Monday, March 14, 2005

Kiamat sudah dekat men!!!

Semalam berkesempatan lagi ana menonton CD dr Indon. Citer yang menarik dan mengisi jiwa. Basically citer cinta antara golongan 'santri' dan 'abangan' atau dalam erti kata lain, antara anak kiyai dan pemuda rockers.

Disebabkan jatuh cinta dengan anak pak kiyai, Fandi (rockers) telah mula mengenali tuhannya dan mengamalkan segala suruhanNya walaupun zahir penampilannya masih tidak berubah. Apa yang paling menarik, seluruh ahli keluarga Fandi turut insaf dan kembali ke pangkal jalan setelah sekian lama lalai akan tanggung jawab sebaga hamba-Nya.

Pak Kiyai pada mula mengenakan syarat-syarat pengetahuan agama kepada Fandi dengan tujuan Fandi akan bosan dan mengalah untuk tackel anaknya. Dalam masa yang sama dia nekad nak menjodohkan anaknya dengan sorang mamat yang study kat Kaherah. untuk syarat yang terakhir, mengenali ilmu ikhlas adalah syarat yang dikenakan kepada kedua-dua calon menantu Pak Kiyai. Secara theory nya mamat Cairo tu memang lancar giler bagi pengertian Ikhlas. Tapi malangnya Fandi lebih menguasai dr segi praktikalnya. Dengan insaf dia mengakui kekurangan dirinya dan menyatakan kesyukuran dengan bertemu Pak Kiyai telah membawa nukhtah bidayah kepadanya untuk mendapat hidayah. Lantas akhirnya Pak Kiyai menerima Fandi sebagai menantunya...

Ana tak pandai sangat nak cerita, tapi kalau sesapa yang terjumpa CD yang bertajuk Kiamat Sudah Dekat...ana syorkan tengokla. U'll get something from that CD.

Apa yang ana dapat?

Method dakwah dan sifat prejudis golongan yang berpengetahuan agama terhadap orang yang zahirnya tidak baik di mata. Teringat satu pengisian yang ana dapat semasa halaqah Al-Mulk yang mengatakan bahawa kita (merujuk kepada ahli dorm Ruhul Muttaqin) jangan berburuk sangka dengan orang lain dan jangan mudah menyatakan kita lebih beriman dari orang lain eventhough orang tersebut kelihatan 'sempoi' atau biasa je berbanding kita. Mungkin boleh jadi dia lebih baik dr kita sebab Allah dah cakap dalam surah Al-Hujurat kalau tak silap ana, kita semuanya sama...hanya ketaqwaan yang membezekan kita. Camne nak tau tahap2 ketaqwaan? Wallahu ta'ala 'alam.

Sebaik-baik cara untuk berdakwah, mengenali mad'u dan tiada dateline. Sentiasa berdoa supaya kita semua diberi hidayah dan petunjuk dari-Nya.

Apa lagi ek?...ada lagi kot tapi kolesterol dah stuck my brain...hehe...


*************************************************************

Tadi pepagi buta lagi Ummi dah tepon membawa pengkhabaran yang mengejutkan...Rumah Tok Ngah kat Seriab terbakar! sebab? litar pintas.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un....
Kebetulan masa kejadian Pak Long outstation kat KL. Cuma tinggal tok ngah, maklong dan anak-anak dia yang kecik-kecik lagi...siannya.
Rasanya Zikri kat Skudai & Ada kat UM mesti tak tau lagi berita ni. Kalau tak takkannya Zikri kemain ceria lagi bila adik call. Maybe maklong tak nak cakap sebab dah nak final exam kan?!
Ujian yang besar untuk depa bila hanya tinggal sehelai sepinggang. @ bijik keta pun terbakar jugak. Kesiannya...

**************************************************************

Alhamdulillah...petang tadi selesai liqa' wada' usrah untuk semester ni..yang sedihnya, naqibah kami Kak Nora dah final semester di UIA. Huhu...tak bestnya. Lepas ni terpaksala amik inisiatif sendiri untuk menggerakkan usrah.'Ala kulli hal, usrah kami yang poyo ini dah decide untuk terus bersama pada semester-semester yang akan datang. Alhamdulillah juga kami semua berada dalam mahallah yang sama. So, takde masalah untuk menggerakkan program bersama. Yang paling bestnya leh qiyam sesama kat musolla. Kalau nak ikutkan ada sebenarnya usrah untuk UPTA @ Unit Pelajar Tahun Akhir but combine with muslimin and only once a month. But, lagi best kan kalo leh stay wat usrah sesama cam ni. Dah kamceng bangat! hehe...

Mengikut perancangannya, nak start exactly ba'da 'asr. Tapi apakan daya sebab last minute tengok2 garam tak letak dalam kuah spagetti lagi...garam plak abih. So, terpaksala import dr bilik Nonie @ ketua usrah kami. heheh...punya la jauh import tu. Alhamdulillah tepat kul 5.30 petang semuanya selesai. Sian ahli usrah dan kak naqibah terpaksa menunggu lama untuk kuah spagetti. Sian jugak untuk Ina yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan saat-saat akhir berseorangan sementelah ana terpaksa bergegas ke Koop untuk beli sedikit barang-barang untuk persediaan catering Bengkel It & Multimedia esok. Doakan untuk kelancaran program kami esok ye pada sesapa yang membaca!

Program abih seperti yang dijangkakan. Siap acara bergambar, sume berkemas nak balik.

Isk..isk..dah nak abih blaja rupanya ye. Kejap je rasa. Cam semalam je baru mendaftar kat matriks PJ. tengok-tengok dah nak masuk final year, pastu grad, pastu....?! Kemana ye?! Nak keje ke nak further lagi study? Kalo keje best gak ye...dapat pengalaman baru. Kalau further study...duit yang ada ni rasanya cukup untuk sambung untuk wat double degree je. Master kene tunggu dulu la. Kalau mampu insya'Allah. Cuma sesekali datang rasa malas nak study lagi. Hish...tak baik kan?!

1 Comments:

At 1:44 PM, Anonymous Anonymous said...

ct..

usrah.?
boleh nak join?..duduk mahalalh mana yer..boleh kita jumpa tak

 

Post a Comment

<< Home