Tuesday, February 08, 2005

Jahat...jahat...! Orang berpurdah dikenakan denda dan di senarai hitamkan rekod disiplinnya...tapi yang ber"tight-fitting", bertudung jarang takde plak yang dikenakan tindakan undang-undang...tambah-tambah lagi kalau International student...walhal semuanya terletak dalam akta yang sama. Nak kata JAHIL MURAKKAB, tak jugak. Dah namanya UIA pun sama je macam yang lelain. Ntah apa nak jadi ntah...memang ana hangin satu badan. Buat sahabat-sahabat yang dah dikenakan tindakan dan yang terpaksa membuka niqob ana harapkan teruskanlah bermujahadah!

***************************************************************************************

Untuk renungan bersama... .

1]Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.

2]Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil
mengukir senyuman.

3]Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4]Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

5]Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

6]Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang
baik.

7]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

8]Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

9]Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
seksa neraka.

10]Siapakah orang yang bijak?
Orang yg bijak ialah orang yang tidak membiar atau membuang email ini
begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada orang lain.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home