Sunday, February 26, 2006

Juz copy n paste

Terima kasih untuk membaca dengan jujur! Berjuta makna milik Anda.......................



Waktu yang terlepas menabur bencana
1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik



Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)



Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun


Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?



Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama.........!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun


Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya......

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:


18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.


Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan......


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "



Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi...!
kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...


Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun



Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...


Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian............
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana............


Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat





TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan" "Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''

Thursday, February 23, 2006

Jelajah

Kenapa tiba2 saya terasa ingin menulis cerita sebegini? Oh tidakkk!!! saya tidak pernah menyatakan yg saya ini amat bagus. Cuma saya sedih melihat kawan-kawan saya yg jauh kesasar terutama seorang sahabat. Cerita yg terakhir saya dengar, dia hampir2 murtad disebabkan masalah keluarga. Sementelah ibunya juga seorang muallaf. Sampai ke hari ini saya terbayang2 akan dia. Terasa ingin sekali bersua dan beramah mesra seperti dulu; masa kami sama2 sekelas dr darjah 1 hingga darjah 6. Sekarang, saya sudah terputus berita akan dia. Cuma wasilah yg saya ada, hanyalah doa sebagai seorang sahabat agar dia dipelihara Tuhan dari kekufuran.
Saya risau! Kenapa?! Sebab...
Sebenarnya, saya baru terjumpa kembali handouts yg saya dapat ketika educational visit to St. Mary's Cathedral. Saya terpandang satu slot wajib yg dilakukan oleh priest n nun di situ, Slot Bahasa Melayu. Apa ya maksudnya?! Adakah ini program yg selalu diikuti oleh sahabat saya tadi? Apa yg lagi merisaukan, semasa berpeluang menghadiri upacara pembaptisan, rupa budak-budak yg dibaptiskan itu tak jauh bezanya dengan kami yg melawat. Sebijik muka Melayu. Tapi entahlah, mungkin mereka dari suku peribumi agaknya.
Saya perlu mencari jalan menjejaknya. Tapi, bagaimana?!

Inz@R

Mungkin kerana kita leka. Sekali pena terlepas dr genggaman, ucapan "Oopps" mendahului YA ALLAH, bila perut kenyang "ha..kenyangnya" mengatasi ALHAMDULILLAH... Bila diri terpegun oleh keindahan alam, SUBHANALLAH tertutup pula oleh "Cantiknya". Bila dikunjungi berita malang "Kasihannya ..." terucap krn kita lupa pd INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAAJI'UUN. Kdgkala kita lupa krn kita dah terbiasa. Tp ingatlah bila Izrail mendekati kita,biarlah ucapan LAA ILAAHA ILLALLAH menjadi juara mengatasi segala kata...

Wednesday, February 22, 2006

Si Maujud-Maujud

Hari ini saya belajar sesuatu. Terasa betapa hebatnya tarbiyah Allah buat diri saya.

Si maujud-maujud itu datang ketika saya sedang menjamu selera di HS. Weekend yg lalu, saya agak hairan melihat akan kelakuannya yg sedikit maujud-maujud + poyo. Bukan apa, dia kelihatan agak berani ke depan berbanding orang lain tetapi performance yg diberikan agak meraban. Tapi alhamdulillah, saya masih berbaik sangka berbanding ada sebilangan sister yg bising-bising dan bersoksek di belakang dewan. Apa yg lebih menghairankan, masih kelihatan selamba walaupun memberikan performance yang meraban + ntah apa-apa. Tanpa rasa malu dan tanpa rasa marah.

Dan pada hari ini, baru saya tahu....yang si maujud-maujud itu salah seorang sahabat kepada seorang ukhti. Si ukhti telah memberitahu saya penderitaan yang dihadapi oleh si mauju-maujud sehingga dia mengalami tekanan perasaan sekaligus menyebabkan dia tergolong sebagai salah seorang pesakit jiwa tidak kronik.

Astaghfirullah Al-Azim...cuba bayangkan kalau saya tergolong dikalangan sister-sister yg bersoksek di belakang dewan. Saya rasa sungguh berdosa kerana hampir-hampir bersangka buruk terhadap insan yang diangkat pena Allah terhadapnya.

Kesimpulannya, jauhlah berburuk sangka + sentiasa menjaga hati dan lidah.

Monday, February 20, 2006

Tekan Tanpa Sengaja

Terjemahkan dalam versi melayu standard. Apakah ia? Sapa pandai dapat hadiah...

hahaha...tekan tanpa sengaja ini telah lama berada dalam badan saya. Cuma menghitung hari untuk dilampiaskan. Moga2 hajat untuk melampiaskan tidak kesampaian. Kenapa? Sbb apabila dilampiaskan, maka secara automatiknya saya menjadi insan yg tidak cerdik dan paling menakutkan tidak waras. Na'uzubillahi min zalik!

BTW, Semoga Allah sentiasa mengurniakan ketenangan pada saya dan dipermudahkan segala urusan saya...Aamiiiin!

Thursday, February 16, 2006

Tanpa hala

Memang saya tanpa hala sekarang. Bagaimana mahu mencari hala? Hala ke mana? Ke mana nak di hala? Susah benar mencari hala.



TTD sudah kembali ke pangkuan saya. Selepas menatang kehadiran Nadia, saya kembali mengulang baca. Hala saya sepatutnya begitu tapi kenapa sampai sekarang masih kabur tanpa cahaya? Atau saya yang tidak pandai mencari hala?
Tidak, saya pandai mencari hala tapi susah mendapat hala yang direstu orang tua. Mahu ke barat syaratnya perlu berdua. Susah benar syaratnya hendak ditunai lantaran tiada yg berminat untuk pergi bersama.
Maka, saya perlu tetapkan hati buat masa yang ada. Perlu berusaha. Dan terus berusaha. Saya sudah punya wang untuk sambung belajar. Tidaklah bermaksud saya tidak perlu bekerja. Saya perlu ingat, saya punya hutang yang berganda. Perlu mencari pusingan wang untuk meneruskan kehidupan. Agar nanti saya tidak menyusahkan siapa-siapa. Betul?! Ya Betul! Saya pasti. Jadi, inilah hala saya sekarang ye. Belum pasti lagi? Tidak!!! Saya amat pasti!

