Saturday, January 29, 2005

Memerhati kehidupan

Mengerti kerahsiaan

Mencari ketenangan

Masihkah ada ruang untukku???



Kehidupan ini kulalui

Dengan penuh harapan

Mencari sinar

Menunjuk jalan dalam kebuntuan



Andai fitrah diri

disulami alunan rindu ILaHi

Andai aqal ini

di sinari cahaya Ilmu ILaHi

Andai jasadku

lembut dibuai amal dalam redha ILaHi

Ku yakin masih ada ruang untukku



Ku masih juga meyakini

ILaHi yang dicintai

ILaHi yang ditakuti

ILaHi yang diharapkan

Kan terus memberiku ruang

Untuk mengerti

Segala kerahsiaan



Kehidupan penuh kerahsiaan

Kehidupan dibaluti kesepian

Kehidupan keterasingan

Membawaku mengerti kerahsiaan

Rahsia kehidupan



Aku tersentak

Aku terkesima



ILaHi tetap membuka ruang

Untukku terus mencari sinar

Namun,

Hilangnya sakeenah diri..

Jauhnya taufeeq dan hidayah ILaHi



ILaHi.ku merintih padaMU

Campakkan sakeenah diri

Kuatkan jiwa insani

Teguhkan diriku peneroka kehidupan

MenujuMU ILaHi



Sakeenah milikmu andai kau garap

Sepenuh pengertian

Sepenuh penghayatan

La ILaHa ILaLLAH

Dalam meneruskan hidup

Dibawah lembayung

Iyyaka Nabudu wa Iyyaka Nastain



Insan peneroka kehidupan

Masih ada ruang untukmu

Menggapai syurga Firdausi

Teruskan penerokaan diri

Bagi Mengenal ILaHi

Wednesday, January 26, 2005

Dialog With Non-Muslim

1) Dalam berdialog dgn bukan Islam, bermacam-macam
perkara yg tak diduga mungkin timbul. Perkara ini boleh timbul
dari seorang yg ikhlas utk mengetahui islam atau dari seorang
yg benci kpd islam.

2) Sebagai seorang yg bercita-cita ingin melihat semakin
ramai orang memeluk agama Islam, kita kena mempunyai
persiapan menjawab soalan yg ditimbulkan. Boleh jadi dgn
jawapan kita, orang yg ikhlas akan tertarik dgn islam
dan orang yg benci kpd Islam akan berdiam diri dan tidak
berani lagi mengutuk ajaran Islam.

3) Berikut adalah dialog yg berlaku baru-baru ini antara
seorang muslim dgn bukan Islam (vegatarian).

Non-Muslim: "Memang betul Islam agama yg sukakan tumpah
darah.Lihatlah, mereka suka tumpahkan darah sehingga digalakkan
melakukan tumpah darah sehingga dalam ibadah mereka. Mereka
tidak berperasaan betapa sakitnya perasaan binatang yg dibunuh
dalam ibadah korban demi mengenyangkan perut mereka".

Muslim: "Saudara! Sebenarnya saudara juga telah menyakitkan
perasaan makhluk tuhan demi mengenyangkan perut saudara. Walaupun
saudara tak makan daging, hanya makan sayuran, namun sayuran
dan tumbuhan-tumbuhan juga makhluk Allah yg merasai kesakitan
bila anda membunuh mereka dgn memotong atau mencabut tumbuhan
tersebut".

Non-Muslim: "Sungguh dasyat perjuangan orang islam di timur tengah,
(Palestin) sanggup membunuh siapa sahaja, lelaki, wanita atas nama
jihad".

Muslim: "Saudara kena faham dan tahu sejarah, mereka hanya berjuang
untuk membebaskan bumi mereka yg dijajah dan sebelum ini keluarga
mereka dibunuh dgn kezaliman yg jauh lebih hebat drp apa yg mereka
balas".

Non-Muslim: "Jika saya, saya tidak akan membalas sedemikian rupa.
Saya tidak akan balas keganasan israel. Saya akan biarkan dan kita ada
tuhan yg akan membalas keganasan mereka".

Muslim: "Oh macam tu! Kalau begitu boleh saudara beri alamat saudara.
Saya nak suruh seseorang pergi menceroboh rumah saudara, ambil harta
benda saudara dan perkosa anak isteri saudara. Saudara tak akan melawan
dan report poliskan. Saudara hanya akan tunggu tuhan yg akan membalas
perbuatan orang tersebut!"

Non-muslim: (Diam, tak berani beri alamat tempat tinggal dan minta
diri).


4) Kadang-kadang dalam berdialog, kita kena jawab secara jujur dan
kadang-
kadang kena jawab seperti di-atas mengikut keadaan seseorang.



