Thursday, April 07, 2005

Perumpamaan - Alat menerangkan mata hati

TATKALA Allah menyebut tentang lalat dan labah-labah di dalam kitab-Nya, diumpamakan bagi orang-orang musyrikin dengan perumpamaan ini.

Mereka di kalangan Yahudi ketawa seraya berkata, ``Ini bukanlah serupa dengan kalam Allah. Apa perlunya Allah menyebut benda-benda yang hina dan kecil seperti itu?'' Lantas Allah menurunkan ayat ini.

Ibn Jauzi menyebut, ``Ada dua pendapat mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini, iaitu :

i. Seperti pendapat di atas. Inilah yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas, al-Hasan, Qatadah, Muqatil dan al-Farra'.

ii. Tatkala Allah membuat dua misalan yang telah lalu seperti ayat 17 dan 19 Surah al-Baqarah, orang-orang mu-nafik telah berkata, ``Allah yang lebih mulia dan tinggi daripada mengum-pa-makan seperti ini.'' Inilah pendapat as-Suddi daripada guru-gurunya.

SESUNGGUHNYA, ALLAH TIDAK SEGAN MEMBUAT PERUMPAMAAN BERUPA NYAMUK ATAU YANG LEBIH RENDAH DARIPADA ITU. ADAPUN ORANG-ORANG YANG BERIMAN MAKA MEREKA YAKIN BAHAWA PERUMPAMAAN ITU BENAR DARIPADA TUHAN MEREKA. TETAPI MEREKA YANG KAFIR MENGATAKAN, ``APAKAH MAKSUD ALLAH MENJADIKAN INI SEBAGAI PERUMPAMAAN?'' DENGAN PERUMPAMAAN ITU, RAMAI ORANG YANG DISESATKAN ALLAH DAN DENGAN PERUMPAMAAN ITU JUGA, RAMAI ORANG YANG DIBERI-NYA PETUNJUK. DAN TIDAK ADA YANG DISE-SATKAN ALLAH KECUALI ORANG-ORANG YANG FASIK.'' (Al-Baqarah ayat 26)

Allah berfirman dengan membantah sangkaan dan dakwaan orang Yahudi dan munafiqin dengan ayat, `Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan, iaitu sekali-kali tidak menjadi masalah kepada Allah mengumpamakan apa pun juga, sama ada besar atau kecil.

Ibn Atiyyah di dalam kitabnya, Muharrar berkata, ``Ulama berselisih pendapat mengenai makna `Allah tidak segan'.

Imam At-Tabari mentarjihkannya dengan maksud tidak takut, dan yang lain berpendapat hendaklah ditinggalkan maknanya, ia lebih aula.

Firman Allah `berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu'. Sebagaimana Allah tidak merasa payah dan malu untuk menciptakannya, begitulah Allah tidak merasa segan dan malu untuk mengumpamakannya.

Syed Qutub berkata, ``Allah adalah Tuhan kepada yang kecil dan besar. Pencipta nyamuk dan gajah. Ada mukjizat pada nyamuk, juga mukjizat pada gajah. Itulah mukjizat kehidupan. Mukjizat siir yang tertutup, tiada diketahui selain Allah.

``Justeru, sesuatu perumpamaan itu bukanlah berdasarkan kepada ukuran dan bentuk tetapi fungsi sebenar perumpamaan adalah sebagai alat untuk menerangkan mata hati.''

As-Syaukani berkata di dalam tafsirnya,-Fath al-Qadir, ``Perumpamaan dengan nyamuk merupakan ibham (kesamaran) yang memberi maksud apa-apa jua yang masuk atasnya sehingga menjadi lebih umum daripada itu, dan lebih banyak perkara yang lain boleh dimasukkan.''

Kecil

Seterusnya, ayat `lebih rendah daripada itu', membawa maksud yang lebih kecil. Inilah pendapat al-Qisa'i dan Abu Ubaidah.

Begitupun, kebanyakan ahli tafsir berpendapat ia bermaksud yang lebih besar.

`Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka', dengan maksud mereka yakin bahawa Allah yang sebenarnya tiada berkata kecuali benar dan perumpamaan ini daripada Allah.

Sebaliknya, `tetapi mereka yang kafir mengatakan, ``Apakah maksud Allah menjadikan ini sebagai perumpamaan?''' Ini kerana mereka merasa pelik dan hairan seraya berkata, ``Apa yang dikehendaki Allah daripada perumpamaan ini dengan perumpamaan segala yang kecil dan hina ini?''

Lantas Allah menghina dan membantah mereka dengan menyebut `dengan perumpamaan itu, ramai orang yang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu juga, ramai orang yang diberi-Nya petunjuk'.

Ia bermaksud dengan perumpamaan itu ramai dari kalangan orang kafir yang disesatkan kerana kekufuran mereka.

Sebaliknya, ramai yang mendapat hidayat dari kalangan orang beriman dengan sebab keimanan mereka.

Justeru, bertambah sesatlah orang yang kafir dan bertambah yakinlah orang yang beriman.

Allah menegaskan `dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik'.

Ia membawa maksud tidaklah dise-satkan dengan perumpamaan ini atau dengan al-Quran ini kecuali mereka yang keluar daripada ketaatan kepada Allah dan menderhaka dengan ayat-ayat-Nya.

Ibn Jauzi berkata, orang-orang yang fasik di dalam ayat ini adalah merujuk kepada :

i. Golongan Yahudi. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.

ii. Golongan munafik. Inilah pendapat Abu Aliyyah dan as-Suddi.

iii. Semua orang kafir.

* DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI, Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

*******************************************************************************

Alhamdulillah selamat sampai di rumah pagi semalam. Sampai lambat jugak. Tapi tak pe sebab dapat tumpang bas TANQIYAH, cuma yang sedihnya tak dapat ikut ke tempat program bersama-sama dengan yang lain. Biasalah...bila dah balik ke rumah ni rasa cam kena ikat kaki tangan plak kadang-kadang. Kalau keluar pun mesti kena pegi dengan mak. 'Ala kulli hal, dapat jugak ikuti kuliah bulanan Ustaz Syamsuri di Masjid Sultanah. Dah lama tak ikuti. Maklum la dah lama tak cuti panjang. Kalau cuti 3 bulan tu ok gak. Cuma yang tak bestnya kalau cuti panjang ialah terpaksa menceburi industri penternakan 'lemak'...hehe...

Isk, tak leh lama ni. Kena teman mak ke Bandar Darulaman. Permisi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home