Monday, March 21, 2005

Selamat Hari Tua!

Di hari tua ini
Syukur menghadap ilahi
Atas nikmat yang dikurniakan
Tak terbilang oleh angka yang ada
Tak terkata oleh deria
Kurniakan kesabaran dan kesyukuran
Menghadapi continuous assesment dari-Mu
Semoga tingkat ketaqwaan
Sama seperti umur yang dipinjamkan

Di hari tua ini
Ucap syukur pada ayah dan ummi
Atas jasa yang ditabur
Akan kukerah segala kudrat yang ada untuk membalasnya
Doakanlah semoga anakmu ini menjadi anak yang solehah

Di hari tua ini
Terima kasih buat semua
Atas segala ingatan tulus ikhlas
Hanya Allah yang mampu membalasnya

Di hari tua ini
Hadiah yang paling berharga buatku
Exam AFIS II
Huhuhu.....
Doakan semoga ana najah!


.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home