Tuesday, January 25, 2005

Khabar dari Bumi Waqafan II

Jenguk ke kantung email, rupa-rupanya ada khabar terbaru dari bumi waqafan. Boleh juga dikatakan luahan rasa dari seorang bekas Presiden Badan Dakwah dan Rohani(BADAR) dan juga alumni KISAS.

***************************************************************************

Assalamu'alaikum wbt

Kepada Ustaz2/ustazah, abang2 akak2, Dr.2, Prof2 warga KIM/KIK/KISAS.
Di sini saya ingin membuat pengaduan tentang apa yang berlaku di KISAS.
Khususnya meminta pandangan alumni sekalian tentang pros and cons nya.
Maklumat ini saya perolehi ketika menziarahi adik saya baru-baru ini di
KISAS.

1. Kelas agama semakin lama semakin dipinggirkan dan terpinggir. Kalau
waktu saya F5 (1996) dahulu masih ada 4 kelas agama daripada 12 kelas
yang mampu mem'balance'kan ke"islaman" kolej Islam. Sekarang ni saya
dapat maklumat tinggal 2 saja kelas. Itupun tak penuh.

2. Saya diberitahu oleh seorang naqib di KISAS, program MSR (minggu
silaturrahim) tidak menyediakan slot khas pengenalan BADAR yang menjadi
badan induk kolej sejak tahun 1967. Rasanya dari dulu BADAR dan KP yang
menjadi proksi utama tarbiyah disipilin dalam harmoni di KI sentiasa
beriringan. Sekarang telah ditubuhkan PA (pengawas asrama) sebagai
membantu tugas2 KP di asrama. Alhamdulillah ini akan membuatkan pelajar
di asrama lebih terkawal.

Cuma persoalannya, kenapa sampai baru2 ini ada pelajar yang tunggu
result SPM datang ke KI dan membuat hal, sehingga ada yang pecah2kan
pintu asrama dan berpakaian dengan pakaian yang tak sesuai dengan imej
KI. Apatah lagi mereka baru sahaja keluar KI?

3. Apa yang saya agak terkilan, saya dengar kelas STAM (sijil tinggi
agama malaysia) akan ditutup kerana tidak cukup kuota seterusnya
menutup sejarah KIM/KIK/KISAS yang sentiasa mengeluarkan produk pelajar
agama tulen khususnya ke timur tengah? Puncanya adalah kerana pelajar
yang nak ambil stam hanya boleh ke kelas STAM dan tidak dibenarkan
ambil STPM. Begitulah sebaliknya. Akibatnya pelajar yang memohon masuk
ke tingkatan 6 majoritinya masuk utk mengambil STPM dan tidak mengambil
STAM.Kesannya, kalau hanya beberapa orang ambil STAM, pastilah tiada
yang akan pergi ke timur tengah. Rasanya warga KI semua tahu peri
penting pelajar KI yang pergi belajar ilmu agama tulen khususnya di
Timur tengah.
Kalau dulu, pelajar kita diberi pilihan nak ambil STPM sahaja atau
dengan STK. Tapi STK dah dilupuskan daripada bumi wakafan.

4. Saya juga sempat bertanya dengan beberapa orang guru. Mereka
menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku di KI sekarang
berbanding pelajar2 dahulu. Mereka kata sekarang ni pelajar terlalu
tekankan kecemerlangan akademik hingga akibatnya tarbiyah dan ihtiram
(rasa hormat) pada guru, apatah lagi keberkatan pelajaran semakin
diketepikan. Tak kira guru agama atau guru akademik. Sedih jugak dengar
perkara ni.

Rasanya itu saja yang saya nak luahkan. Sebagai anggota alumni, kita
tau mana kuat dan bezanya KI berbanding SBP/SMKA lain. Cuma peranan
kita utk mengingatkan agar bumi barakah tersebut tidak melupakan
sejarah ulama dahulu yang menubuhkan KI.
itu saja. Wassalam

abu amir zuhaily
SPM 96 STPM 98

*******************************************************************************

Mungkin setengah orang akan mengatakan perkara sebegini hanya perkara remeh untuk difikirkan. Tapi tanpa keseimbangan rohani dan jasmani mana mungkin kita mendapat kejayaan yang diredhai oleh-Nya.

Pada hemat ana, alumni bukan saja setakat merapatkan ukhuwah melalui program-program reunion, golf tournament dan bowling. Tapi mungkin kita perlu tampil untuk membaik-pulih Bumi Waqafan. Kalau di taman ilmu dan budi pernah digemparkan sengan ketiadaan izzah dalam jemaah, dan resolusinya ialah keizzahan itu akan wujud dari amalan dan pertarbiyahan ahli2nya. Begitu juga untuk warga Bumi Waqafan. Kalau MCKK boleh menampilkan figure-figure nya yang GAH, termasuklah salah seorang penyanyi terkenal, maka alumni KISAS juga boleh menampilkan figure-figure yang GAH dalam penghayatan tarbiyahnya dari Bumi Waqafan. Risau juga ana kalau-kalau misi untuk "LI TAKHRIJ QAADATUL MUTTAQIN WAL MUTHAQQAFIIN" hanya terpahat pada kata-kata sahaja.

