Tuesday, February 15, 2005

SUNNAH BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah
Dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan RasulNya

*Berjuang tidak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat meruah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela dihina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang

Ulang tanda *

*****************************************************************

Entah kenapa nasyid ni asyik terngiang-ngiang je kat telinga ana sejak balik dr Program ari tu. Terasa menusuk qalbu. Tambah-tambah lagi bila dengar adik-adik tu membentangkan SWOT. Hanya orang-orang yang menghadapinya saja yang faham situasi sebenarnya di sana. Bak kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Buat Sis Iena, Kalau nak tau berita penuh pasal siswi berpurdah yang disaman tu bleh le jenguk ke blog ni ye!

Baca Cerita Valentine di blog bangcik

0 Comments:

Post a Comment

<< Home