Monday, October 10, 2005

Otanjyobe Omedetou!

Otanjyobe Omedetou! Otanjyobe Omedetou! Otanjyobe Omedetou!

Genap setahun saya memblog.Dalam setahun ini dah berwarna warni blog ni. Ada sedih, ada gembira, pahit manis semuala kiranya. Cuba bezanya, tak semua saya zahirkan secara wadhih di sini. A'la kulli hal biar saya terus istiqamah dalam segala perkara yang baik2. Dan minta Allah jauhkan saya dr segala perkara yang tidak baik.

Saat-saat akhir sebelum final exam banyak betul dugaan yang melanda. Sungguh mencabar minda dan kredibiliti saya sebagai seorang Muslim. Saya mohon dengan sangat agar dipermudahkan segalanya seperti Allah mudahkan saya menyiapkan projek jahitan semalaman cuma dan juga moga Allah kurniakan saya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi apa jua situasi. Kesabaran saya semakin menipis. Saya amat takut jika terbertindak di luar kewarasan saya jika kesabaran sirna dalam diri.

Keletihan dan kepenatan saya semakin hilang. Dengan kesihatan yang kurang memberansang, saya harus, wajib 'alaiy untuk menggandakan usaha menghadapi peperiksaan. Saya hanya mohon agar apa yang saya lakukan mendapat keredhaan dari Allah dan dengan keredhaan ini dapat saya berikan kegembiraan buat kedua ibu bapa saya.

Maaf agak emosional hari ini. Wallahu 'alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home