Tuesday, April 19, 2005

Balik Kampung...Belasungkawa

Mm...alhamdulillah..dua hari lepas berpeluang jugak balik kampung. Banyak betul perubahan. Rasanya baru je balik masa raya haji aritu. Hari ni tgk dah lain rupanya. Rasa rindu pulak suasana rumah tok yang lama.

Teringat lagi mula-mula dulu masa kecik-kecik rumah tok memang betul-betul rumah kampung sebab bilik air kat luar, ada tempayan @ guri kat tangga. Pastu rumah pun atap nipah. Sejuk je rasa... Tapi kalau hujan penat jugak nak tada besen sebab atap banyak yang bocor. Ada pelantar untuk membasuh pinggan. Masa ni tak main la sinki-sinki. Air pun tokwan angkut masuk tempayan besar atas pelantar. Sekali-sekala ana menyibuk jugak tolong tok angkut air. Masa ni air paip pelahan sangat. So, tok lebih prefer anik air telaga. Masak plak guna dapur kayu. Dapur minyak selalunya tok guna masa nak buat kuih raya je rasanya...ntah la, ana pun dah ingat-ingat lupa. Tapi seronok sangat masa tu...

Pastu, seingat-ingat ana masa ana 4 @ 5 tahun rumah tok berubah lagi...tapi still rumah kayu. Cuma atap nipah diganti dengan atap zink. Pelantar pun dah kecik sikit. cuma muat untuk sorang je rasanya. Ada lagi dapur kayu. Tapi masa ni mak dah belikan tok dapur gas. Mudah sikit la. Tak payah nak menghembus-hembus lagi bila nak control api...biasanya bab hembus-menghembus ni ana yang selalu menyibuk. Seronok sangat! Waktu ni dah ada sinki kat dapur umah tok...air paip pun dah disalurkan kat atas rumah. Semuanya nak mudahkan tok bergerak sebab keadaan tok dah makin dhaif. Kaki tok pun dah makin bengkak. Isk...isk..isk sedih betui waktu ni. Saat-saat akhir bersama tok...

Sekarang rumah tok berubah lagi. Posisi menghadap matahari jatuh dah berubah menghadap ke utara. Rumah kayu dah tinggal separuh. Kat bawah dah di buat rumah batu. Dapur kayu tok dah ranap. Reban ayam pun dah bersepai. Mujur jelapang pagi kat depan rumah dah di'alter' sebagai khazanah. Tok wan dah tak simpan padi lagi kat dalam tu. Sekali-sekala je ayam naik ke situ. Tolong kotorkan jelapang dengan najis-najisnya....heheh...

'Ala kulli hal Alhamdulillah sebab ana masih lagi berkesempatan untuk merasai nikmat hidup di kampung dahulu yang tak pernah sepupu sepapat yang muda-muda ni .rasai sekarang...


******************************************************************************


Takziah buat Mak Njang Ni sekeluarga di Padang Melangit atas pemergian Pak Njang ke Rahmatullah Rabu lepas.

1 Comments:

At 12:52 PM, Blogger Hany FF said...

innallillahi wa inna ilaihi raaji'uun.
cthurairah, maknjang & pak njang kat padang melangit tu nama apa? kampung akak tu! sapa yg ninggal ek? ermmm...tak tepon kg lg.
btw, salam takziah utk keluarga depa ek.

 

Post a Comment

<< Home