Friday, February 04, 2005

Tiada alasan di hadapan tuhan nanti..

Pada hari kiamat kelak,ada 4 golongan yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tak sempat beribadah kepada Allah ketika di dunia.Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu keempat-empat golongan itu adalah golongan kaya,melarat,hamba abdi dan orang sakit.

Golongan kaya..
Alasannya:"Aku adalah orang kaya.Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tak sempat mengabdikan diri kepadaMu,"

Firman Allah:"Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya.Jadi,alasan kamu tidak diterima."

Golongan melarat.

Alasan:Kemiskinan menghalang untuk beribadah kepada Allah.Firman Allah:"Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa?Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada beribadat kepadaKu."

Golongan hamba Abdi.

Asan:Terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikan. "Tuhanku,saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang saya untuk mengabdikan diri kepada Tuhanku."

Tetapi Allah membandingkan Nabi Yusuf yang tidak lupa mengabdikan diri kepada
Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Golongan Orang Sakit.

Alasan:Tidak terdaya dan mendakwa pemyakitnya menghalang daripada mengabdikan
diri kepada Tuhan.Firman Allah:"Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai oleh Nabi Ayub.Walaupun sakit teruk Ayub tetap beribadah kepada
Tuhannya."

Maka diakhirat kelak,tidak ada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan mengabdikan diri kepada Tuhan ketika di dunia..Renungkanlah sahabat2..Moga mendapat keredhaan dariNya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home