Tuesday, August 30, 2005

The Sky Kingdom - kemerdekaan.

Mengikuti saranan Ina untuk menjelajah ke weblog salah seorang pengikut Ayah Pin (AP), hati saya membuak marah. Kenapa? kerana terasa Islam dilatam lumat di bawah telapak kaki musuh-musuh durjana. Kononnya AP mempromosikan inter-religous understanding, walhal dia menyamatarafkan semua agama di dunia ini dengan Islam, ya'lu wala yu'la 'alaih. Memang kalau bahasa kasarnya saya nak cakap, kepala hotak awak! But the other side, kesian kat depa yang sudah terpesong dari landasan kebanaran. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka...Amiiin!

Nak tengok pengakuan si pengikut AP?

Ayah Pin, the most Honourable Man.He brings peace and love to us in the world. Teach us about human rights and respects to religions of the world. Before he left in missing, he said to us; "LIVE IN PEACE, NO FIGHT, LET THEM DEMOLISH OR TEAR DOWN OUR PLACE, THEY WILL SEE THEIR OWN CRUELTY WHEN TIME COMES". I have missed him.I know DISASTERS are so close to hit Malaysia for their sins. "JEREBU" is just a STARTER, don't panic..., as more attacks will come..when you never realise..it happens!!


dan lagi...

We are the supporters and friends to Ayah Pin. We respect his ideology to educate moslems people in Malaysia and the world. To teach Moslems to respect the people's right and not to take the law into their own hands like Talibans..We hate Talibans and the people who supporting them....


Saya percaya si pengikut AP ini seorang yang amat berpengetahuan sehingga dapat meninterpretasikan Al-Quran berdasarkan 'aqal dan hujah yang dikeluarkan juga amat dangkal. Cuma mengikut logik aqal dan melalui weblognya dia mempromosikan ajaran 'suci' Tok Guru pojaan hati. Kasihan... tak dapat nak salahkan dia. Mungkin cetek ilmu agamanya. Dan mungkin juga amat tertekan dengan situasi umat Islam pada masakini. Mungkin juga tiada yang cuba mendampingi untuk memberi tunjuk ajar yang sepatutnya kepada mereka... mungkin...dan mungkin. Banyak sungguh kemungkinan.

Teringat masa saya mula-mula menyuarakan hasrat untuk mengambil comparative religion sebagai major, ummi sekeras-kerasnya menentang. Katanya, takut saya tergelincir syahadah. Alhamdulillah, setakat ini saya masih lagi merasakan Islam is the only true religion in this world dan biarlah nikmat iman yang ada pada saya hari ini terus kekal sampai bila-bila. Dan satu peristiwa yang agak lucu (pada pandangan saya), bila mana saya meminta ummi pinjamkan bible catholic version dari auntie Molly. Semua cikgu-cikgu di sekolah ummi menunjukkan muka cuak mereka. Sampai ada yang dengan susah payahnya bertanya kepada ummi, kenapa biarkan saya mengambil matapelajaran seperti itu, terpaksa menelaah kitab suci agama lain yang mungkin boleh mensasarkan diri dari Aqidah yang satu. Dan jawapan saya cuma satu, saya ingin belajar sesuatu yang baru dan dengan mengenali agama-agama lain, InsyaAllah lebih mudah kita mendekati mereka. Seperti kata Saiyidina Umar R.A (kalau tak silap saya) kenalilah agama-agama lain, nescaya mudah untuk kita (muslim) menyampaikan Islam mengikut kefahaman mereka.

Belajar comparative religion tidaklah sampai menyamatarafkan semua agama di dunia ini sama dengan Islam, tetapi lebih meyakinkan seyakin-yakinnya, tidak ada yang lebih yakin melainkan yakin-yakin belaka bahawa al-Islam ya'lu wala yu'la 'alaih. Dan seorang lecturer saya pernah berkata, pada hari ini orang Islam teramat dhaif sehinggakan perlu belajar ilmu Islam dari orang yang bukan Islam. Kenapa tidak kita terbalikkan kenyataan itu kepada sebaliknya?

Ops, dah banyak saya membebel. Sebenarnya saya hendak menulis hal berkaitan dengan kemerdekaan. Entah kenapa terlencong ke lain pula saya. Tapi apa yang pasti, kitamasih lagi belum merdeka dalam erti kemerdekaan yang sebenarnya.

kenapa?!

