, 2006

Kaciwa

I'm not deserve for it. Sedih betui. Dah struggle. Semua soklan senang. Tapi masa tak mengizinkan. Hatta Umar Ucuncu yg terror pun tak sempat, apatah lagi saya yg mekngot.

Apa yg perlu saya buat?
Berdoa semoga Allah ttp berikan saya kejayaan setakat mana yg saya dah usaha.

Tapi..

Sedih jugak. Sbb tak excellent nampaknya di saat akhir ni.

Takpela...Sabar...InsyaAllah ada hikmahnya.

:(

Monday, March 20, 2006

Tua

Oh tidak! saya sudah tua. Lagi setahun merangkak ke suku abad. Apa yg telah saya lakukan selama ini? Apa yg sudah saya miliki? Saya rasa masih seperti dulu... masih di bawah tanggungan mak dan ayah. Semuanya masih disponsor. ish..ish..ish.. bila la nak berubah?

Terima kasih buat sesapa yang wish me birthday. Saya tahu bukannya diorang baca apa yg saya tulis. But, time kasih banyak2 sbb still ingat my birthday...

huhu...mokcik dah tuo!

Friday, March 17, 2006

Counting....2 hari

Antara ucapan terawal yg saya terima... terharunya rasa... mokcik dah tuo!

"selamat menyambut ulangtahun ke 24. dah tua kitakan...mga nt terus
tabah dalam menjalani hidup yang amat mencabar ini. Doa ana mg nt
dicepatkan jodoh dgn mukmin yang bertaqwa..."

Akhirnya...

Kali pertama saya bersua dengan dia ketika merewang-rewang di gerai CONVEST. Ketika itu dia menjadi jurujual sambilan di gerai kristal Mesir. Entah kenapa hati saya terdetik memang itu gerangannya.

Kami bersua lagi buat kali kedua di program NISA'. Kali ini saya menjadi peserta dan dia sebagai urusetia. Hajatnya ingin bertegur sapa tapi entah kenapa rasa berat pula mulut untuk menyapa.

Kali ketiga dan keempat, kami terserempak di Darul Hikmah dan Computer lab kuliyyah. Hehe.. saya sempat menunjukkan kepada Ina siapakah gerangan dia.

Dan akhirnya... kami sama-sama ditaklifkan sebagai urusetia Jambori Nisa'. Menaiki kenderaan yang sama untuk ke tempat program dan bermalam di dorm yang sama. Apa yg lagi menarik jaga checkpoint yang sama untuk jungle tracking adik-adik. Subhanallah...kecil benar dunia ini. Dari takde kekuatan saya untuk menyapa akan dia, kami sempat bertaaruf khususi dan berkongsi banyak cerita. Untung juga kami sama-sama banyak mulut. Kalau tidak, pasti saya kebosanan semasa program tu lantaran tiada teman yg saya kenal rapat.


Apa yg menyeronokkan...semasa kami mula ber'tracking' dan mendaki bukit, dia banyak bercerita program mendaki Jabal Musa ketika dia berada di Ardhul Kinanah. Saya yg sememangnya telah lama berhajat untuk ke sana tak melepaskan peluang untuk bertanya itu dan ini kepada dia. Dan seperti biasa... saya memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki ke Ardhul Kinanah. Memang dah berdetik-detik hati saya berdoa agar dapat ke sana. Tak dapat further study pun takpe asalkan dapat melancong ke sana.


Tiba-tiba... saat masih lagi terngiang-ngiang cerita ekspedisi mendaki Jabal Musa, Ummi telefon bertanya, "Nak pegi Mesir tak?!" Saya "Erk! Mestila nak!!!"....Subhanallah... terharunya rasa. Saya cuma insan yg masih lagi lalai dan selalu saja melakukan dosa, dalam sekejapan Allah makbulkan doa saya untuk menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah... syukur sangat2 Ya Allah. Permudahkanlah segalanya.

huhu..rasa cam nak nangis! Subhanallah wal hamdulillah...

Thursday, March 16, 2006

Your Power Color is Green

You feel most at home in a world of ideas.
You're curious and logical - and enjoy a good intellectual challenge.
You're super cool, calm, and collected. Very little tries your patience.
Your only fear? People not realizing how smart and able you are!

Your Element is Water

Your power colors: blue and aqua

Your energy: deep

Your season: winter

Like the ocean, you evoke deep feelings and passion.
You have an emotional, sensitive, and spiritual soul.
A bit mysterious, you tend to be quiet when you are working out a problem.
You need your alone time, so that you can think and dream.

Tuesday, March 07, 2006

Sumthin' to share

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI…Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkanbarang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunyabotol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak.Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula merekamelarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan."Marah," akui saya perlahan."Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"Saya senyum."Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. "Doa," balas saya."Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."Marah itulah tanda kecintaan kita…" "Betul. Tetapi membuktikan kecintaan denganmengamalkan sunnahnya jauh lebih utama." "Encik takut?"Saya renung matanya. "Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian…Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan. "Kita bakar bendera mereka!""Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang`terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah,dia mendengar teliti."Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapibila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan.""Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?""Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa.Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepadaRasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat.""Pengajaran tersirat?" "Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selamaini." "Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnyabersemangat. "Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu." "Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasankata-kata."Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi mudamencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami." "Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!" "Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian. "Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah…tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur." "Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa.Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja,belum tentu ada cinta…" "Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang."Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambi lbarang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba. "Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan. "Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!""Soalan tu kurang umph," gurau saya. "Habis soalan apa yang umph?""Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu dikampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga.""Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apa lagi nak menghinanya…""Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya.""Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!" "Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah carapaling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya. "Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

Friday, March 03, 2006

Tangisan itu...

Dia menangis lagi. Sebabnya masih sama. Saya sememangnya tidak pandai memujuk. Apa yg boleh saya katakan...

Sudah-sudah la wahai sahabat! Tiada gunanya terlalu bersandar pada kenangan, sedangkan orang yang dikenang entahkan masih mengingati entahkan tidak. Mari kita sama-sama pandang ke hadapan. Kenangan itu memang tak dapat dilupuskan, biarlah ia menjadi sempadan di masa hadapan, supaya kita sentiasa berwaspada untuk tidak jatuh dilubang yang sama pada kali kedua. Banyakkan taqarrub ila Allah...Awak ingat lagi apa yg penah saya katakan dulu?...when you feel kuch-kuch hota hai...remember Allah is the best councellor!

Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah saya sentiasa bersama awak.

Jangan sedih-sedih!