Thursday, December 16, 2004

From the Bottom of My Heart

Sayu rasanya hati bila mendengar suara sedih orang di sana. Benarlah seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al-Insyirah : " setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kemudahan"..
Dan setiap berita yang baik pasti akan ada juga berita yang buruk...

Alhamdulillah dan tahniah buat orang di sana kerana dapat flying colour result! Seronok ana mendengarnya. Ntah bila ana dapat merasa result yang macam tu. Harapnya orang di sana tak lupa doakan kejayaan ana di sini.

Bila kita sentiasa berada diatas tak mustahil suatu hari nanti kita akan berada dibawah. Dan pada ketika itu pasti ramai yang mencemuh kononnya kita sudah lupa untuk bersungguh walaupun pada hakikatnya hanya Allah saja yang tahu. Dan hanya orang-orang yang pernah merasai keadaan ini sahaja yang akan faham. Alhamdulillah ana masih lagi diberi kewarasan untuk berfikir, dan dikurniakan teman yang sentiasa memahami akan apa yang ana hadapi. Alhamdulillah juga kerana orang di sana sentiasa memberi semangat untuk terus bangun selepas jatuh terjelepuk. Semoga ana akan terus tabah dan kuat semangat untuk teruskan perjuangan ini...

Ya Allah! sekiranya segala kesulitan yang ana hadapi selama ini ada kifarah buat dosa yang pernah ana lakukan maka Engkau ampunkanlah segala dosa yang pernah ana lakukan sama ada sengaja atau tidak...Dan sekiranya kesulitan ini ada salah satu dari ujian yang Engkau berikan buat diri hamba-Mu, maka Engkau berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk terus tabah dan bersemangat untuk menghadapinya....Aamiiiin Ya Rabbal 'Aalamiiiiin...


0 Comments:

Post a Comment

<< Home