Thursday, February 16, 2006

Tanpa hala

Memang saya tanpa hala sekarang. Bagaimana mahu mencari hala? Hala ke mana? Ke mana nak di hala? Susah benar mencari hala.



TTD sudah kembali ke pangkuan saya. Selepas menatang kehadiran Nadia, saya kembali mengulang baca. Hala saya sepatutnya begitu tapi kenapa sampai sekarang masih kabur tanpa cahaya? Atau saya yang tidak pandai mencari hala?
Tidak, saya pandai mencari hala tapi susah mendapat hala yang direstu orang tua. Mahu ke barat syaratnya perlu berdua. Susah benar syaratnya hendak ditunai lantaran tiada yg berminat untuk pergi bersama.
Maka, saya perlu tetapkan hati buat masa yang ada. Perlu berusaha. Dan terus berusaha. Saya sudah punya wang untuk sambung belajar. Tidaklah bermaksud saya tidak perlu bekerja. Saya perlu ingat, saya punya hutang yang berganda. Perlu mencari pusingan wang untuk meneruskan kehidupan. Agar nanti saya tidak menyusahkan siapa-siapa. Betul?! Ya Betul! Saya pasti. Jadi, inilah hala saya sekarang ye. Belum pasti lagi? Tidak!!! Saya amat pasti!

4 Comments:

At 8:24 AM, Blogger mardhiah12 said...

hannah, nak sambung study ke kerja? ambil PTPTN yer dulu? na katanya nak kerja dulu kan.

tak boleh minta tangguh bayar PTPTN dulu ker?

 
At 11:06 AM, Blogger cthurairah said...

hajatnya nak sambung study, tp klu tak keje cane nak bayar hutang. Rasanya bleh kot minta tangguh. tapi tak sedap la plak hutang lama2. Nnt melarat2 plak hutang ni.

 
At 3:45 PM, Blogger mardhiah12 said...

berapa tahun ye kena bayar? belas2 juga kan?

akak ingat adik2 kat MMU dulu kira PTPTN, kena bayar 400 juga sebulan dalam masa 20 tahun. sengkek jugalah, yuran berganda2 mahal sbb IPTS.

kesian.

 
At 11:48 PM, Blogger cthurairah said...

tak banyak sbb pinjam separuh je. Dalam rm121 sebulan selama 10 tahun. huishh..lama tu kak. takut kang mati dulu sebelum sempat abih bayo.

 

Post a Comment

<< Home