Sunday, January 23, 2005

Hmmm...pejam celik dah nak balik semula ke kampus esok pagi. Ish..ish...kalau ada kerja yang dilakukan rasa masa macam tak cukup je. Betulla macam yang Rasulullah S.A.W. ingatkan kita supaya ingat lima perkara sebelum sampai lima perkara. Antaranya masa lapang sebelum masa sibuk.

Alhamdulillah semalam ana sempat juga melawat rumah sedara mara di Perlis. Lepas je solat sunat aidiladha kat markas Padang Pauh terus je pusing kampung ziarah warga tua yang masih ada. Antaranya Tok Wa, Ngah, Cu, ChaQ dan Tok sebelah mak, Tok dan Tok Wan di sebelah ayah. Sempat juga bertemu sepupu yang baru melansungkan perkahwinan bulan lepas, maklumla ana tak balik untuk walimah dia.

Kerja-kerja banyak yang dah siap. Projek baju kurung pun dah 98% siap. Cuma tinggal untuk kelim leher baju, hujung baju dan hujung lengan. Seronok juga ek menjahit ni. Betul kata cikgu menjahit memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kena rajin menetas jahitan dan jahit semula. Memang hanging juga bila mesin buat hal, tapi sabaq ja la, nak wat camana. Assignment Muslim Nations pun dah 95% siap. Cuma artikel riview dan working paper tinggal 50% lagi untuk siap.

Esok dah nak balik. Tak bestnya....rasa cam nak duk umah lama lagi. Tapi apakan daya, dah begitu suratannya. Life goes on! Erm, dah tak tahu nak tulis apa lagi cuma nak siapkan bahan untuk buat rendang malam ni. Sambal kering dah siap. Apa lagi ek nak bawa esok?! Rasa cam nak bawa ketupat, tapi...cam malas je nak rebus. Nanti kang sampai sana basi plak.

Doakan ana dalam mid term exam 27 & 28 nanti ye...

Wednesday, January 19, 2005

Salam Aidil Adha...

Salam Aidil Adha buat semua...Maaf Zahir dan Batin. Kullu'aam wa antum bi alfi khayr!


Tadi ana terbaca dalam suratkhabar...Berita Harian. Dalam tu ada mengatakan yang Kerajaan Arab Saudi menukar tarikh wukuf atas sebab-sebab keselamatan jemaah Haji. Kalau nak diikutkan, wukuf sepatutnya dilakukan pada hari Khamis 20 Januari 2005, tetapi, disebabkan oleh itu Hari Tasyrik yang pertama akan berlaku pada Hari Jumaat 21 Januari 2005. Ini bermakna haji pada tahun ini adalah Haji Akbar. Kebiasaannya, apabila berlaku haji akbar, Umat Islam yang berdekatan dengan Makkah akan turun beramai-ramai menunaikan haji dan ini akan menyebabkan kesesakan kepada jemaah haji. Dan kebiasaannya juga akan berlaku peristiwa besar yang menyebabkan kematian jemaah haji dalam kuantiti yang ramai. Tapi yang menjadi persoalan diminda ana sekarang ni...boleh ke apa yang Kerajaan Arab Saudi buat? Apa hukumnya? Apa dalilnya? Kalau sesapa yang ada jawapannya tolong inform ana ye...

Monday, January 17, 2005

Adat perpatih di Kota Gapura Utara...

ish..ish..bila dah berhajat nak menyepikan diri elok pulak line ni. Agaknya...tikus kat atas siling tu dah baiki wayar tepon sebab cthurairah dah balik. Dalam dok siapkan Assignment Muslim Nations, rasa cam nak update jap blog ni.

Sebenarnya ana baru je balik dari kampung sebab sepupu ana melansungkan pertunangan tadi. Mula-mula hajatnya tak nak pegi sebab yang pertamanya letih sangat sbb baru je sampai rumah pukul 6 pagi, pastu terus nak balik Perlis. Yang keduanya, nanti mesti orang cakap... " Ha..!lepas ni adik Anah la pulak ye..." ish..ish.. susah nak cakap tu sebabnya tak terasa lagi nak ke arah itu (betul tak orang di sana?! ;p). Cuma yang pastinya bagi ana sekarang ni study dulu dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Biaq Allah je yang tentukan.

