Wednesday, December 29, 2004

Giving Lecture in Class (2)

Hari ni bersambung lagi presentation pasal Al-Biruni, the founder of comparative religion. Ina sambung present pasal the methodologies which has been used by Al-Biruni in studied other religion.

Banyak jugak soalan, tapi hari ni best sket sebab kelas nampak lebih happening dengan soalan-soalan dari student. Di sini ana nak kongsi tentang the differences between Muslim's methodologies and Western methodologies in study other religion

1) Islam or muslim scholars are strongly stress on the authenticity of the sources. meaning that, we must justify and verify any commentaries and criticism based on the evidence; the textual and the traditions, studies and researches or observation and reasoning. When we look in the muslim's historiography, we're really stress on the unbroken chain or the continuation of the sanad. So, nobody can created any new things. Meanwhile, comparedto the western methodologies, they're not really stress on the authenticity of the sources. Meaning that they're not stress on the continuation of the sources. For example in the process of writing Bible, there're so many new things created by the author infact there're many mistakes and argumentation of the words. When we look at the process, we found that a huge gap between the time og Christ and his disiples.

2) Muslim's methodologies are based on tje scientific and objective method, it means that when we study other religion we must let the religion speak on themselves. The study must based on the accurate data, using the primary sources (eye-witness). While the westerners claim it as a farce or just take for granted.

3) Muslim' scholars using the method of universalism in study other religion, meaning that muslim study in all aspect of religion with various type of perspectives and does not selecting only some part of the religion. In contrast, the westerners using the reductiveness method or reduce religion to the something else. They selective,restrictive and in accurate. They always looking in one particular aspect of the religion. for example; the sociology approaches who claim that the religion is the society,religion is mental phenomenon and not spiritual.

Therefore, to balance all these methods, we must use reason in order to make it reasonable and avoid bias in the study.

All the muslims methodologies above were used by Al-Biruni in his study and the comparison with the western methodologies has been quoted from Dr. Kamar Oniah's PhD thesis.

Hmm...ada banyak lagi slide yang belum disentuh termasuklah the contributions of Al-Biruni in comparative religion. Tapi insya'Allah semunya akan dihabiskan dalam minggu ni jugak...Rasa2nya masuk ni dalam mid term 2 minggu lagik.

Tuesday, December 28, 2004

45 maut tsunami: Ombak besar landa pantai Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor

PULAU PINANG: Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban setakat ini, manakala beratus-ratus rumah dan kenderaan musnah apabila ombak besar atau tsunami akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, melanda pantai Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Selangor semalam.



Ombak besar turut melanda Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myanmar dan Bangladesh meragut kira-kira 8,700 nyawa, dengan Sri Lanka mencatat kematian tertinggi.

Tsunami mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi 8.9 skala Richter itu, paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ia berpusat di Latitud 3.1 Utara dan Longitud 95.5 Timur, 590 kilometer dari sini dan 680 kilometer dari Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang berada di luar negara, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan bantuan segera diberikan.

Kebanyakan mangsa di Malaysia ialah mereka yang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai Batu Ferringhi dan Balik Pulau di sini, ketika ombak melanda secara mengejut dalam keadaan cuaca baik kira-kira jam 1.30 tengah hari.




Seramai 32 orang mati di negeri ini, kebanyakannya lemas akibat ombak besar yang melanda beberapa kawasan tepi pantai.

Paling trajis ialah kejadian di Batu Ferringhi di mana lima sekeluarga yang sedang berkelah - Nizari Mahmud (ibu), 39; dan empat anaknya Nurul Hasimah Md Hassan, 18; Nurul Naimah Md Hassan, 14; Nurul Nazirah, 13; dan Mohd Firdaus, 4, lemas dibawa ombak.

Ombak kuat dikatakan menarik mangsa ke laut menyebabkan ramai, ketika beratus-ratus penduduk tempatan dan pelancong, sama ada berkelah, bersiar-siar atau mandi manda pada cuti hujung minggu sehari selepas perayaan Hari Natal.

Bilik gerakan sementara turut dibuka di pantai Miami, Batu Ferringhi ketika gerakan mencari dilakukan. Berpuluh-puluh orang dikhuatiri masih hilang sewaktu ombak besar setinggi lebih enam meter merempuh semua kawasan tepi pantai berkenaan pada kira-kira jam 1 hingga 2 petang.

