Sunday, February 13, 2005

Hmm..penat betul rasa. Program bersambung-sambung. Balik je dari Gunung Senyum cadangnya nak rehat sket, nak clearkan teratak yang semakin berterabur disebabkan kesibukan yang melanda tapi lain pulak halnya bila mendapat maklumat program yang tak dijangka beberapa jam sebelum program bermula. Mulanya rasa cam nak marah jugak tapi bila difikir-fikirkan ada hikmah disebaliknya. Hikmahnya program yang sepatutnya berlansung hari ni ditangguh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Bersyukur sangat! Jadi, dapat la ana kemaskan teratak dan siapkan assignment dengan tenang. Cuma bila diingat kembali rasa lucu bila mengenangkan saat ana dan Ina berhempas pulas mencari peralatan dan bahan-bahan mentah. Kelam-kabut je...Cik Qina dan Maya geleng kepala bila kami asyik tak lekat kat bilik. Yela, time ada di kampus sibuk dengan meeting memanjang. Bila time program diluar, bersambung-sambung plak. Dah nasib badan.

Tumpang dok ngaji lagi ni la nak sumbangkan tenaga dan masa yang ada untuk kerja-kerja gerakan. Bila dah grad dan keje ntah camne la nanti. Harap-harapnya semoga Allah tetapkan hati ana untuk sentiasa beristiQamah di atas jalan-Nya. Terasa lucu dengan telatah adik-adik. Teringat masa zaman muda-muda dulu. hehe..ana ni termasuk dalam geng-geng nakal. Sebab tu orang gelarkan dorm kami dengan gelaran 'virus'. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang kami still istiQamah cam dolu2walaupun tak semua tapi kebanyakannya. Macam-macam alasan yang diterima. Biarlah, mungkin masing-masing ada masalah tersendiri. Personally ana rasa cam nak buat camtu gak kadang-kadang, rasa cam nak rehat dan jauhkan diri dari segala-galanya. Dan bila ditimbang-timbang balik, rehat kalau takde perkara yang berfaedah nak dibuat lagha pulak jadinya. Dan sementara masih bernafas dan masih lagi diberi kemampuan nilah kita kena buat sedaya upaya. Bila ruh dah terpisah dari jasad, masa tu nak buat apa pun semuanya tak boleh. Hanya menunggu saat perhitungan dari Allah dan kiriman-kiriman dari saudara-mara terdekat je kot-kot masih ada yang mengingati. Ana bukak blog Allahyarhamah Kak Nora, ada orang yang meng'update'nya. Agaknya akh Faizal (husband Kak Nora). Rasa sayu je...giliran kita ntah bila. Wallahu ta'ala 'alam.

Cerita dari Gunung Senyum...ana malas nak tulis sebab panjang sangat. Kalau sesapa terasa nak baca bleh masuk blog Ina. Lebih kurang je citer kami. Yang lainnnya, ana ditempatkan bersama-sama beberapa orang brothers International student. Alhamdulillah sumernya baik-baik belaka, cuma teramat peramah. Sampai tak larat ana nak bersembang dengan diorang. Ye la, dengan Malaysian Brothers pun beberapa patah perkataan je yang keluar, inikan pulak foreigner. Cuma dari observation yang ana dan Ina buat semasa program tu, Malaysian sisters nampak lebih senang beramah mesra dengan foreign student berbanding Local brothers. Kenapa ya?! Kalau Malaysian brothers yang tegur diorang, brother tu akan dikatakan gatal, galak dan apa-apa je la yang sewaktu dengannya. Sedangkan kalau foreigner yang tegur cepat je bleh beramah mesra. Agaknya nak menjayakan kempen berbudi bahasa anjuran Kerajaan Malaysia kot kan...:P takpe la...husnuzzzon...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home