Okeylah, berbalik pada kisah majlis pertunangan sepupu ana tadik. Actually sepupu ana ni memang betul origin Perlis, tapi disebabkan bapanya berasal dari Negeri Sembilan, dan salah seorang anggota kuat undang luak maka perjalanan majlis tadik berlansung mengikut adat istiadat Negeri Sembilan. Ish..ish..punyala banyak adatnya. Berpantun-pantun pun ada. Yang tak tahan siap pelamin tu...cam nak akad nikah pulak. Susa beno kalau banyak sangat beradat ni kan. Kan best kalau sempoi-sempoi je. Biar senang kedua-dua belah pihak. Rimas jugak ana, sebab kena jadik peneman kat dalam bilik tu. Bila dah orang nak sarung cincin, ana pun apa lagi cabut la. Rasanya lebih rela jadik tukang sauk lauk dari duk dalam bilik tu. Memang dah agak ana mesti kena tempiasnya sebab kami-kami (sepupu-sepapat) ni lebih kurang sebaya je dah tu ana je yang ada. Apalagi...dr ruang depan rumah lagi dah kedengaran dialog yang paling tak best tu... "ha..! pasti Dik Anah la pulak no.." ada jugak yang kata kat ummi..."Long Yah kena siap-siapla sebab pasni Dik Anah plak.." ish...malunya tok sah citer arr. Tapi nasib baik jugak leh menyelamatkan diri kat dapur, orang tak de la kenal yang mana satu orang yang dimaksudkan. Sampai dah abih majlis pun ana kena usik lagi. Hai, takleh jadik ni kena cabut balik awal-awal nampaknya. coincidently ayah keje shift malam...selamatla tak yah duk lama-lama kat situ. Fuhh...

Tapi esok kenduri Kak Ji-A plak. Camner ni?? Ya Allah selamatkanlah hamba-Mu ini....
Eh, ana ada pengisian la ari ni. Tapi masih lagi berkaitan dengan Tsunami. Sorryla ek bagi yang boring, tapi ana sukala pandangan yang dilontarkan oleh sorang senior ni..

**********************************************************

Assalamu'alaikum w.b.t,

saya ingin kongsi pandangan mengenai patung Budha yang tidak musnah akibat Tsunami, hal ini mungkin boleh dilihat dari 4 aspek:

1. Istidraj - Ia adalah perkara luar biasa yang diberikan kepada pihak kafir/zalim bagi menambahkan kesesatan mereka.

2. Ujian Allah - Allah ingin menguji umat Islam terhadap keimanan mereka. Hal ini berlaku dengan izin Allah. Banyak kejadian luar biasa yang dilakukan oleh orang kafir/fasiq dengan menggunakan sihir dsb.
Iblis dan kuncu-kuncunya juga dibenarkan hidup dan merasuk manusia dengan izin Allah.

3. Simbolik kepada prinsip 'La Ikraha Fiddin' -Tentera Islam tidak dibenarkan merosakkan rumah-rumah ibadat orang kafir.Begitu juga Tsunami dsb, juga tentera Allah, mereka tidak memusnahkan tempat sedemikian dgn izin Allah.

4. Struktur pembuatan patung itu mungkin kukuh seperti sebuah batu besar atau logam besar lagi mampat yang tidak terkesan dgn ombak tsunami.

Satu perkara yang perlu kita ambil iktibar bahawa segala perkara yang bukan wahyu (al-Quran dan al-Sunnah) tidak boleh dijadikan dalil syarak untuk membuktikan kebenaran sesuatu perkara. Hanya boleh diambil iktibar selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, ia adalah kehendak Allah, dengan hikmah yang perlu difikirkan
bersama dalam lingkungan keadah-kaedah syarak.

Allahu Ta 'ala a'lam bi al sowab.

Wassalam.
Wazin, SPM 87.

*****************************************************************************

Hehe....sembang-sembang dengan ummi dan ayah masa dalam perjalanan balik tadi mengenai maskawin dan belanja hangus...

Ana: tak leh ke kalau pihak perempuan tak mintak belanja hangus tu? kan itu adat je..

Ummi: boleh je..cuma dah selalu orang buat, bila tak buat jadik pelik la...

Ana: bleh tak kalau kita kata, maskawinnya sekian-sekian dan belanjanya ikut pihak lelaki la nak bagi banyak mana pun?

Ayah: bleh je...tapi kalau pihak lelaki bagi empat kupang lima duit (RM0.45) je camne? tak pun depa bagi sekupang je? Kan susah jugak tu...

Ana: Ish...kedekutnya, Takkan la kot..

Ummi: Erm, kalau lelaki camtu memang tak tau nak hargai pengorbanan seorang perempuan untuk bergelar isteri pada dia la. Lain la kalau dah betul-betul tak berkemampuan. Tu pun dia makruh kawin kalau dah tak mampu. Bagi ummi la, belanja tu sama gak cam hadiah dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Memang la tak kisah banyak mana nak bagi...tapi sendiri mau ingatla, zaman sekarang ni kalau bagi sekupang coklat (gula-gula) pun tak dapat nak beli...

Ana: betul jugak ek!

