Thursday, February 09, 2006

InZar

kenapa bila kesusahan melanda diri, kita sering risau kepada kesenangan yang tak kunjung tiba...tapi tatkala kesenangan mengelilingi diri, kita tidak risau kepada kesenangan yang melalaikan kita dari bersyukur...Bukankah semua itu ujian dari-Nya.Hanya iman dan takwa menentukan syukur dan kufur diri kita...
Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya,di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
kalau sudah ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
sudahkan saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?

Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
apa yang saudara cakapkan selama ini?
dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?
kepada Tuhan?kepada diri?kepada parti?
atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
untuk seronok-seronok dan penghibur hati?

Aku harap saudara nilai semula perjuangan saudara!
perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
sebelum terlanjur berpanjangan
selama nyawa masih di badan
agar selepas mati tidak menyesal
takutilah Allah di setiap perkataan!
ingatlah Allah dalam perjuangan
agar dakwah dan perjuangan kita untuk keredhaan Tuhan
bukan hobi, dan bukan untuk menghentam orang.
wallahu 'alam

1 Comments:

At 8:20 PM, Anonymous Inzar Salfikar said...

kenapa judulnya inzar? artinya apa?

 

Post a Comment

<< Home