Di KEDAH, sepuluh orang termasuk kanak-kanak perempuan berusia 11 bulan, mati manakala ramai lagi dikhuatiri lemas atau hilang apabila ombak besar melanda perkampungan di pesisir pantai Kedah, termasuk pulau peranginan Langkawi.

Sembilan daripada mangsa itu, iaitu lapan wanita dan seorang lelaki, ditemui di Kota Kuala Muda manakala seorang lagi wanita di Langkawi. Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Gerak Am (PGA), polis termasuk Unit Anjing Pengesan serta pasukan Rela masih mencari kemungkinan ada lagi mangsa yang belum ditemui.

Siri ombak besar itu yang dipercayai mencapai setinggi enam meter atau bangunan tiga tingkat, dilaporkan melanda Langkawi kira-kira jam 11 pagi sebelum melanda perkampungan nelayan di Kota Kuala Muda kira-kira jam 1 tengah hari.

Di Kota Kuala Muda, kira-kira 1,000 rumah membabitkan 5,000 penduduk di 10 kampung nelayan di pesisir pantai musnah akibat dipukul ombak besar.

Tinjauan mendapati sebahagian besar kampung itu menjadi padang jarak padang terkukur serta dipenuhi lumpur apabila kira-kira 500 daripada 1,000 rumah di kampung terbabit ranap manakala sebahagian lagi rosak termasuk hilang dinding dan tercabut bumbung.

Ombak besar dikatakan melanda kampung berkenaan tiga kali dalam tempoh setengah jam antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari menyebabkan kebanyakan mangsa terperangkap dalam rumah yang ranap.

Di PERAK, dua terbunuh manakala seorang lagi masih hilang apabila sampan yang mereka naiki dihempas ombak besar di Parit Buntar dan Bagan Datoh.

Di SELANGOR, seorang lelaki yang memancing bersama tiga rakannya di tepi Pantai Sungai Burung dekat Sabak Bernam dikhuatiri menjadi mangsa pukulan ombak tsunami di pantai itu semalam.

Arbain Mat Piah, 40, tercampak ke dalam laut bersama rakan-rakannya. Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Zainal Abidin Kassim, mangsa hilang di dalam air sementara tiga rakannya sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing, kira-kira 3 petang semalam.

Di PERLIS, berpuluh-puluh bot dan sampan nelayan di Kuala Sungai Baru tenggelam dan rosak teruk, kebanyakannya pecah berlanggar sesama sendiri akibat dilanda dua kali ombak besar tengah hari dan petang semalam.

Ombak besar turut meranapkan beberapa jeti pendaratan ikan dan gerai menjual hasil laut di tepi kuala sungai itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana nelayan atas bot ketika kejadian sempat menyelamatkan diri ke daratan.

*******************************************************************

Pagi semalam 'qubaila' outing dengan Fatin ummi tepon dari rumah, dia tanya ana,"rasa tak gegaran ala-ala gempa bumi?" Ana jawabm,"takdela pulak tadik baru je ana jemur kain kat luar, mesti la lagi senang terasa sebab ampaian tu kat kawasan lapang.Agaknya ummi ni perasan je kot. Kalau tak pun, ada orang amik tanah lagik kat kuari depan rumah kita"

"Tapi, ummi memang betul-betul rasa...sume benda dalam umah bergoyang-goyang. Kak Ayu pun rasa cam ummi rasa. Ummi rasa pening sampai nak naik pitam. Nasib baik Ipah ada. Dia yan tolong sapukan minyak kat kepala ummi. Tadi ni ummi ingatkan dah nak kiamat, sebab dalam kitab-kitab lama ada mengatakan yang kiamat akan berlaku disaat ita leka dengan urusan keduniaan", sambung ummi lagik.

"Hish ummi ni, wal'iazubillah. Minta dijauhkanlah dr kelalaian dengan urusan dunia di saat kiamat menjelang",kata ana lagik.

"Ummi takut betui tadik sampai ak putus-putus mengucap dahla kebelakangan ni ummi asyik sakit-sakit je". "Takde pape la, insyaAllah sumenya selamat",jawab ana.

hmm..seram jugak dengar kata-kata ummi. Kiamat itu berlaku disaat kita dalam keaadaan biasa, sibuk dengan hal-hal keduniaan. Na'uzubillahi min zalik kita temasuk dalam golongan tersebut. Biarla kita jadik golongan yang sentiasa menunaikan solat walaupun pada ketika itu tak de perbezaan antara malam dan siang.