Wednesday, February 15, 2006

Sibuk

Benarlah: "Al-Waajibaat Kathir min Al-AwQat!"

Saya semakin sibuk. Banyak benda datang bertimpa pda masa yang sama. Pengurusan masa saya semakin teruk. Banyak benda jd seperti bidan terjun yg menyelamatkan diri dari terbakar hangus. Saya ingatkan 3 subjek yg tinggal buat saya sedikit santai semester ni. Rupa-rupanya tidak ya.

Saya harap dengan kesibukan ini saya tidak lalai mendekatkan diri kepada-Nya.
Saya harap dengan kesibukan ini saya tidak mengabaikan ummi dan ayah yg wajib dihubungi setiap hari. Dan yg paling penting...saya harap Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan saya....Aamiin!

Thursday, February 09, 2006

Kronologi Kebangkitan..

BBC:CARTOON ROW

30 Sept 2005: Danish paper publishes cartoons
20 Oct: Muslim ambassadors complain to Danish PM
10 Jan 2006: Norwegian publication reprints cartoons
26 Jan: Saudi Arabia recalls its ambassador
30 Jan: Gunmen raid EU's Gaza office demanding apology
31 Jan: Danish paper apologises
1 Feb: Papers in France, Germany, Italy and Spain reprint cartoons
4 Feb: Syrians attack Danish and Norwegian embassies in Damascus
5 Feb: Protesters sack Danish embassy in Beirut

source: http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/4685040.stm(Monday, 6 February 2006, 14:40 GMT)

(Bumi, Langit, dan Laut dan Angin dan Alam..kelu...menyaksikan Kekasih Allah ini dihina di hadapan mata Umatnya yang tinggal seperti buih)

Lalu di celah-celah mereka ada yang bangkit berkata.....Labbaika Ya Rasulallah, Labbaika Ya Nabiyyallah. Kami datang untuk membelamu ya Rasulallah. Tatkala Sunnahmu ditinggal, ketika Kitabmu dijual, kini Nama mu pula dipermain, maruahmu diinjak-injak....kami tak rela lagi membiarkan, kami tak mampu terus terkujur...kami datang, kami hadir Ya Habiballah...

Ya Allah, demi KekasihMu yang kami dambakan syafaatnya...tiada lagi yang tinggal pada diri kami, selain menjunjung kebesaranMu, mempertahan RasulMu dari babak nista ini..

Ayuh para pecinta Rasulullah, Nahnu Ansarallah, ... belum terlambat untuk kita menyertai Taifah itu. Ayuh, gerakkan tubuh kalian yang kaku sekian waktu, mara kita maju, biar gempita alam menyaksi jasad-jasad ini berpadu...dalam Himpunan sejuta Ummat bermula di Masjid Kampung Baru, selepas Solat Jumaat ini (10 Feb)..berarak ke Kedutaan Denmark. Usah ada setitik ragu, jangan biar kelu lidah-lidah mu yang fana itu..tiada lagi penyesalan bila waktu itu sudah berlalu.

Ayyuha al-Syubban...ILAL AMAAM..!

(Demo secara aman ini akan dipimpin sendiri oleh Presiden PAS Insyallah)..Jangan ketinggalan...sampai2kan pada yang lain.

Wassalam.

InZar

kenapa bila kesusahan melanda diri, kita sering risau kepada kesenangan yang tak kunjung tiba...tapi tatkala kesenangan mengelilingi diri, kita tidak risau kepada kesenangan yang melalaikan kita dari bersyukur...Bukankah semua itu ujian dari-Nya.Hanya iman dan takwa menentukan syukur dan kufur diri kita...
Ingin kukatakan kepada para pejuang
Juga ingin aku ajukan pertanyaan kepada pendakwah-pendakwah merata dunia
Khususnya para pejuang dan pendakwah-pendakwah di negaraku
di antara kalian ada yang sudah berjuang puluhan tahun lamanya
selama saudara berjuang sudah berapa orang yang saudara Islamkan?
di antara orang Islam pula berapa ramai yang tidak bersembahyang lalu bersembahyang?
yang sudah bersembahyang berapa ramai pula yang sembahyangnya memberi kesan?
memberi kesan di dalam peribadinya, di dalam keluarganya,di dalam tindak-tanduknya, di dalam pergaulannya?
kalau sudah ada yang insaf kemudian menyerah diri kepada kalian
sudahkan saudara memberi mereka tempat untuk hidup secara Islam?

Jika saudara tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan
ingin aku bertanya, selama ini apa yang saudara perjuangkan?
apa yang saudara cakapkan selama ini?
dakwah yang saudara lakukan ke mana saudara ajak orang ramai?
kepada Tuhan?kepada diri?kepada parti?
atau dakwah saudara itu sebagai hobi?
untuk seronok-seronok dan penghibur hati?

Aku harap saudara nilai semula perjuangan saudara!
perbetulkan hati tujuan apa saudara berjuang
sebelum terlanjur berpanjangan
selama nyawa masih di badan
agar selepas mati tidak menyesal
takutilah Allah di setiap perkataan!
ingatlah Allah dalam perjuangan
agar dakwah dan perjuangan kita untuk keredhaan Tuhan
bukan hobi, dan bukan untuk menghentam orang.
wallahu 'alam