Tuesday, June 28, 2005

99 ers & Jubli Emas KI


Wednesday, June 22, 2005

10 wasiat Imam Syafie kepada muridnya

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali
ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
sebahagian daripada muridnya yang boleh
dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat
yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat
beliau yang yang sangat bernilai.

Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: "Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

Pertama: Hak kepada diri mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua: Hak kepada malaikat maut - mengqandakan kewajipan yang tertinggal ,
mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

Ketiga: Hak kepada kubur membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat menasihati.

Kelima : Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) menahan kemarahan,
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

Keenam : Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) menangis lantaran takut kepada Allah
SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan
memperelokkan akhlak.

Kelapan : Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) berasa reda kepada qada Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi saw bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.

Kesepuluh : Hak kepada Allah SWT mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

***********************************************************************************

InsyaAllah saya akan menjalani proses hibernasi buat beberapa ketika. So, maaf atas segala salah dan silap.

Buat makcik Ina.... aku maleh ar nak aupdate. Umah aku takde line tepon, apatah lagi internet. Lagipun banyak keje yang lum settle kat umah tu. Mak aku tunggu time aku sampai je kat umah tu.

Friday, June 17, 2005

Tanpa Tajuk....pasca imtihan ;P

Majlis Fatwa Kebangsaan bincang isu jarum, kondom percuma akhir Jun

JOHOR BAHRU 15 Jun - Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengadakan perbincangan khusus akhir bulan ini mengenai cadangan kerajaan membekalkan jarum dan kondom kepada penagih dadah serta pengidap HIV.

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, perbincangan tersebut akan melibatkan mufti-mufti, cendekiawan, institusi dan profesional Islam serta bukan Islam yang mempunyai kepakaran masing-masing mengenai masalah penagihan dadah dan penyakit HIV.

Katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan fatwa mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek dalam usaha mengelak serta mengurangkan kadar jangkitan HIV dan menjimatkan perbelanjaan negara.

``Majlis Fatwa perlu mendapatkan maklumat dan pandangan terperinci dari pelbagai pihak berkaitan keperluan dan kesannya terhadap penagih dan penghidap HIV melalui cadangan membekalkan jarum serta kondom percuma itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Ke-69, di sini hari ini.


**********************************************************************************


Entry tanpa tajuk...heheh...dah tak de idea nak pikir tajuk. Tapi ingat nak post pasal isu jarum dan kondom percuma. Personally, ana rasa ia bukanlah satu cadangan yang bijak bagi mengatasi masalah seks bebas, HIV and penagihan dadah. Tapi ntahla..kalau di'implement'kan jugak sama je rasa nya. Ntah-ntah makin bertambah bilangan kes. Hehe...can dah guna 'black head' dah ni. Tapi rasional pe...dok gitu!
Tak ke idea tu nampak cam sama je dengan slogan 'Mari Berzina Beramai-ramai!' atau pun 'Jom kita pakat-pakat Hisap Dadah'?!

**********************************************************************************

Alhamdulillah...dah merdeka dari imtihan semester ni...Best gak sebab soalan spot sume kluar. Syukur sangat2! Memang benar kan, kesusahan itu tersepit di antara dua kemudahan. Di sebalik ibtila' yang Allah berikan kepada setiap hamba-Nya pati ada hikmah di sebaliknya. Dalam kesakitan yang kunjung tiba sehingga ke hari ini...Allah mudahkan ana untuk menjawab soalan exam tadi. Cuma yang mekin kecut, bila mengingatkan result yang bakal tiba...Aduh! Ummi dah awal-awal lagi demand untuk 'A'. Wallahu'alam. Ana cuma dapat usahakan yang terbaik...keputusan biarlah Allah yang tentukan.

**********************************************************************************

Apa lagi ek?! oooo...sebenaarnya nak cakap, ade sambutan Jubli Emas Kolej Islam.
hehe...kiranya nak jerit kuat2 la ni...KISAS....HERE I COME!
ngarut je kan entry tanpa tajuk ni. Tapi best sangat dapat pegi KISAS malam kelmarin. Sedih juga sbb tak dapat tgk konsert Brothers sampai abih. 'Ala kulli hal lagi rasa seronok lagi banyak dr sedih sbb dapat jumpa Ust. Zaidah dan guru2 yang lain. Kira sacrifice ni...balik lambat sbb nak pi program2 sekolah tu...ha.. bukan sengan Norhannah nak wat cenggini selalu...ye dak?!

eh dah la...melalut je lebih. Ntah pape! Maaf ye atas coretan yang tak bermanfaat!
Salah silap harap dimaafkan.

Wednesday, June 08, 2005

Gebang-gebang di ambang imtihan...