Ayah mesti diam je kalau ana ngan ummi kondem lelaki...hehe...sori la ayah tak berniat pun...sekadar melontarkan pandangan...;)

he..sonotnye makan nasi kat rumah baru, dengan asam pedas ikan puyu + haruan, ada ikan darat kering + sambal belacan berulam kan pucuk cemumar...ish..ish..sedap sangat! Dahla dengan angin bendang lagi...damainya rasa...

Rasa cam nak duk kat sana macam kecik-kecik dulu bila ummi ngan ayah tinggalkan ana kat kampung dengan arwah Tok. :( tingat sangat kat arwah tok! Sesapa yang baca entry ni hadiahkanlah Al-Fatihah untuk arwah tok ana ye! Time kasih!

Saturday, January 15, 2005

erm...tatau nak tulis ape sebenarnye. Tapi yang pastinya kalau balik rumah ana akan menyepikan diri buat seketika sebab line kat rumah tak bape best. May be dah kena gerik dengan tikus kot. Hehe...rumah cthurairah pun banyak tikus ek. Tapi nak wat camne sebab tu je penempatan diorang sejak zaman berzaman. Nanti la kalau dah kaya nanti ana gajikan pemburu tikus kat rumah tu. Balik nanti hajatnya nak siapkan projek jahitan bagi abih, pastu nak siapkan assignment Muslim Nations. Kena cari maklumat pasal negara OIC yang ke 37; Sultanate of Oman. Isk..isk..penah lalu je kat Oman, tak mampu nak singgah. Capital city nya kalau tak silap Muscat. Adik beradik negara kaya minyak dan emas. Lagi hajat yang nak dilakukan kat umah ialah study untuk subjek Arabic ( rasa cam benak sket sebab dah agak lama tinggal subjek ni) dan study subjek history.

Mid term tadi 'ala kulli hal alhamdulillah...tapi rasa cam nak mati je jawab ontological argument by Saint Anslem. Personally anak tak berpuas hati dengan jawapan yang ana bagi...tapi ana doakan mudah-mudahan Dr. Anis berpuas hati dengan jawapan yang ana beri.

Erm..dah takde idea nak tulis. Actually ada pengisian yang agak menarik untuk kali ini tapi disket ada masalah. So, lain kali lah kita berkongsi bersama.

Doakan ana selamat sampai dan selamat kembali!

Friday, January 14, 2005

Acheh: Sejarah dan malapetaka.

Ana begitu tertarik dengan fenomena Masjid Baiturrahman di Banda
Acheh masih tegak gagah berdiri walaupun struktur-struktur bangunan lain
tersungkur ditelan tsunami. Ini adalah pertanda kebesaran Allah swt.
Bagi ana, secara peribadi, berdirinya Masjid Baiturrahman adalah
simbolik terhadap keunggulan Islam di Acheh sejak bangunan asalnya dibina
oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kira-kira 700 tahun yang lampau. Dan
sejak dari itulah semangat jihad yang ditanam oleh Baginda terus hidup
walaupun Bangsa Acheh terpaksa melalui perjuangan getir bermula dengan Portugis,
kemudian Belanda dan terkini perjuangan mendapatkan kuasa autonomi dari Republik
Indonesia. Kita hanya akan memahami kepentingan Acheh apabila kita
faham sejarah kegemilangan Acheh itu sendiri.

Sejarah kegemilangan Acheh bermula selepas kejatuhan Melaka di
tangan Portugis pada 1511. Sultan Ali Al Mughayat Shah (1507 - 1522),
pengasas NEGARA ACHEH DARUSSALAM, bertindak bijak menurunkan cukai pelabuhan Acheh untuk menarik pedagang dari pelabuhan Melaka yg dikuasai Portugis.

Penggantinya, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636)
melakukan reformasi perdagangan dengan menaikkan cukai eksport di samping
mendekatkan Pelabuhan Sumatera dengan Acheh agar kepentingannya tidak
dirugikan. Dasar liberal & keamanan yg terjamin ini telah menjadikan Acheh sebagai
pelabuhan tumpuan baru di Selat Melaka.

Semangat jihad yang mendalam telah menjadikan Acheh sebagai power broker Islam yg baru di Nusantara selepas kejatuhan Melaka. Di bawah pimpinan Sultan Alaudin Ri'ayat Shah, Acheh telah berjaya menewaskan Portugis beberapa kali sehingga Baginda digelar Al-Qahhar (Yang Menang). Hasilnya,sebahagian besar Sumatera jatuh ke tangan Acheh dan ini telah menjadikan Acheh sebagai sebuah pusat perdagangan entreport yang berjaya.

Di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636),wilayah di Semenanjung seperti Perak (1573), Kedah & Pahang telah berjaya ditakluki sebagi strategi untuk mengepung Portugis di Melaka dari darat & laut. Di antara 1573 - 1627, Baginda telah melancarkan perang jihad terhadap Portugis sebanyak 16 kali tetapi kesemuanya gagal kerana kekukuhan benteng mereka.

