Friday, December 03, 2004

Di Penghujung Syawal

Alhamdulillah semester dua sessi 2004/2005 dah pun bermula. Sume subjek dah settle. Assignment dah pun dapat dilihat bayang-bayangnya. Fuhhh...dua subjek major dah diberitahu ada presentation. Ishk...terasa kecutnya perut ini. Almaklum saja la, kalau bab-bab bercakap kat depan ana ni lemah sket. Rasa dah terbayang dalam minda...tapi tak terhambur keluar dari mulut. Camne ek? Mungkin ini salah satu kelemahan diri yang ada pada ana. Dalam sibuk-sibuk ke kelas sempat juga ana mulakan bussiness baru. Hehe..bussiness jual barangan aksesori wanita...cam mami jarum plak. Anyhow, sambutan amat menggalakkan. Nanti bleh la balik amik stok baru kat Padang Besar. Rugi jugak tak bawa banyak2 aritu. tapi apa kan daya modal tak cukup. Alhamdulillah rezeki bertambah murah. Dapat la jugak income untuk simpanan hari tua @ simpanan untuk bayar hutang PTPTN. Alhamdulillah juga Asmiza sudi jadik bussiness partner. senang sket dapat partnership dengan orang yang dah berumahtangga ni. ye la...transport dia dah ada. Modal pun ada supporter. Cam ana ni sumenya sendiri...kalau nasib baik dapatla support dari PA & MA.
Sepanjang cuti yang lepas takde mende yang nak dibuat, dok umah wat keje umah jela. Kengkadang kene ngasuh si kenit Ammar yang demok...rasa terhibur benar bila jadik baby sitter ni.seronok sangat tengok keletah manja dia. Walaupun sakit pinggang sebab asyik mendukung. Afifah pun menghabiskan masa yang lama kat umah ana. Rasa sayu sangat bila mendengar tangisannya semasa malam ana nak bertolak pulang ke kampus. Nanti la ye...InsyaAllah kakak dapat jugak datang ke sekolah kak Hannah. Kak Hannah pun sayang sangat kak Kakak.
Syawal sudah di penghujungnya, puasa syawal baru dapat 3 hari. Harap-harapnya dapatla cukupkan sampai 6 hari...ameeeennn..
Syukur sangat bila dapat tahu orang tu dah dipanggil untuk temuduga di Kelantan. Semoga Berjaya! Ana sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.




0 Comments:

Post a Comment

<< Home