Imtihan?! Rasanya the whole life is imtihan. Sedar-tak sedar dah sampai ke penghujung sem 3. Dalam ummi bising-bising cuti sekejap sangat ari tu dah nak cuti balik pun. Rasa cam baru je sampai sini. Tgk2 busyra dah minta duit untuk beli tiket. hehe... advance sungguh!

Nampaknya tak leh masuk kampung lagi. Siankan...punya beria join COMRADE sbb nak cari pengalaman masuk kampung orang asli tp sampai sekarang tak kesampaian. Nak masuk tapi...ntahlah. Rasa kena balik jugak untuk neutralkan kepala dan badan walaupun tahu yang kat rumah tu bukannya leh neutralkan sangat pun. Tapi...terbayangkan muka ummi yang mendamaikan tu...kira cancel la sumer yang terhajat di hati.

Cuma yang pastinya, hambatan tugasan yang melambak semester ni buatkan sedikit sebanyak ana rasa makin dekat padaNya. Dan yang paling best tak banyak fikirkan unsur-unsur luar yang ntah pape.

Wa akhiran, maaf atas coretan yang kurang bermanfaat pada kali ini. Buat kekanda Salsabila yang tercinta, insyaAllah impian akan menjadi nyata tak lama lagi...Tunggu tau! Surprise!!

Thursday, June 02, 2005

Semboyan peperangan - Iblis musuh anak Adam

Semboyan peperangan - Iblis musuh anak Adam
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


SETELAH Allah s.w.t. menceritakan betapa pertembungan antara arahan dan larangan, akan membabitkan syaitan pada pihak yang lain sebagai penyesat dan penggoda dengan segala pujuk rayu, lantas Allah menerangkan dalam ayat berikut, firman Allah yang bermaksud:

SETELAH ITU MAKA SYAITAN MENGGELINCIRKAN MEREKA BERDUA DARI SYURGA ITU DAN MENYEBABKAN MEREKA DIKELUARKAN DARIPADA NIKMAT YANG MEREKA TELAH BERADA DI DALAMNYA DAN KAMI BERFIRMAN: ``TURUNLAH KAMU! SEBAHAGIAN DARIPADA KAMU MENJADI MUSUH KEPADA SEBAHAGIAN YANG LAIN DAN BAGI KAMU SEMUA DISEDIAKAN TEMPAT KEDIAMAN DI BUMI, SERTA MENDAPAT KESENANGAN HINGGA KE SUATU MASA (MATI). (Surah al-Baqarah ayat 36 )

Firman Allah : `Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu'. Iaitu syaitan cuba menggoda mereka supaya mereka tergelincir dengan sebab tipu daya serta pujukannya untuk memakan apa yang dilarang. Ibn Jauzi di dalam kitabnya, Zad al-Masir menjelaskan bahawa terdapat tiga pendapat mengenai cara mereka berdua digelincirkan:

Pertama, Iblis membuat helah sehingga dapat masuk ke syurga melalui ular, seperti pendapat Ibn Abbas dan as-Suddi.

Kedua, bahawa Iblis berada di pintu syurga dan menyeru kedua-duanya, seperti pendapat al-Hasan. Tetapi Ibn Jauzi menolak pendapat ini dengan menyatakan, ia termasuk dalam kalangan israiliyat, tanpa mempunyai sanad daripada kitab dan sunah.

Ketiga, bahawa ia telah mewas-waskan kedua-duanya, tanpa suara dan penglihatan, seperti pendapat Ibn Ishak, tetapi ia jauh.

Al-Imam al-Fakhru ar-Razi melalui tafsirnya, al-Kabir, membahaskan hukum berhubung dengan maksumnya nabi-nabi kepada empat pendapat :

Pertama, segala yang berlaku pada bab iktikad. Ia tidak harus pada pandangan kebanyakan ulama, apatah lagi membabitkan kekufuran dan kesesatan.

Kedua, segala yang berlaku pada Bab Tabligh (menyampaikan risalah). Mengenainya telah ijmak umat bahawa keadaan mereka maksum daripada dusta dan menyeleweng.

Ketiga, segala yang berlaku pada Bab Hukum-hukum dan Fatwa-fatwa. Mereka juga telah berijmak bahawa tidak harus berlaku kesilapan nabi secara sengaja. Adapun secara lupa, sebahagian ulama mengharuskannya dan sebahagian yang lain tidak.

Keempat, segala yang berlaku pada setiap perbuatan dan sirah mereka. Masalah ini khilaf kepada lima pendapat, dan pendapat yang paling baik ialah tidak berlaku kepada mereka sebarang dosa secara sengaja, tetapi pada masalah lupa ini juga menjadi khilaf.