Kita masih lagi dijajah dalam pelbagai aspek terutamanya minda...masih dibelenggu budaya hedonisme yang agak melampau pada pandangan saya. Arus globalisasi yang datang terus melanyak masyarakat kita dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, walaupun ada banyak baiknya globalisasi kepada kita. Kenapa ya?! Mungkin penapis dan perisai yang kita gunakan diperbuat dari bahan yang kurang bermutu. Mungkin juga, kita kurang strategi mempertahankan diri. Atau apa?

Wednesday, August 17, 2005

Dalam muqaddimah kitab Bidayatul Hidayah, Imam Al-Ghazali ada menyebut:


"Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian dengan sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Sesiapa yang membantu kemaksiatan walau dengan separuh kalimah, maka ia termasuk bersekutu dalam kemaksiatan itu."


Seterusnya Imam Al-Ghazali menyebut pula ganjaran bagi mereka yang mempunyai niat yang betul dalam mencari ilmu dengan kata-katanya:

"Dan jika niat dan tujuanmu antaramu dengan Allah dalam mencari ilmu, adalah untuk mencapai hidayah, bukan semata-mata bermegah dengan riwayat, maka bergembiralah, kerana sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya ketika kamu berjalan, dan hidupan di laut mendoakan keampunan bagimu dalam setiap langkahmu."

Sama-sama lah kita mengambil iktibar dan pengajan drpd nya.

*******************************************************************

Happy 7th birthday to my sweetheart Anas. :)

Tuesday, August 16, 2005

IKLAN - GLIDE : jemputlah datang beramai-ramai!

GLIDE: GLobal Intelectual DiscoursE



"EXCELLENCE THROUGH INTELLCTUAL DISCOURSE"



Assalamualaikum w.b.t...


In this fast moving era, global issues keep voicing out fervently but only few are concerned about it. Prophet Muhammad said in his hadiths that the Muslims as described as a whole body. Therefore if any part of it is in pain, the whole body will suffer from sleeplessness and fever. With this we can grasp that unity will integrate the Ummah regardless of their tribes,colours and nations.

On this basis, International Affairs Secretariat of Ma'ruf Club, IIUM is encouraged to organize a program in conjunction with CONVEST to discuss ummatic issues that would consequently raise awareness among IIUM community and members of public.



The details of the program as below:



DATE : 20 AUGUST 2005

TIME : 8 a.m – 5 p.m

VENUE : Experimental Hall,IIUM Gombak.

ORGANIZER: International Affairs Secretariat Ma'ruf Club IIUM.



1) FORUM : "Divergence: Who’s Responsible?"

MODERATOR:Prof.Dr.Abdul Rashid Moten.



2) PAPER PRESENTATION

Paper Presentation 1:"Muslim Unity; Past and Present"

By:Prof Dr.Ataullah Bogdan Kopanski



Paper Presentation 2:"Ideologies Diverge the Ummah"

By: Assoc.Prof.Dr.Abdelaziz Berghout.



* Fees: RM10 (student)

RM20 (non-student)

**Certificate and souvenir will be given.



*any inquiries.Please contacts our representatives:

Nuzul Ridwan (0129139723)

Firdaus Bt Darus (0135040122)



***********************************************************************

Blog cacamerba n tunggang langgang. Malas nak menghadap HTML code. Sorry!

Tapi, bagi yang berkesempatan jemputlah datang ke program kami. InsyaAllah banyak

input yang boleh kita kongsi bersama ikhwah n akhawat international student dan juga

presenter2 yang berpengalaman.

Wednesday, August 10, 2005

Ingat Lima Perkara Sebelum Sampai Lima Perkara

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang insan yang sering lupa dengan nikmat lima perkara. Sudah pasti ramai yang mengetahui nikmat lima perkara ini, tambahan lagi ia telah dipopularkan oleh kumpulan nasyid terkenal, Raihan.

Tapi pada kali ini saya ingin sekali menyentuh berkenaan nikmat lapang sebelum sampai masa sibuk. Peringatan buat diri sendiri yang pastinya.

