Wednesday, March 23, 2005

SEMBAHYANG JUMAAT BERIMAM WANITA DI AS

Oleh ASTORA JABAT


.



Yang menjadi masalah bukan saja kerana wujud ulama sejak beratus dan
beribu tahun lalu lebih ghairah untuk menonjolkan ajaran al-Quran
dari sudut hukum dan kebanyakan hukum yang mereka tonjol pula
merupakan hukum tidak boleh dan haram belaka, tetapi kaum wanita
juga turut menjadi mangsa perbuatan mereka.

Ini kerana banyak sekali hukum yang membelenggu wanita didakwa
sebagai hukum Islam dan syariah, tetapi sebenarnya tidak kena-
mengena dengan Islam dan syariah. Sebaliknya ia merupakan hukum
ijtihad ulama kerana ia tidak diperuntukkan dalam al-Quran dan hadis
secara muktamad.

Sekadar menjadi contoh disebut di sini bahawa majoriti ulama
memfatwakan wanita tidak boleh menjadikan pemimpin. Dalam istilah
fikah pemimpin disebut sebagai imam (al-imam). Maksud pemimpin atau
imam ini pula boleh dibahagikan kepada dua, pertama, pemimpin atau
imam dalam maksud yang semp it iaitu pemimpin negara; dan kedua,
pemimpin atau imam yang maksud yang luas mencakupi semua tugas
kepimpinan termasuk pemimpin atau imam sembahyang. Nas yang
digunakan untuk mengharamkan wanita menjadi pemimpin atau imam itu
ialah hadis yang bermaksud:


Tidak sama sekali akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan
mereka kepada wanita (wanita menjadi pemimpin mereka). Hadis ini
diriwayat oleh al-Bukhari, at-Tirmizi, al-Hakim dan lain-lain.
Larangan wanita menjadi pemimpin ini didakwa merupakan pandangan
jumhur atau majoriti ulama.

Al-Qurtubi dalam tafsirnya berkata, ulama telah bersepakat secara
ijmak (konsensus) bahawa tidak harus bagi wanita menjadi pemimpin
(Tafsir al-Qurtubi juz 1, muka surat 270). Manakala Abu Bakar bin al-
Arabi pula berkata yang dimaksudkan pemimpin itu khalifah, iaitu
pemimpin tertinggi negara (Tafsir al-Qurtubu juz 13, muka surat
185). Bagaimanapun, ramai ulama meluaskan lagi maksud hadis di atas
dan ada di kalangan mereka yang menghukum wanita tidak boleh menjadi
apa jua pemimpin.

Sebenarnya hadis di atas tidak boleh dijadikan hujah muktamad bahawa
semua wanita tidak boleh menjadi pemimpin, sama ada pemimpin negara
mahupun pemimpin dalam bidang-bidang lain.

Ini k erana apa yang dijelas oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis itu
ada konteksnya, iaitu ia merupakan penjelasan mengenai pendirian
baginda tentang anak puteri raja Parsi yang masih muda tidak layak
menjadi pemimpin mengganti ayahandanya yang telah mangkat. Ini
bermaksud baginda tidak sama sekali melarang semua wanita menjadi
pemimpin. Dalam al-Quran sendiri terdapat surah Saba dan banyak ayat
al-Quran lain yang menceritakan tentang wanita yang menjadi pemimpin
negara, iaitu Ratu Balqis yang memerintah negeri Saba (Sheba).
Puteri Balqis yang dulunya bukan orang beriman, tetapi kemudian dia
menjadi orang beriman dan pengikut ajaran Nabi Sulaiman. Tidakkah
ini merupakan bukti yang jelas daripada al-Quran bahawa ada wanita
menjadi pemimpin negara?

Dalam sejarah Islam pula terdapat beberapa pemerintah negara yang
merupakan wanita seperti Syajaratud Dur yang menjadi sultanah Mesir
pada kurun ke-13, Radhiah ad-Din yang menjadi sultanah Delhi, India
selama empat tahun antara tahu n 1236-1240 dan Raja Hijau, Raja
Hibu, Raja Ungu dan Raja Kuning yang memerintah Patani di selatan
Thailand.