Kedudukan Acheh sebagai pembela Islam di Nusantara mendapat pengiktirafan antarabangsa:

* Sultan Salim II (1566 - 1573) dari Kerajaan Islam Usmaniyah di
Istanbul, Turki yg merupakan world super power pada zaman itu telah
menganugerahkan gelaran Sultan kepada raja Acheh. Baginda mengirimkan 40
orang penasihat tentera ke Acheh.

* Penggantinya, Sultan Murad III (1573 - 1596) telah memberikan gelaran "Serambi Mekah" kepada Acheh.



* Kerajaan Islam Moghul di India juga memberikan pengiktirafan mereka dengan menghantar panglima & penasihat perang ke Acheh.



Golongan ulamak memainkan peranan penting di dalam bidang
pemerintahan & intelektualisme seperti:



* Syeikh Hamzah Al Fansuri (sekitar 1550 - 1600)satu-satunya
tokoh yang menggegarkan alam intelektual kerana sifat-sifat
intelektualisme yang menonjol di dalam karya-karyanya. Beliau dianggap sebagai Bapa Sastera Melayu Moden & Pelopor Sya'ir Melayu oleh Prof Sayyid Naquib Al-
Attas.Pengaruh dari tokoh wali besar Islam, Syeikh Abdul Qadir Jailani
dalam dirinya dapat dilihat jelas dari bait sya'ir beliau ini;



Hamzah nin asalnya Fansuri

Mendapat wujud di tanah Sahr-Nawi

Beroleh khalifat ilmu yg aliyy (tinggi)

Daripada Abdul Qadir Jailani



* Syeikh Shamsuddin Al Sumatrani - anak murid kepada Syeikh Hamzah Al Fansuri. Menjadi Perdana Menteri di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.

* Syeikh Abdul Rauf Singkel - menjadi Perdana Menteri semasa pemerintahan Sultanah Safiatuddin Tajul Alam (1645 - 1675) & bertanggungjawab membina semula pentadbiran Acheh yang hancur akibat perang dengan Portugis di Melaka (1629). Beliau juga dikenali dengan nama Tengku Syeikh di Kuala kerana mengajar & mendirikan madrasah di Kuala Sg Acheh sekembalinya dari berguru di Mekah, Madinah & Jeddah. Beliau adalah
pelopor Ilmu Tafsir Al-Qur'an di Alam Melayu melalui kitab Tafsir Al Baidhawi yang
sehingga kini masih diterbitkan di Mesir. Sebagai mengenang jasa & menghormati peribadi beliau, namanya diabadikan pada sebuah universiti di Acheh iaitu Universiti Syeikh di Kuala.

* Syeikh Bukhari Al Jauhari - pelopor bidang politik melalui kitab Tajus Salatin (1603). Buku ini mempunyai pengaruh mendalam terhadap karya-karya penulis erkemudian seperti Bustanus Salatin (1638) oleh Syeikh Nuruddin Ar Raniri & Sulalatus Salatin (1612) oleh Tun Seri Lanang.

* Syeikh Nuruddin Ar Raniri - menghasilkan banyak karangan bermutu di dalam bidang Fiqh (perundangan Islam), Usuluddin (Tauhid atau Theology Islam), Hadis & politik. Di atas perintah Sultan Iskandar Thani, beliau menulis kitab Bustanus Salatin (1638).

Acheh hanya jatuh ke tangan Belanda pada awal kurun ke-20. Semangat
jihad yg menyemarak di dada rakyat Acheh menyebabkan Belanda terpaksa
membuat taktik "divide & rule" (pecah & perintah) dengan merasuah sebahagian
hulubalang Acheh kerana tidak mungkin Acheh dapat ditewaskan dengan direct/conventional war.



There is always a blessing in disguise. Saya percaya ada hikmah yg besar di sebalik bencana tsunami yg melanda Acheh baru-baru ini. Mungkin ini suatu proses permulaan terhadap rebuilding semangat Islam Acheh yg dahulu. Jika Jepun berjaya bangkit dari bencana bom atom di Hiroshima & Nagasaki untuk menjadi kuasa ekonomi dunia, tidak mustahil Acheh juga akan bangun dari malapetaka ini untuk menjadi kuasa penyebaran Islam di Nusantara ini, kerana mereka mempunyai sejarah silam yang gemilang.

Ana sekadar melontarkan pandangan dan pengetahuan yang ada. Wallahu'alam Bissowab.