Kadang-kadang...apabila dihitung2 kembali apalah sangat yang kita lakukan sampai sering meniti di bibir 'takde masa' atau sighah mubalaghah yang lain 'tak sempat'. Padahal Allah mengurniakan kita masa 24 jam sama seperti orang lain, tidak lebih dan tidak berkurang walau suku saat pun. Apa yang lebih penting, adalah bagaimana kita mentadbir masa 24 jam yang diberikan Allah.

Teringat tazkirah dhuha yang saya dapat masa zaman2 mude2 dulu dr seorang kakak KP(kalau tak silap la). Kalau nak jadual harian kita sentiasa tersusun @ well organized, lazimi lah solat dhuha... InsyaAllah kita akan terasa nikmatnya masa lapang walaupun dalam waktu sibuk. Betul ke?! Cuba lah!

Dalam minggu2 sebelum ni puas saya mnguliti novel2 terbaru karya Faisal Tehrani, 'Advencer Si Peniup Ney' dan 'Detektif Inidigo'. Seronok sangat...sampai mengulang dua tiga kali. Dah habis, sambung pula dengan trilogi Abu Hasan Morad. Semua karya2 menggunakan bahasa yang ringkas teapi idea yang dilontarkan tak terjangkau saya memikirkannya. Subhanallah... memang mereka berdua penulis yang sentiasa membua kajian yang terperinci sebelum menulis. Saya amat kagum. Cuma, kalau cerita deektif indigo dijadikan karya bersiri, saya rasa ia boleh menandingi siri2 komik seperti Slam Dunk atau Siri Penyiasat Remaja. Mudah-mudahan begitu hendaknya.
Bukan apa, saya merasakan dalam era globalisasi ini, remaja kita perlu disogokkan dengan bahan bacaan yang lebih berat dan Islamik. Maklum saja la, dalam gelombang Tsumawi yang melanda, budaya hedonisme lebih mengambil tempat dari bahan bacaan ilmiah.

Eh, panjang pulak membebel pada kali ini. Mungkin hidayah di bulan Rejab agaknya. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah kerana dikurniakan ilham untuk membebel pada kali ini. Sementelah saya memang jenis yang susah nak mengeluarkan kata hati. Cuma kadang kala sahaja terlonar pada bicara mahupun tulisan. Hipokrit kah saya?!
Wallahu'alam....

All the best untuk yang akan menghadapi Midterm exam...esp. buat adik2 Publication and Mulimedia Secretriat Ma'ruf Club.

Thursday, August 04, 2005

Benar dengan batil - Jangan campurkan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI



SELEPAS Allah memerintahkan Bani Israel beberapa arahan, seperti mengingati nikmat, menunaikan janji, takut kepada-Nya, beriman dengan kitab yang diturunkan, jangan menjadi orang yang pertama kafir dan jangan menjual ayat-ayat Allah dengan harta dunia, Allah meneruskan lagi arahan-Nya dengan ayat berikut:


DAN JANGANLAH KAMU CAMPUR ADUKKAN YANG BENAR ITU DENGAN YANG SALAH, DAN KAMU SEMBUNYIKAN YANG BENAR ITU PULA. PADAHAL KAMU SEMUA MENGETAHUINYA. (Surah al-Baqarah ayat 42)


Firman Allah: `Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah', iaitu jangan sekali-kali kamu mencampurkan antara kebenaran yang diturunkan daripada Allah dengan kebatilan yang kamu reka sendiri. Jangan juga kamu mengubah apa yang terdapat di dalam Taurat dengan cara pembohongan dan penipuan yang kamu ada-adakannya. As-Samarqandi dalam tafsirnya, Bahr al-Ulum berkata: ``Campur adukkan di sini pada bahasa bermaksud memakai pakaian. Maknanya, jangan kamu campurkan kebenaran dan kebatilan, iaitu kamu sembunyikan sifatnya. Yang demikian itu kerana mereka mengkhabarkan sebahagian sahaja sifatnya dan menyembunyikan sebahagian lain supaya mereka mempercayai dan membenarkan sehingga mengelirukan mereka.'' Qatadah pula berkata: ``Jangan kamu campur adukkan ajaran Yahudi dan Kristian dengan Islam, sedangkan kamu tahu hakikat agama Allah yang sebenarnya ialah Islam.'' Ada pendapat mengatakan maksud ayat ini ialah, jangan kamu beriman dengan sebahagian dan beriman dengan sebahagian yang lain. Di samping itu, `Dan kamu sembunyikan yang benar itu pula', iaitu jangan sekali-kali kamu sembunyikan apa yang terdapat di dalam kitab kamu mengenai segala sifat Muhammad s.a.w. Ibn Jauzi melalui kitabnya, Zad al-Masir berkata: ``Ada dua pendapat mengenai maksud kebenaran: Pertama, ia berhubung dengan urusan Nabi s.a.w. Inilah pendapat Ibn Abas, Mujahid, Qatadah, Abu al-`Aliah, as-Suddi dan Muqatil. Kedua, ia berhubung dengan agama Islam, sebagaimana pendapat al-Hasan.


