Thursday, July 21, 2005

~*~*~*~*~*Ntah~*~*~*~*

Takde idea nak menulis. Maybe still pening2 dengan kelas philosophy. Full of silly questions.

bermula dengan soalan:

'where is everything come from?'

then,

'where is everything go to?'

then,

'what is everything is actually mean?'

then,

"everything look like different but it doesn't mean different."

Aduh!!!

So, apa sebenarnya?! hish..ini la masalahnya amik subjek philosophy. Berbelit-belit. Sampai otak pun rasa terbelit. 'Ala kulli hal, semuanya ilmu Allah. Jadi dah namanya pelajar kena la belajar sampai jadi terpelajar. Mudah-mudahan tak terkurang ajar.
Saya kena lakukan sesuatu untuk subjek ni. Agaknya dah tua-tua begini, ada karat melekat pada otak. 'Solution'nya saya kena cari 'berus tembaga' untuk bersihkan segala kekotoran yang ada. Dimana saya boleh dapatkan ' si berus tembaga'?

Satu lagi yang memeningkan kepala, bila mengenangkan ke mana hala tuju saya selepas ini?

Adakah saya masih di Taman Ilmu dan Budi?

Double degree atau master?

atau bertukar bidang, diploma @ master dalam bidang lain dan di tempat lain? ( sudah jemu di sini nampaknya)

Bidang apa? IT? Bahasa Arab?

atau terus mengubah haluan...dari title seorang pelajar kepada seorang pekerja?

Nak jadik bos??? Boleh ke?

Kalau dulu, saya diketawakan ummi dan ayah bila mengatakan lepas grad nanti saya teringin amat untuk menjadi penternak lembu yang berjaya, walhal kandang lembu di kampung tak pernah saya hampiri. Ini membuatkan saya terasa terlalu ingin buktikan yang saya boleh. Bila mencongak budget...alahai...kena jadi kuli makan gaji dulu la nampaknya. :)

" Allahumma yassirli wa la tu'assir"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home