Wednesday, January 12, 2005

Khususan ila Ukhti Nashielia Abu Bakar

Friend Like You
Is Almost Too Good To Be True

The Laughter, the Tears
We have been through them over the
Years

The Time We Have Shared
No One Could Compare
The Lessons We Have Learned
The Times We Have Been Burned

The Moments Together We Have Made
Those Will Never Fade
Our Friendship Can Only Grow
Stronger
And The Years Hopefully Longer

I Just Wanted You To Know
How Much I Cherish You So

Friend Like You
Is Almost Too Good To Be True

The Laughter, the Tears
We have been through them over the
Years

The Time We Have Shared
No One Could Compare
The Lessons We Have Learned
The Times We Have Been Burned

The Moments Together We Have Made
Those Will Never Fade
Our Friendship Can Only Grow
Stronger
And The Years Hopefully Longer

I Just Wanted You To Know
How Much I Cherish You So

Friend Like You Is Almost Too Good To
Be True

The Laughter, the Tears We
have been through them over the Years

The Time We Have Shared No
One Could Compare


Happy Belated Birthday My Friend!

*********************************************************************

Sorry Lia, ana lupa nak wish tepat pada masanya...hehe...jgn mare! Takziah untuk abah Lia atas kemalangan yang menimpa. Semoga abah Lia cepat sembuh.

Tuesday, January 11, 2005

Khabar dari Bumi Waqafan..

Wah! baru buka email td...tgk2 ada pengkhabaran yang menyedihkan dari bumi waqafan...nampaknya keadaan semakin membimbangkan, selain masalah sosial adik-adik muslimin dan muslimat, ditambah dengan takde stayer mat yang mengiringi min. Sedih juga bila mengingatkan... ana mungkin tak sebaik mana satu ketika dulu. Tapi insyaAllah masih lagi menjunjung dan mendokong tarbiyyah dari bumi Waqafan. Bila muslimat dah tak kenal aurat dan tak pandai jaga muru'ah....apa lagi nak dikata?!

Mungkin dah sampai masanya makhluk yang memberi peringatan satu ketika dahulu mena,matkan tugasnya, atau mungkin tugas memberi peringatan kepada warga bumi waqafan semakin terpikul di bahu para Syubban Dakwah sekalian...

Wallahu'alam...

Saturday, January 08, 2005

Catatan Hari Ini...

Actually ana tak tau nak tulis ape dalam entry kali ini, sementelah teramat sibuk dengan exam dan gerak kerja "society". Sebenarnya ana baru je dr group binding COMRADE atau nama penuhnya Community Research for Aboriginal Development. Baru je join masa new recruitment bulan lepas. Erm, program yang agak menarik sepanjang tahun dapat dilihat dalam almanak yang dibentangkan oleh Mok Ana selaku secretary 1.
Antaranya trip ke perkampungan orang asli di sekitar Cameron Highland, Sungai Siput, Pahang dan Kelantan. Alhamdulillah ana ditempatkan dalam Education Bureau. Walaupun hajatnya nak jadi sub-committee Welfare Bureau. Mana taknya...asyik-asyik kalau join society mesti diserap masuk bawah DnT @ Dakwah and Training. Agaknya muka ana ni serius sangat kot...hehe..nak wat cane, dah memang muka cenggini. Yela..buat kerja kena la serius kan...Penah dulu masa ana kat KISAS, brother Dewan Makan yang galak mengusik bebudak puteri terus terdiam bila ana lalu. Agaknya terkujat dengan tahap kemasaman muka ana laksana asid pekat kot. Pastu siap suruh orang senyum kat dia plak. Ntah pape...

Berbalik pada pengisian yang ana dapat dari usrah hari ni adalah ulasan tazkirah mase katibah @ Qiyamullail semalam. Sebenarnya, ana kena present isu semasa hari ni. Tapi biasala isu semasa sekarang ni masih lagi dengan bencana yang melanda ceruk Asia, Tsunami. Dan bagaimana mangsa yang hanyut selama 8 hari dilautan boleh survive hanya berbekalkan air hujan, air kelapa dan buah kelapa. Subhanallah!! Dalam masa yang sama dia tidak meninggalkan solat. Alangkah kagumnya...sedangkan kita yang masih bersenang lenang di tilam empuk masih lagi gemar melewat-lewatkan solat.

Ana ada terbaca satu surat pembaca dalam ruangan forum Utusan Malaysia hari ini, dalam surat tu penulis menyentuh kekuasaan Allah dalam memelihara masjid-masjid dari bencana Tsunami. Dan persoalan yang dilontarkan oleh penulis ialah...adakah masjid-masjid berhampiran kita makin bertambah jemaahnya selepas Tsunami?? atau masih di takuk lama,hanya tok siak dan tok imam menjadi jemaah tetap? Sama-sama la kita muhasabah diri kita. Selain isu Tsunami, Kak Nora juga ada menyentuh mengenai tanda-tanda kiamat. Antaranya kedatangan Dajjal, serta peringatan-peringatan yang Allah turunkan pada umat manusia hari ini. Kalau nak diikutkan, terlalu banyak bencana alam dan perkara-perkara pelik berlaku pada hari ini sampaikan yang sepatutnya dikatakn luar biasa menjadi perkara biasa kepada kita. Sampaikan maksiat yang berlaku secara terang-terangan kita masih boleh pandang sebelah mata. Ayat famous yang selalu keluar dari mulut kita ..."biasalah..". Na'uzubillahi min zalik! Biarlah kita sentiasa berasa pelik dengan perkara-perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita. Dan semoga kita sentiasa berada dalam peliharaan Allah.

