Saturday, December 18, 2004

Innalillahi wa Inna Ilaihi raaji'uun...

Semalam ana menerima dua berita sedih dan mengejutkan. Petang semalam sebelum turun ke sport complex, Maya ada bagitahu ana yang kakak kepada 'Aiffah, ex-roomate ana masa first year dulu meninggal dunia disebabkan cedera parah di kepala semasa kemalangan jalanraya. Rasanya beru je pegi walimatul 'urus Kak Nora, atau nama sebenarnya Nor Ashiqin Mohd Ali hari tu. Apa yang lebih menyedihkan, Allahyarhamah meninggalkan anak kecil yang baru berusia 7 bulan, Amiir Husaini bin Mohd Faizal. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan selepas Isyak semalam. Ana tak dapat pegi ke Kajang sebab ada discussion untuk presentation RKUD4210 dan usrah. Takziah untuk 'Aiffah sekeluarga. Dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah...Al-Fatihah.

Berita sedih yang kedua yang ana terima semalam juga agak mengejutkan. Balik dari sport complex semalam, ana dapat call dari ummi. Ummi bagitau yang adik ana terpaksa ditahan wad sebab ada infection dalam darah selepas demam tak kebah-kebah selama seminggu. Sian adik. Agaknya demam adik ni kira demam rindu sama kot. Maklum la masa study kat INSANIAH dulu tiap-tiap hari balik umah walaupun stay dalam kampus. Pastu sekarang bila dah duk kat Ulu Sintok nun, nak balik seminggu sekali pun susah. 'Ala kulli hal, syafakillah untuk adik...semoga cepat sembuh!

*****************************************************************************************

Takziah juga untuk ana kerana terpaksa juga meneruskan taklifan dalam lajnah. Hajatnya nak tawaquf dari kerja-kerja lajnah, tapi bila fikir-fikir balik rasa macam selfish plak. Kalau nak dikatakan ana ada masalah study, orang lain pun ada jugak. Semoga ana diberi kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home