Wednesday, June 22, 2005

10 wasiat Imam Syafie kepada muridnya

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali
ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
sebahagian daripada muridnya yang boleh
dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat
yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat
beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) menahan kemarahan,
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) menangis lantaran takut kepada Allah
SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan
memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) berasa reda kepada qada Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

***********************************************************************************

InsyaAllah saya akan menjalani proses hibernasi buat beberapa ketika. So, maaf atas segala salah dan silap.

Buat makcik Ina.... aku maleh ar nak aupdate. Umah aku takde line tepon, apatah lagi internet. Lagipun banyak keje yang lum settle kat umah tu. Mak aku tunggu time aku sampai je kat umah tu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home