Dalam minggu ini ana banyak dapat sms dan phone call yang pelik-pelik. Agak-agak dah tiba masanya nombor yang ana gunakan ini ditukar kepada nombor yang baru. Hairan jugak, canela nombor yang comel lote ni boleh sampai ke tangan orang-orang yang tak dikenali...ana ni bukannya orang kenal sangat. Tapi...sayang nombor ni sebab ummi yang bagi hadiah masa kat matriks dulu. cane ek?

Sambil ana update blog ni...ana ada terbaca satu artikel yang ana dapat dari Yahoogroups Ex-KI, rasanya elok jugak kalau kita kongsi bersama...

*******************************************************************

Seperti sukar untuk dipercayai apabila memikirkan bencana alam yang
dasyat masih mampu menyentuh tanahair kita. Tapi, itulah hakikatnya.
Tidak pernah dicatatkan dalam sejarah negara, ombak besar setinggi
pohonkelapa datang ke pesisir pantai membunuh lebih 50 mangsa dan
menyebabkanribuan oranghilang tempat berteduh. Buat pertama kalinya, Hopital Selayang, PUSRAWI dan HUSM terpaksa dikosongkan kerana akur bergoyang pada gempa bumi
berskala 8.9 Richter.

Pada skala Richter, 'severity' :
<6 = mild
6-8 = moderate
>8 = severe

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter,
ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali ganda ,
misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3
bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu.

Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya berukuran 6.5 Richter.

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah tarikh 'maut'.

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan,
Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam,
Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000
nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga berlaku pada
awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut beratus nyawa. Adakah semuanya ini
'coincidental'?

Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember di banyak tempat di
dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya?
Pada pagi 26 Disember 2004, di persisiran pantai timur selatan India
diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar
menginsafinya sebagai peringatan Kita sering mendengar dalam
pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum
umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam
bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana
teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut, twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya.

Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.
Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk Countdown 2005 makin hebat.
Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. Amat memeranjatkan sebaik
sahaja warta berita selesai dipenuhi berita bencana tsunami tersebut,
bertubi-tubi pula iklan mengenai sambutan Tahun Baru ke udara.
Semuanya mengajak orang ramai melupakan diri pada malam yang dibintangi segala
macam artis popular. Perkhidmatan kenderaan awam akan dilanjutkan
sehingga jam 2-3 pagi. Adakah ini reaksi kita terhadap peristiwa
bencana yang dipertontonkan? Jauhnya masyarakat kita ini dari kesedaran!
Bukan stighfar dan insaf, tapi makin galak nak lakukan maksiat!

Kepada semua, jangan lupa berdoa dan berusaha. Jangan terleka dengan
comfort zone kita dan melakukan rutin harian tanpa sebarang rancangan
untuk memacu umat ke taraf yang lebih baik daripada apa yang ada
sekarang.

**********************************************************************
Daripada email ni, ana teringat entry ana yang lepas. Tak ingat plak berapa tarikhnya, tapi...yang pastinya maksud ayat 88-91 dari Surah Maryam;

88- They say: "(God) most has begotten son.

89- Indeed ye have put forth a thing most montrous.

90- At it the skies are ready to burst, the earth to split asunder, of the mountain to fall down in utter ruin.

91- That they should invoke a son for (God) Most Gracious.

(The Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali.)


Ana masih belum sempat rujuk kitab-kitab tafsir, tapi seorang sahabat ana ada bertanya pada Dr. Sofiah Shamsuddin mengenai ayat ini. Kata Dr. Sofia, ayat ini secara langsungnya memang la peringatan yang Allah turunkan pada manusia yang menyeleweng tapi secara tak langsung berkaitan dengan gempa bumi bawah laut dan Tsunami. Masya Allah!



Tuesday, January 04, 2005

Tanda-Tanda Kiamat

Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan
hadis:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik
r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung
6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di
antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah
manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih
Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir
zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang
bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) &
penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di
antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak
akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik &
ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2
yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan
terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang
mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara
tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2
telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat
Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam
menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang
datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih
Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian
yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat
Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput &
sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi
padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim

***********************************************************

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap Matahari..
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat...
Puas kita menunggu dan mencari di mana matahari..
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi...


Ana: Semoga kita tergolong sebagai ashabul yamin!

Saturday, January 01, 2005

Tsunami

" Earth is split asunder ( Tsunami 26th Disember ) that people ascribe a son for Allah ( Christmas 25th Disember )...

Maryam, 19:88-91.