Saturday, May 14, 2005

Rahsia Hari Lahir Dalam Hidup

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius.
Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah.
Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara.
Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.
Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

*******************************************************************

Em, betul ke cenggitu ek karektor ana? Rasanya 75% ada benarnya. Lama benar tak update rasanya. Dah 2 siri tafsir Al-Quran ketinggalan untuk dikumpul. InsyaAllah ada salinan hard copy.

Dalam masa yang singkat macam-macam boleh berlaku di luar dugaan kita. Bagi yang sedang diuji, ingatlah hanya Allah saja yang benar-benar memahami diri kita. Walau hilang separuh semangat, walau sedih datang menimpa, semuanya ada ada hikmah yang tersembunyi. Inilah kehidupan....satu imtihan.

"Allahumma yassirli wa la tu'assir!"

2 Comments:

At 10:06 PM, Anonymous Anonymous said...

Manusia hidup penuh dengan teori, Berpegang dgn kalam tuhan pasti lebih bererti,
Kuatkan hati, tabahkan diri,
Hulurkan senyuman dr sekeping hati..

p/s: Knp sedih lagi ni..

salsabila

 
At 10:42 AM, Blogger cthurairah said...

terima kasih akak...

Bila janji kerana Allah dianggap gurauan...
Kesetiaan dipermainkan..
Kepercayaan yang diberi bersepai didepan mata tanpa sekelumit maaf.
Pedih hati menghiris...
Terasa longlai seluruh badan...
Mungkin doa di Multazam dan Hijr Ismail dah terjawab...
Doakan saya agar sentiasa kuat menghadapi apa jua keadaan.

 

Post a Comment

<< Home