Perlu diterangkan bahawa Sultanah Syajaratud Dur walaupun sangat
hebat kerana berjaya menghalau tentera Salib dari Mesir, tetapi dia
terpaksa melepaskan kuasa selepas memerintah tidak begitu lama
kerana ditekan oleh ulama yang memfatwakan bahawa kaum wanita tidak
boleh atau haram memerintah negara. Selain itu penyelewengan yang
berleluasa dalam kerajaan juga turut menjadi faktor menyebabkan
Sultanah Syajaratud Dur ditentang oleh rakyat dan memaksanya
meninggalkan takhta.

Pada zaman ini larangan wanita menjadi pemimpin yang difatwa oleh
kebanyakan ulama sejak beratus dan beribu tahun lalu masih
mempengaruhi orang Muslim walaupun realiti membuktikan bahawa fatwa
itu tidak lagi relevan atau tidak lagi diikuti. Ini kerana kaum
wanita sudah pun menjadi pemimpin negara dan menteri. Malah hak
politik wanita nampaknya tidak mampu lagi disekat oleh fatwa-fatwa
ul ama. Ambil contoh perubahan Pas membenarkan wanita menjadi calon
pilihan raya. Padahal beberapa tahun lalu Mursyidul Am Pas Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menganggap tidak harus wanita melakukan perkara itu.

Perubahan yang sama berlaku di sebuah negara Arab yang paling keras
mengamal ajaran agama serta ulama-ulamanya terkenal suka membuat
fatwa yang dianggap benar-benar menindas wanita seperti mengharamkan
mereka memandu kereta, tetapi negara itu telah diadakan pilihan raya
majlis perbandaran yang terbatas. Wanita belum lagi dibenarkan ikut
serta dalam pilihan raya pertama negara itu, tetapi kehadiran mereka
di sebalik tabir adalah jelas. Para pemerhati politik berkata
reformasi politik yang sedang dilaksanakan di negara berkenaan akan
membolehkan wanita ikut serta dalam politik pada masa akan datang.

Bagaimanapun, kaum wanita pada zaman ini nampaknya bukan saja
menuntut hak dalam politik, tetapi mereka juga men untut hak dalam
bidang-bidang lain termasuk dalam bidang agama. Jika dalam politik
sudah ada ulama-ulama yang terbuka dan membenarkan wanita ikut
serta, tetapi mereka mengambil pendirian menentang atau sekurang-
kurangnya tidak menyokong kaum wanita terlibat dalam agama sehingga
sampai ke peringkat peneraju dan pemimpin. Wanita pada pandangan
ulama-ulama hanya patut duduk di belakang sahaja.

Menuntut hak

Mereka tidak dipanggil ulama walaupun mempunyai gelaran doktor
falsafah dan berilmu tinggi dalam bidang agama. Contoh terbaru
wanita menuntut hak untuk menjadi peneraju dan pemimpin dalam agama
ialah tindakan seorang sarjana Muslimah Amerika berasal dari Afrika,
Dr. Amina Wadud menjadi imam sembahyang Jumaat yang turut dihadiri
kaum lelaki di Manhattan, New York Jumaat lalu.

Dr. Amina Wadud dan para penyokongnya yang terdiri daripada golongan
pejuang hak wanita itu menganggap kaum wanita juga perlu mempunyai
hak yang saksama dalam mengamal ajaran agama se perti kaum lelaki
termasuk menjadi imam sembahyang Jumaat dan sembahyang-sembahyang
yang lain.

Lebih 100 orang lelaki dan wanita menghadiri sembahyang Jumaat yang
julung kali dipimpin oleh seorang imam wanita pada zaman moden ini.
Sembahyang Jumaat itu diadakan di sebuah dewan dipanggil Synod House
di gereja St. John the Divine di Manhattan. Menurut rancangan awal
sembahyang Jumaat berimamkan Amina Wadud itu akan diadakan di
masjid, tetapi pihak penganjur tidak berjaya mendapatkan mana-mana
rumah Allah untuk melangsungkan ritual wajib mingguan itu.

Lalu mereka memilih The Sundaram Tagore Gallery. Bagaimanapun,
disebabkan ada pihak mengancam mahu meletupkan The Sundaram Tagore
Gallery jika sembahyang jemaah pimpinan wanita diadakan di situ,
maka dipindah ke dewan gereja berkenaan. Kerana takutkan ancaman bom
itu, maka sembahyang Jumaat pada hari itu terpaksa diadakan secara
senyap-senyap dan dihadiri oleh para penyokong saja.

