Monday, December 06, 2004

Dikir Barat vs Dikir Hits

Semalam sume puteri ground floor Hisbah Al-Ghafir Mahallah Asma' memerah tenaga untuk menyiapkan bait-bait dikir barat yang akan dipersembahkan mase Asma' Cultural Night nanti. Hish, naik riso ana bila sume pakat-pakat kekeringan idea-idea bernas. Last-last rasanya dah tak jadik dikir barat tapi dikir hits bila banyak lagu-lagu hits yang dimasukkan. Yela, masukkan lagu raya zaman 60-an, 70-an, dan 80-an...Tambah plak lagu 'amuk' Akar dan Bumi pastu masuk lagu ape ntah lagi. Nasibla, masing-masing busy dengan kelas yang dah bermula. Student engineering plak mula bersungut yang Workshop diorang dah start minggu ni. Masing-masing bertambah busy la. Ditambah plak notis baru dr CCAC yang mengatakan SKILL untuk level 3/4 bermula minggu ni.

Bila pikir pasal skill ni, naik kecut jugak la perut ana bila mengingatkan skill yang telah ana pilih. Kununnya amik sewing skill ni nak menjana kemahiran menjahit yang dah blajo mase form 1,2 and 3 dulu. Ingat lagik mase tu cikgu Che Nah yang ajar. Hish, takut sangat...sebabnye ape tau tak? Dia penah cakap sape yang jahit leher baju kedah projek form 2 mase tu....alamatnya kawen dengan laki orang. Huish! Na'uzubillahi min zalik. Ade ke sumpah camtu! Buatnya jadik betul haaa..tak ke jadik kes naya. Kalo dapat madu yang baik takpe la jugak...Kalo tak?! sape nak bertanggungjawab? Kalau mengikutkan apa yang diorang amik sem lepas...yang ngajo skill ni bukan sebarangan orang, tapi kawan-kawan yang seangkatan dengan pereka fesyen terkenal...ala, macam Radzuwan Radzwill, Tom Awang Saufi dan Rizalman Ibrahim tu...lagi la menambahkan kecut perut ana. Tapi rasanya diorang ni tak macam cikgu menjahit kat SMKAP dulu kot...Maklumla professional la katakan. Mesin kat rumah plak rosak...camne ek kalo ade homework mase cuti? Kalo mak kasik... jahit kat rumah tok la...tapi...mesin kat rumah tok pakai manual. Nanti bengkang-bengkok la jahitan ana. Takpe la...kita tengok nanti ye! Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan ana.

Hish, busy betul dengan akaun yang nak ditutup. Tadi Kak Ifah call minta financial report tampen. Ana dah kasik guna soft copy aritu sebelum balik. Agaknya maklumat tak sampai kot. Takpe la, nanti ana watkan sekali lagik. MS11 just around the corner. Sebagai MT, ana kena pantau catering department. Ada cadangan untuk tempah. Tapi memandangkan masa dah suntuk dan budget yang semput bleh ke??! Susah jugak keje dengan anak-anak orang berada ni. Senang-senang je diorang buat cadangan. Mudah memangla mudah...tapi rasanya keadaan tak mengizinkan. 'Ala kulli hal, tertakluk kepada discussion CP and CCP catering.

Bila sibuk-sibuk camni rasa rindu sangat kat rumah. Rasa cam nak balik je. Leh tengok muka mak selalu...jumpa Ipah yang comel....apakan daya sume ni cume imaginasi ana je. Lambat lagi nak balik....:(

0 Comments:

Post a Comment

<< Home