Lantas natijahnya : `dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya', iaitu daripada nikmat syurga. Seraya firman Allah s.w.t.: `Turunlah kamu!', dengan maksud turunlah kamu dari syurga ke dunia. Terdapat enam pandangan ulama mengenai kepada siapakah arahan supaya turun :

Pertama, Adam, Hawa dan ular - pendapat Abu Soleh daripada Ibn Abas.

Kedua, kepada Adam dan iblis - pendapat Mujahid.

Ketiga, kepada Adam, Hawa, Iblis dan ular, sebagaimana yang dihikayatkan oleh as-Suddi, daripada Ibn Abbas.

Keempat, kepada Adam, Hawa dan Iblis - pendapat Muqatil.

Kelima, kepada Adam, Hawa dan zuriatnya - pendapat al-Farra'.

Keenam, kepada Adam dan Hawa sahaja - pendapat Ibn al-Ambari. Inilah pendapat Imam an-Nasafi di dalam kitabnya dan mensahihkannya.

Ulama juga berkhilaf pendapat, apakah mereka diturunkan secara bersama atau berpisah-pisah. Ia terbahagi kepada dua pendapat :

Pertama, bahawa mereka diturunkan secara bersama, kecuali tempat mereka diturunkan di negeri yang berlainan. Inilah pendapat Ka'ab dan Wahab.

Kedua, mereka diturunkan berpisah-pisah. Iblis diturunkan sebelum Adam, Adam diturunkan di bumi India, Hawa di Juddah dan iblis di Aballah, satu kawasan yang berhampiran dengan Basrah. Dan riwayat daripada Ibn Abbas, bahawa diturunkan ular di Nasibin.

Dan ucapan berikut ini diturunkan kepada Adam, Hawa dan Iblis, iaitu `sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain', syaitan menjadi musuh kepada kamu, maka hendaklah kamu menjadi musuh baginya, dan inilah peringatan kepada anak Adam supaya berhati-hati dengan tipu daya syaitan. Inilah pendapat Syeikh as-Sa'di di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim.

Sayid Qutub melalui tafsirnya, Fi Zilal al-Quran mengatakan, bahawa ini menandakan semboyan peperangan telah dikhabarkan antara manusia dan syaitan hingga akhir zaman. Dan Allah menyebut natijah manusia seperti firman-Nya : `Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi', iaitu bagi kamu di dunia, tempat yang kekal untuk menjalani kehidupan. Ibn Jarir at-Thabari di dalam tafsirnya berkata, ulama telah mentakwil ayat ini dengan maksud :

Pertama, bumi sebagai hamparan - pendapat Abu al-'Aliyah.

Kedua, sebagai kubur - pendapat ar-Rabi' dan as-Suddi daripada Ibn Abbas.

Ketiga, sebagai tempat berdiri - pendapat Ibn Zaid.

Kesalahan

Kata Ibn Jarir, daripada kalam Arab, perkataan `mustaqar' ialah tempat kekal atau tempat tinggal. Firman-Nya : `Serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)', maksudnya jaminan Allah, hendaklah kamu menikmati segala kesenangan sampai kamu menemui ajalmu. Al-Mawardi menambah dengan menaqalkan pendapat Mujahid, iaitu sampai berlaku kiamat.

Al-Imam as-Syaukani di dalam tafsirnya, al-Fath al-Qadir berkata, maksudnya ialah sehingga mati dan dikatakan sehingga kiamat. Asal perkataan `hin' iaitu dari segi bahasa bermakna `waktu yang jauh'.

Terdapat satu persoalan berhubung dengan maksiat Adam, kemudian beliau bertaubat. Sedangkan para nabi adalah maksum daripada melakukan dosa ? Al-Imam al-Maghari melalui tafsirnya, al-Maghari mengemukakan tiga jawapan :

Pertama, bahawa kesalahan ini berlaku sebelum kenabian Adam dan maksum berlaku selepas itu.

Kedua, bahawa berlaku hal ini disebabkan lupa, kemudian dinamakan dosa atau maksiat sebagai membesarkan perkaranya. Sedangkan lupa dan lalai tidak menafikan kemaksuman.

Ketiga, yang demikian itu termasuk dalam kategori samar-samar, sama seperti kisah yang lain. Ia tidak mungkin dilihat dari segi zahirnya dan sewajarnya kita menyerahkannya kepada Allah sebagaimana pandangan Salaf (ulama terdahulu). Atau daripada Bab Tamsil (perumpamaan) sebagaimana pendapat Khalaf (ulama kemudian).

Syeikh Muhammad Abduh menerangkan dengan panjang lebar berhubung perkhabaran Allah kepada malaikat, bahawa diciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi di samping kurniaan ilmu dan arahan sujud kepada-Nya.