Reaksi ulama terhadap semba hyang Jumaat yang paling kontroversi itu
ialah Syeikh al-Azhar Dr. Mohammed Sayed Tantawi berkata, harus
wanita menjadi imam sembahyang, tetapi bukan sembahyang yang
disertai lelaki. Maksud wanita harus menjadi imam kaum wanita
sahaja.

Boleh dihalusi pandangan Dr. Tantawi dalam bahasa Ingeris di
sambungan ini:

http://abcnews.go.com/US/wireStory?id=593622

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menganggap tidak harus wanita menjadi
imam sembahyang yang disertai lelaki kerana beliau berpendapat ulama
telah bersepakat dengan yakin bahawa mengatakan wanita tidak boleh
melakukan perkara itu.

Hujah yang dipegang Dr. al-Qaradawi dalam melarang wanita menjadi
imam sembahyang lelaki bukan nas yang muktamad daripada al-Quran,
tetapi ijtihad ulama yang tidak muktamad.

Pandangan Dr. al-Qaradawi dalam bahasa Arab dan Inggeris boleh
dihalusi di dua sambungan ini:

1-

http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?
hFatwaID=122680


2-

http://www.islamonline.net/fatwaapplication/english/display.asp?
hFatwaID=122751



Bagaimanapun, hanya Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa agak berbeza dengan
Dr. Tantawi dan Dr. al-Qaradawi kerana menganggap wanita boleh
menjadi imam lelaki jika masyarakat menerima amalan seperti itu. Dr.
Gomaa berkata, kerana ulama berbeza pandangan mengenai wanita
menjadi imam sembayang kaum lelaki, maka harus bagi Amina Wadud
menjadi imam sembahyang Jumaat yang turut dihadiri kaum lelaki pada
18 Mac lalu. Beliau berkata begitu dalam wawancara dengan televisyen
Mesir Selasa lalu. Beliau mengakui bahawa jumhur (majoriti) ulama
menganggap wanita tidak boleh menjadi imam sembahyang lelaki, tetapi
sesetengah ulama lain seperti Imam at-Tabari dan Imam Ibn Arabi
menganggap wanita boleh menjadi imam sembahyang lelaki.

Perkara khilafiah seperti itu terserah kepada orang yang berpegang
dengan perkara itu. Jika mereka menerima wanita menjadi imam
(sembahyang) mereka, itu adalah urusan me reka dan tidak menjadi
masalah selagi mana tidak keluar daripada pandangan-pandangan
terkenal itu. Sebaliknya jika mereka menolak (wanita menjadi imam
sembahyang lelaki), itu adalah urusan mereka juga dan ini samalah
seperti kebanyakan negara Islam termasuk Mesir yang dipercayai tidak
mungkin berlaku perkara itu kerana bertentangan dengan yang ada
dalam pemikiran dan adat masyarakat yang telah sebati dengan mereka.
Untuk menghalusi pandangan Dr. Gomaa boleh layari sambungan ini:

http://www.alarabiya.net/Article.aspx?v=11294

Perbezaan pandangan antara Dr. Gomaa dengan Dr. Tantawi dan Dr. al-
Qaradawi ini adalah perkara biasa dan selalu terjadi dalam perkara-
perkara yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis secara muktamad
atau disebutnya secara umum. Perkara yang sama boleh berlaku bila
berhujah dengan hadis yang tidak kuat atau bercanggah antara satu
sama lain. Bila berhadapan dengan suasana semacam ini tiada yang
dapat dilakukan oleh ulama kecuali berijtihad mengikut fahaman
masing-masing dan dari sinilah munculnya perbezaan pandangan dan
fatwa. Apa yang diperlu dilakukan orang Muslim bila berhadapan
dengan pandangan dan fatwa seperti ini kecuali mengambil yang
dianggap paling sah dan paling baik. Malah boleh juga mengambil yang
paling sesuai dan paling mudah kerana Rasulullah membenarkan berbuat
demikian.

Begitu juga yang perlu diambil oleh orang Muslim berhubung kes Dr.
Amina Wadud mengimamkan sembahyang Jumaat dua hari lepas.

