Wednesday, December 07, 2005

Ada apa dengan aurat

Saya terkenang kata-kata cikgu sukan saya masa di KISAS. Katanya: "Kamu puteri kalau nak masuk bertanding pakai cenggini boleh la, tapi org lain sampai ke garisan penamat dalam 1 minit kamu mungkin 3 minit baru sampai"

Kekadang saya terfikir, adakah berpakaian menutup aurat yang menjadi penghalang muslimah menjadi juara dunia? Tak jugak rasanya. Memanglah satunya mungkin disebabkan suasana sukan dunia yang mencampur adukkan lelaki dan perempuan tanpa batasan dan sukan dunia juga dimonopoli oleh orang-orang yang tidak memahami atau mungkin juga kurng memahami atau mungkin juga faham tapi takde kuasa nak mengubahnya.

Tapi hari ini bila saya terima forward email dari Syaima', saya percaya yang muslimah juga boleh ke depan sebenarnya. Kalau kita tgk kenyataan Sania Mirza, pemain tenis India yang takleh nak pakai tutup aurat, nape pemain bola sepak Iran leh menang walau pun pakai ala-ala pemain netball KISAS (ha..ha..ha..leh gak jadik juara daerah - zaman kami dulu la, tak tau sekarang camne). Yang lebih menghairankan penembak negara Nurul Huda yang satu ketika dulu bertudung leh pulak pakai biasa-biasa je. Kesian dia!

Maybe ini yang dikatakan oleh Dr. Fatimah semalam. Crisis in the muslim's mind.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home