Tuesday, February 01, 2005

Di penghujung 1425

isk...isk...diam tak diam kita berada di penghujung Zulhijjah. Kira merangkap di penghujung tahun 1425. Bagi sape-sape yang lahir tahun 1402, umur kita bakal menginjak ke angka 24. Hehe...tuanya...Tapi bila dikira dengan kalendar masihi kira muda lagi la sebab ada yang belum masuk 23 tahun. Semoga segala amal yang dilakukan sepanjang tahun ini dikira sebagai ibadah oleh-Nya.

p/s: Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun nanti ye!

************************************************************************

Doa akhir tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memerintah dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta seluruh
ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melanggar larangan-Mu
tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha padanya.
Engkau telah menangguhkan azab-Mu itu yang telah ditetapkan padaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.
Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari-Mu, ampunilah aku dari
segala apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan
Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya dari-Mu, ya Allah.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta seluruh ahli
keluarga Baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan
yang memerintah dan mentadbir sekelian alam. Amin….


Doa Awal Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memerintah dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta seluruh
ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi
kelebihan-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah-ruah,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada
syaitan yang direjam serta dari sekelian kuncu-kuncunya. Aku juga memohon
perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah
kejahatan yang melalaikan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan
faedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad serta seluruh ahli
keluarga Baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan
yang memerintah dan mentadbir sekelian alam. Amin….



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1426...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home