Thursday, February 23, 2006

Jelajah

Kenapa tiba2 saya terasa ingin menulis cerita sebegini? Oh tidakkk!!! saya tidak pernah menyatakan yg saya ini amat bagus. Cuma saya sedih melihat kawan-kawan saya yg jauh kesasar terutama seorang sahabat. Cerita yg terakhir saya dengar, dia hampir2 murtad disebabkan masalah keluarga. Sementelah ibunya juga seorang muallaf. Sampai ke hari ini saya terbayang2 akan dia. Terasa ingin sekali bersua dan beramah mesra seperti dulu; masa kami sama2 sekelas dr darjah 1 hingga darjah 6. Sekarang, saya sudah terputus berita akan dia. Cuma wasilah yg saya ada, hanyalah doa sebagai seorang sahabat agar dia dipelihara Tuhan dari kekufuran.
Saya risau! Kenapa?! Sebab...
Sebenarnya, saya baru terjumpa kembali handouts yg saya dapat ketika educational visit to St. Mary's Cathedral. Saya terpandang satu slot wajib yg dilakukan oleh priest n nun di situ, Slot Bahasa Melayu. Apa ya maksudnya?! Adakah ini program yg selalu diikuti oleh sahabat saya tadi? Apa yg lagi merisaukan, semasa berpeluang menghadiri upacara pembaptisan, rupa budak-budak yg dibaptiskan itu tak jauh bezanya dengan kami yg melawat. Sebijik muka Melayu. Tapi entahlah, mungkin mereka dari suku peribumi agaknya.
Saya perlu mencari jalan menjejaknya. Tapi, bagaimana?!

2 Comments:

At 4:57 PM, Blogger nailofar said...

Askum..

berusahalah ukht..

caranya: mencari dengan bersungguh kontek2 lama..moga Allah memudahkan

 
At 7:36 PM, Anonymous site said...

Thank you for this article, quite effective data.

 

Post a Comment

<< Home