Sebenarnya perbezaan pandangan mengenai wanita menjadi imam
sembahyang lelaki pernah diperkatakan juga oleh para ulama sejak
beratus dan beribu tahun dulu sebagai tercatat dalam kitab tafsir,
hadis dan fikah. Sebagai contoh Ibn Arabi dalam kitab al-Futuhaat al-
Makkiah muka surat 535 berkata, ada ulama yang mengharuskan wanita
menjadi imam kaum lelaki dan kaum wanita secara mutlak. Begitu juga
saya menganggapnya. Ada pula ulama yang melarang wanita menjadi imam
(kaum lelaki dan kaum peremp uan) secara mutlak. Begitu juga ada
ulama yang mengharuskan wanita menjadi imam kaum wanita tanpa kaum
lelaki. Demikian itu kerana mengambil iktibar daripada pengakuan
Rasulullah tentang kesempurnaan sesetengah wanita seperti mana
pengakuan baginda terhadap kesempurnaan sesetengah lelaki walaupun
kaum lelaki lebih sempurna daripada wanita seperti dalam kenabian
(an-nubuwah).

Yang dimaksudkan lelaki lebih sempurna daripada perempuan menurut
pandangan Ibn Arabi ialah dalam nubuwah. Namun begitu dia menganggap
walaupun wujud kelebihan itu tidak boleh menyekat wanita menjadi
imam sembahyang lelaki. Dalam kitab Subus Salam dalam juz 2 muka
surat 29 as-Sanaani menyebut bahawa al-Muzni dan Abu Thaur
mengharuskan wanita menjadi imam (lelaki). Dia juga menyebut bahawa
At-Tabari mengharuskan wanita jadi imam sembahyang tarawih jika
orang (imam) yang hafaz al-Quran tidak hadir (ketika dia dalam
sembahyang tarawih itu) .

Kebenaran

Hujah yang digunakan oleh ulama-ula ma yang mengharuskan wanita
menjadi imam sembahyang lelaki ialah kebenaran yang diberi oleh
Rasulullah kepada Umm Warqah menjadi imam ahli keluarga yang terdiri
daripada lelaki dan wanita. Hadis Umm Waraqah itu disebut dalam
banyak kitab termasuk Sahih Ibn Khuzaimah dan Aunul Mabuud. Dalam
kitab Sahih Ibn Khuzaimah disebut dalam juz 3, muka surat 89 bahawa:

Diberitahu kepada kami Abu Tahir, Abu Bakar, Nasr bin Ali. Abdullah
bin Daud daripada al-Walid bin Jami daripada Laila binti Malik
daripada bapanya dan daripada Abdul Rahmana bin Khalad daripada Umm
Waraqah, kemudian Rasulullah bersabda: Mari kita pergi melawat
Syahidah (Umm Waraqah). Baginda membenarkan (seorang lelaki tua)
melaungkan azan dan dia (Umm Wraqah) mengimamkan ahli keluarganya
dalam sembahyang fardu. Dia juga merupakan pengumpul al-Quran.

Pengarang Aunul Mabuu dalam juz 2 muka surat 212 berkata, yang
disebut dalam kitab as-Subul (Subus Salam) serta hadis (Umm Waraqah)
itu adalah menjadi dalil ke sahihan wanita menjadi imam ahli
keluarga walaupun ada lelaki di kalangan yang menjadi makmumnya. Dia
mempunyai seorang tukang azan yang merupakan seorang lelaki tua
sebagai disebut dalam riwayat itu.

Nampaknya dia menjadi imam kepada hamba-hambanya yang lelaki dan
wanita. Turut menganggap sah melakukan perkara itu Abu Thaur, al-
Muzni dan at-Tabari kecuali jumhur ulama. Kesimpulannya tidak ada
nas yang muktamad daripada al-Quran dan hadis yang melarang wanita
menjadi imam lelaki. Bagaimanapun, tindakan Dr. Amina Wadud menjadi
imam Jumaat lalu mesti dipandang serong oleh ramai orang termasuk
para ulama bukan kerana tidak ada sandaran agama, tetapi kerana
sandaran agama itu tidak ambil kira disebabkan kebiasaan dan adat
turun-temurun yang menguasai kita.

********************************************************************

Begitula pandangan 'Syeikh' Astora Jabat yang jahat. Tak tau nak cakap apa. Ketuk kepala tanyala minda masing-masing...tapi make sure minda tu berlandaskan syara'.
Kalau nak 'counter back' apa yang dia kata leh le rujuk ke sini....mungkin bleh membantu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home