Wednesday, February 22, 2006

Si Maujud-Maujud

Hari ini saya belajar sesuatu. Terasa betapa hebatnya tarbiyah Allah buat diri saya.

Si maujud-maujud itu datang ketika saya sedang menjamu selera di HS. Weekend yg lalu, saya agak hairan melihat akan kelakuannya yg sedikit maujud-maujud + poyo. Bukan apa, dia kelihatan agak berani ke depan berbanding orang lain tetapi performance yg diberikan agak meraban. Tapi alhamdulillah, saya masih berbaik sangka berbanding ada sebilangan sister yg bising-bising dan bersoksek di belakang dewan. Apa yg lebih menghairankan, masih kelihatan selamba walaupun memberikan performance yang meraban + ntah apa-apa. Tanpa rasa malu dan tanpa rasa marah.

Dan pada hari ini, baru saya tahu....yang si maujud-maujud itu salah seorang sahabat kepada seorang ukhti. Si ukhti telah memberitahu saya penderitaan yang dihadapi oleh si mauju-maujud sehingga dia mengalami tekanan perasaan sekaligus menyebabkan dia tergolong sebagai salah seorang pesakit jiwa tidak kronik.

Astaghfirullah Al-Azim...cuba bayangkan kalau saya tergolong dikalangan sister-sister yg bersoksek di belakang dewan. Saya rasa sungguh berdosa kerana hampir-hampir bersangka buruk terhadap insan yang diangkat pena Allah terhadapnya.

Kesimpulannya, jauhlah berburuk sangka + sentiasa menjaga hati dan lidah.

2 Comments:

At 8:10 AM, Blogger mardhiah12 said...

Astaghfirullah! Banyak sgt berburuk sangka dgn orang, tak sedar kita pun ada sifat tercela.

:(

Thanks for the reminder

p/s Hannah, PTPTN tu, tak salah akak boleh refinance kan, jadinya boleh kurangkan tempoh pembayaran. Bayar banyak sikit bulan2, tapi jangka masanya pendek.

 
At 11:00 PM, Blogger cthurairah said...

Tula...insaf betui bila tau dia sakit cenggitu.
Ha'ah mmg bleh wat camtu. Rasanya klu bayar cepat, lagi kurang interest dia. Cekik darah sungguh kalo pikir interest dia ni. Lebih dekat 2K gak la. Sabo je la...dah terpinjam...nak wat cane. Kena cari solution je la sekarang ni.

 

Post a Comment

<< Home