Thursday, April 21, 2005

Golongan Islam Liberal – Langkah semakin lancar di era Islam

Jom kita kongsi sesama post msg yang Ana dapat dr yahoogroups KI. Cam menarik je.. Tambah-tambah lagi wat sesapa yang amik subjek Issue...RKUD.

***************************************************************************

Artikel yang dipost oleh sdr Fazley Nazrey sangat bermunafaat, jzkk.
Ust.Hafidz yang menulis artikel tersebut memang seorang yang
mengkagumkan! Seorang pilot yang berkemampuan mengupas ilmu agama
dengan detail dan akademik, I'll get his book soon.

Golongan Islam Liberal (GIL) yang diterajui oleh puak-puak human
rights termasuk SIS ni semakin galak dan pesat perkembangan mereka.
Baru-baru ini mereka menganjurkan satu kursus mengenai Islamic Legal
Theory yang disampaikan oleh Dr.Khalid Mas'ud, President Of Council
Of Islamic Ideologi, Pakistan. His presentation was not that bad.
But the discussion dominated by SIS member adalah keterlaluan dan
menyimpang jauh dari lunas-lunas usul fiqh.

Nori Abdullah adalah salah seorang peserta SIS together with a
number of young outspoken girls dan their leader Zainah Anwar.Hj.Naim
(ex-KIK 1984 & ex Qadhi PJ) turut hadir bersama 5-6 orang
participant non-SIS yang terpaksa bertegang urat leher dengan puak-
puak liberal ni. Antara pegangan dan pandangan mereka adalah spt
berikut:

1. Perlunya suatu pembentukan semula(reconstruction) dalam
Islamic legal theory.
2. As Sunnah dan al Hadith tidak boleh dijadikan asas dalam
penentuan hukum.
3. Pandangan dan pendapat Ulama' mu'tabar atau tidak mu'tabar
termasuk usul fiqh tidak boleh dijadikan asas kerana outdated.
4. Hukum hanya berdasarkan al quran yang ditafsirkan secara
lojik dan perlu adil dan compatible dengan keadaan masyarakat moden.
5. Hukuman potong tangan, rejam, sebat (hudud) adalah barbaric
dan tidak sesuai sama sekali untuk digunapakai.
6. Tudung kepala adalah total misconception tentang aurat
wanita.
7. Hukum pewarisan Islam adalah tidak adil dan tidak boleh
digunapakai.
8. Apa-apa hukum yang discriminate wanita adalah tidak boleh
dipakai perlu diubah.
9. Undang-undang mengawal moral adalah outdated, dan anggota
masyarakat perlu diberikan hak kebebasan untuk menjalani corak
kehidupan mereka.
10. Amar ma'ruf nahi munkar adalah aktiviti yang diada-adakan
oleh golongan pengauasa agama yang gila kuasa.


Ini adalah sebahagian kecil dari pegangan mereka dan insya Allah
saya akan perturunkan dari masa ke masa berbagai-bagai pegangan
pelik mereka.

Don't surprise mereka ni dah dapat pengiktirafan kerajaan dan satu-
satu nya NGO yang mewakili umat Islam dalam mengkaji semula kaedah
penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Malaysia.
Berdasarkan website mereka, suatu memorandum kepada kerajaan telah
dihantar supaya dikaji semula kedudukan perundangan Islam dalam
Negara kita. Dan memorandum mereka itu telah dipersetujui oleh
kerajaan, kedudukan undang-undang jenayah syariah itu akan dikaji!

So, what U say brothers and sisters ex-KI? Kawan-kawan kita di
JAKIM, IKIM,Mufti-Mufti dan Dato' Dolah Md Zin??!!!
2-3 hari lepas rasa lega dengan statement by Pak Lah. Tapi today
bila dapat this info, I feel like muslims here dipermainkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home