Al-Imam al-Maghari berkata: ``Larangan yang pertama berkaitan pindaan dan penukaran, sedangkan larangan kedua adalah menyembunyikan.'' Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim berkata: ``Yang dimaksudkan oleh ahli kitab dan ilmu, ialah membezakan kebenaran dan menzahirkannya supaya memberi petunjuk kepada orang yang mendapat hidayat dan mengembalikan orang-orang yang sesat daripada kesesatannya, di samping menjadi hujah dan bukti ke atas orang-orang yang mengingkarinya. Begitu juga kerana Allah menerangkan melalui ayat-ayat-Nya dan menjelaskan segala kenyataan untuk membezakan yang hak daripada yang batil dan membetulkan jalan orang yang silap. Justeru, sesiapa yang beriman dengan-Nya dari kalangan ahli ilmu, sebenarnya ia layak menjadi pengganti Rasul dan petunjuk ummah.'' Seterusnya ayat ini menerangkan cara mereka dalam kesesatan dan penyelewengan, sebagaimana yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka:


i. Peringatan daripada nabi-nabi mereka berhubung pendustaan dan kebangkitan.


ii. Allah s.w.t. membangkitkan seorang nabi daripada anak Ismail, daripada perempuan yang bernama Hajar kepada mereka dan diterangkan segala alamat yang jelas tanpa sebarang kekeliruan. Sebaliknya, merekalah (paderi dan pendita) yang mengelirukan dengan berbagai-bagai tohmahan kepada Rasulullah s.a.w.


`Padahal kamu semua mengetahuinya', iaitu keadaan kamu mengetahui tetapi menyembunyikannya.


Ibn Qayim melalui kitabnya, `Ilam al-Muwaqi`in menegaskan seperti berikut: ``Jika seseorang hakim atau pemberi fatwa dihadapkan oleh sesuatu masalah, maka ada dua kemungkinan:


1. Ia mengetahui masalah itu dengan keyakinan yang mantap atau ia mengetahui masalah itu dengan dugaan kuat yang didapatinya setelah mengeluarkan daya upayanya dengan mencari atau mengetahui masalah tersebut.


2. Ia tidak mengetahui masalah itu dan tidak memiliki dugaan kuat terhadap masalah itu, jika ia tidak mengetahui masalah itu dengan mantap dan juga tidak memiliki dugaan yang kuat dengan mengeluarkan daya upayanya untuk mengetahui masalah itu, maka ia tidak boleh mengeluarkan fatwa dan menetapkan hukum pada masalah itu, dan jika ia melakukan hal itu, maka ia akan mendapat ancaman seksaan Allah serta termasuk dalam firman Allah yang berbunyi: Katakanlah: Rab-Ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak mahupun yang tersembunyi, perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) menyekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak Allah turunkan hujah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa saja yang kamu tidak ketahui. (al-`Araf: 33). Ayat ini menerangkan bahawa berpendapat tentang (ketetapan) Allah tanpa didasari ilmu, maka hal itu adalah perbuatan yang termasuk dalam empat perbuatan yang amat dilarang Allah, yang tidak dibolehkan pada setiap keadaan. Untuk itu larangan keempat-empat perbuatan ini diungkapkan dengan `batasan', iaitu dengan menggunakan kata `hanya' juga termasuk dalam firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan kepada Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah: 168-169)


