Tuesday, January 25, 2005

Khabar dari Bumi Waqafan II

Jenguk ke kantung email, rupa-rupanya ada khabar terbaru dari bumi waqafan. Boleh juga dikatakan luahan rasa dari seorang bekas Presiden Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) dan juga alumni KISAS.

***************************************************************************

Assalamu'alaikum wbt

Kepada Ustaz2/ustazah, abang2 akak2, Dr.2, Prof2 warga KIM/KIK/KISAS.
Di sini saya ingin membuat pengaduan tentang apa yang berlaku di KISAS.
Khususnya meminta pandangan alumni sekalian tentang pros and cons nya.
Maklumat ini saya perolehi ketika menziarahi adik saya baru-baru ini di
KISAS.

1. Kelas agama semakin lama semakin dipinggirkan dan terpinggir. Kalau
waktu saya F5 (1996) dahulu masih ada 4 kelas agama daripada 12 kelas
yang mampu mem'balance'kan ke"islaman" kolej Islam. Sekarang ni saya
dapat maklumat tinggal 2 saja kelas. Itupun tak penuh.

2. Saya diberitahu oleh seorang naqib di KISAS, program MSR (minggu
silaturrahim) tidak menyediakan slot khas pengenalan BADAR yang menjadi
badan induk kolej sejak tahun 1967. Rasanya dari dulu BADAR dan KP yang
menjadi proksi utama tarbiyah disipilin dalam harmoni di KI sentiasa
beriringan. Sekarang telah ditubuhkan PA (pengawas asrama) sebagai
membantu tugas2 KP di asrama. Alhamdulillah ini akan membuatkan pelajar
di asrama lebih terkawal.

Cuma persoalannya, kenapa sampai baru2 ini ada pelajar yang tunggu
result SPM datang ke KI dan membuat hal, sehingga ada yang pecah2kan
pintu asrama dan berpakaian dengan pakaian yang tak sesuai dengan imej
KI. Apatah lagi mereka baru sahaja keluar KI?

3. Apa yang saya agak terkilan, saya dengar kelas STAM (sijil tinggi
agama malaysia) akan ditutup kerana tidak cukup kuota seterusnya
menutup sejarah KIM/KIK/KISAS yang sentiasa mengeluarkan produk pelajar
agama tulen khususnya ke timur tengah? Puncanya adalah kerana pelajar
yang nak ambil stam hanya boleh ke kelas STAM dan tidak dibenarkan
ambil STPM. Begitulah sebaliknya. Akibatnya pelajar yang memohon masuk
ke tingkatan 6 majoritinya masuk utk mengambil STPM dan tidak mengambil
STAM.Kesannya, kalau hanya beberapa orang ambil STAM, pastilah tiada
yang akan pergi ke timur tengah. Rasanya warga KI semua tahu peri
penting pelajar KI yang pergi belajar ilmu agama tulen khususnya di
Timur tengah.
Kalau dulu, pelajar kita diberi pilihan nak ambil STPM sahaja atau
dengan STK. Tapi STK dah dilupuskan daripada bumi wakafan.

4. Saya juga sempat bertanya dengan beberapa orang guru. Mereka
menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku di KI sekarang
berbanding pelajar2 dahulu. Mereka kata sekarang ni pelajar terlalu
tekankan kecemerlangan akademik hingga akibatnya tarbiyah dan ihtiram
(rasa hormat) pada guru, apatah lagi keberkatan pelajaran semakin
diketepikan. Tak kira guru agama atau guru akademik. Sedih jugak dengar
perkara ni.

Rasanya itu saja yang saya nak luahkan. Sebagai anggota alumni, kita
tau mana kuat dan bezanya KI berbanding SBP/SMKA lain. Cuma peranan
kita utk mengingatkan agar bumi barakah tersebut tidak melupakan
sejarah ulama dahulu yang menubuhkan KI.
itu saja. Wassalam

abu amir zuhaily
SPM 96 STPM 98

*******************************************************************************

Mungkin setengah orang akan mengatakan perkara sebegini hanya perkara remeh untuk difikirkan. Tapi tanpa keseimbangan rohani dan jasmani mana mungkin kita mendapat kejayaan yang diredhai oleh-Nya.

Pada hemat ana, alumni bukan saja setakat merapatkan ukhuwah melalui program-program reunion, golf tournament dan bowling. Tapi mungkin kita perlu tampil untuk membaik-pulih Bumi Waqafan. Kalau di taman ilmu dan budi pernah digemparkan sengan ketiadaan izzah dalam jemaah, dan resolusinya ialah keizzahan itu akan wujud dari amalan dan pertarbiyahan ahli2nya. Begitu juga untuk warga Bumi Waqafan. Kalau MCKK boleh menampilkan figure-figure nya yang GAH, termasuklah salah seorang penyanyi terkenal, maka alumni KISAS juga boleh menampilkan figure-figure yang GAH dalam penghayatan tarbiyahnya dari Bumi Waqafan. Risau juga ana kalau-kalau misi untuk "LI TAKHRIJ QAADATUL MUTTAQIN WAL MUTHAQQAFIIN" hanya terpahat pada kata-kata sahaja.

2 Comments:

At 5:18 AM, Anonymous Anonymous said...

walaupun, dah lewat mengulas apa yang ditulis berkenaan stam pada tahun 2005 lalu di blog ini, adalah saya dan rakan-rakan lain sebagai perintis stam kisas merangkap penyambung tradisi STK, dalam beberapa tahun yang lalu (2006-2007) melihat tidak ada angin-angin untuk memadamkan langkah yang telah saya mula bersama rakan-rakan saya yang menyambung usaha jalinan al-Azhar dengan Kolej Islam ini, walaupun sekarang tidak lagi secara langsung yakni melalui kementerian. InsyaAllah, kelas stam akan kekal sehingga lama mana yang mungkin. namanya mungkin berubah, sistemnya juga mungkin bertukar, tetapi ruhnya tetap sama dan segar. walaupun form6 hanya boleh memilih salah satu antara stpm dan stam, itu tidaklah menjadi halangan selagi para pelajar benar-benar bersikap sebagai penuntut ilmu, dengan azam, tekad, dan tawakkal, pasti akan beroleh kejayaan yang bukan sahaja untuk kolej islam, bahkan untuk umat islam seluruhnya...

 
At 9:41 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum semua.... Ana ni dah lama meninggalkan bumi KIK...SPM '84. Bila baca coretan adik2, sedih rasanya..janganlah disebabkan mengejar kecemerlangan akademik, hal2 keagamaan dikesampingkan !!! Masa Ana kat KIK dulu (83 dan 84), rasa sangat betapa bertuahnya diri ini berada di bumi KIK....masa tu, biah hasanahnya amat2 dirasakan. Banyak sekali program2 usrah, ceramah, tazkirah dll. Terasa amat pilu meninggalkan KIK selepas SPM......sekarang ni Ana bertugas di Kolej MARA Banting. Jadi, kalau terasa nak mengimbau kembali zaman2 kecemerlangan KIK, Ana pergilah ziarah KISAS...tak jauh pun. Cuma dalam 30km je...

 

Post a Comment

<< Home