Termasuk pula sabda Nabi s.a.w.: Sesiapa yang memberi fatwa tanpa didasari ilmu, maka dosanya hanya bagi orang yang memberi fatwa. Juga termasuk pada seorang hakim daripada tiga hakim yang dua di antaranya berada di neraka, iaitu hakim yang memutuskan perkara tanpa didasari ilmu pengetahuan. Dan ia mengetahui masalah tersebut dengan mantap atau memiliki dugaan yang kuat, maka ia tidak boleh memberi fatwa atau mengeluarkan ketetapan hukum yang sebaliknya. Jika seseorang mengeluarkan fatwa atau menetapkan hukum tanpa didasari ilmu pengetahuan akan mendapat dosa besar, maka bagaimana halnya dengan orang yang mengeluarkan fatwa atau menetapkan sesuatu hukum dengan ketetapan yang telah diketahuinya bahawa ketetapan itu bertentangan dengan yang sebenarnya? Tidak diragukan lagi, bahawa ia sengaja berbuat dusta kepada Allah dan Allah berfirman yang bermaksud: Dan pada Hari Kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. (Az-Zumar: 60). Tidak ada kezaliman yang lebih besar daripada orang yang mendustai Allah dan agama-Nya, dan seseorang yang memberi fatwa tanpa didasari pengetahuan, bererti ia telah mendustai Allah dengan kebodohan, orang-orang seperti ini, lebih buruk keadaannya daripada orang yang menuduh seseorang itu berzina kerana kemungkaran itu dilihat oleh dirinya sendiri, bagi Allah ia telah melakukan dusta walaupun ia mengkhabarkan kenyataan, kerana Allah tidak mengizinkan orang itu bersaksi pada suatu perbuatan zina itu, jika Allah menganggap dusta kepada seseorang yang telah bersaksi pada suatu perbuatan zina, padahal berita itu benar, maka bagaimana pula dengan orang yang mengkhabarkan suatu hukum ketetapan Allah sementara ia sendiri tidak tahu ketetapan Allah itu? Dan juga Allah tidak memberinya izin untuk menetapkan hukum itu atau memberi fatwa? Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta `ini halal dan ini haram', untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. (Itu benar) kesenangan yang sedikit, dan bagi mereka azab yang pedih. (an-Nahl: 116-117). Dan firman Allah yang bermaksud: Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran ketika datang kepadanya. (az-Zumar: 32). Berdusta kepada Allah bererti mendustai kebenaran. Allah berfirman: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah. Mereka itu akan dihadapkan kepada Rab mereka, dan para saksi akan berkata: Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Rab mereka. Ingatlah kutukan Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim. (Hud: 18). Walaupun ayat-ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang musyrik dan orang-orang kafir, akan tetapi termasuk pula di dalamnya untuk orang-orang yang mendustai Allah dalam tauhid, agama, nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan Allah. Dan tidak termasuk dalam ayat-ayat ini bagi orang yang salah dalam ketetapan fatwanya, jika ia telah mengeluarkan segala kemampuan dan daya upaya untuk mencapai kebenaran hukum Allah yang telah Allah syariatkan, kerana hal inilah (berusaha dengan segala daya upaya) yang telah Allah wajibkan kepada hamba-Nya, orang yang taat kepada Allah tidak akan mendapat ancaman seksaan Allah walaupun ia salah kerana kelalaiannya.


Ibn Jarir at-Tabari merumuskan ta'wilan ayat ini di dalam kitabnya, Jami' al-Bayan seperti berikut: ``Jangan kamu campur adukkan kepada manusia hai pendita-pendita dari kalangan ahli kitab pada urusan Muhammad s.a.w. dan semua yang didatangkan dengannya di sisi Tuhannya. Sedangkan kamu sangka bahawa ia dibangkitkan hanya kepada sebahagian bangsa bukan semua, atau kamu bersifat munafik pada urusannya, tetapi yang sebenarnya kamu amat maklum bahawa ia diutuskan kepada kamu semua dan umat yang lain. Malangnya kamu campur adukkan kebenaran dengan pendustaan, di samping kamu menyembunyikan apa yang kamu dapatinya pada kitab kamu daripada segala sifatnya. Bahawa ia merupakan rasul-Ku kepada seluruh manusia, sedangkan kamu mengetahui hakikatnya yang ia sebagai rasul-Ku. Begitu juga apa yang dibawa kepadamu daripada-Ku. Dan kamu mengetahui bahawa daripada perjanjian-Ku yang Aku ambil daripadamu sebagaimana termaktub di dalam kitabmu, ialah hendaklah beriman dengannya dan dengan apa yang dibawa di samping mempercayainya.''