Malamnya...ummi call lagik. Dia cakap pasal ombak besar tsunami. Ana tanya, "Tsunami tu apa?" "Camner Malaysia leh terasa sekali?" " Bukan ke negara kita bebas dari ancaman gempa bumi?" Ummi jawab,"Mana la ummi nak tau, ummi bukannya geologist"

hehe...pening gak ummi layan soalan aku. Biasanya tu le jawapannya. Kalau tak pun dia bagi nama kita soh ana explore sendiri. Kalau tak pun surfing internet. Ummi cakap kalao dia jawab nanti lagi banyak soalan ana. Kalo ayah ana maunya naik angin baran dia sebab ana ni memang banyak tanya. Dah la tu kadang-kadang buat-buat pekak...hehhe...betul tak orang disana??!

Walau apapun bencana tsunami betul-betul mengejutan kita. Hari tu masa banjir besar kat Pantai Timur takla terasa sangat sebab banjir memang sokmo berlaku kat sana. Ni dahla berlaku kat Pantai Barat, umah ana pun terlibat sama. Nasib tok ngan tok wan kat Langkawi dah takde. Kalo tak camne ye??!

Sesungguhnya, malapetaka yang Allah turunkan mengingatkan kita yang Dialah Yang Maha Berkuasa di muka bumi ini. Dan apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Friday, December 24, 2004

Giving Lecture in the class...!

Akhirnya mimpi ngeri menjadi kenyataan dengan kehadiran Dr. Wan ke kelas...jeng..jeng..jeng..

Hari ni ana sampai awal 15 minit ke kelas. fuiyyoo!!! berjaya memecahkan record 3 tahun di the garden of knowledge and virtue. Sesampainya di sana tak de sorang pun classmate dalam kelas...aikk! Hairan bin ajaib sebabnya, selalu sisters dalam kelas tu datang awal...yang datang awal lagi pun ada. Ni mesti kes malas nak dengar group kami bagi lecture ni...Ana dan Ina dah bergumbira sbb pikir takde kelas kot...Sedang prepared apa yang nak disampaikan dalam lecture nanti, datangla sorang brother ni..."Aiseh! ade kelas la...Cane ni? Agak-agak kita kena bagi lecture tak?" tanya Ina. "Ntahla, kita tgk la nanti...kalo lagi 15 minit Dr. Wan tak datang kita cabut la...Dah seram sejuk seluruh badan ni"

Dipendekkan citer, kami kene gak bagi lecture dalam kelas. Dah memang dua-dua jenis darah gemuruh...nasib le...tapi ramai gak yang puji sbb muke kitaorang cool je..hehe...buat muke selambe je le walaupun digasak dengan asakan arguementation dari Dr.Wan. Alhamdulillah juga jadi first presenter, banyak jugak dapat diambil iktibarnya dari presentation kali ni. Ina yang kene sampaikan the methodologies used by Al- Biruni kene smash teruk jugak. Boleh dikatakan every single word kene argue. hehe..nampaknya nanti kalo Dr.Wan bagi lecture kita wat balik camtu dekat dia. Barula marvellous sket..tul tak?! Presentation ni akan disambung lagi pada sesi kelas yang akan datang dan diramalkan berlanjutan sehingga 4 jam kelas...bersiap sedialah untuk sebarang kemungkinan.

Semoga Allah sentiasa memberi pertolongan pada hamba-hamba-Nya. Ameen!

*****************************************************************************

Kasih sayang adalah rahmat tuhan... Apabila kita ada rasa sayang,
bermaksud hidup kita sentiasa dirahmati... Kadang-kadang kita perlu
berkorban untuk kasih sayang itu... Bukan utk dihargai tetapi sebab percaya dan
tahu erti sbenar kasih sayang... (Quoted: email Kak Ib dalam Jillul Rabbani)

Thursday, December 23, 2004

The problems faced by Abbasid caliphate

Usai lecture untuk Abbasid Caliphate terus je masuk ITD lab. Untung-untung dapat jugak update blog dan check email. Alhamdulillah sumenye berjalan seperti biasa. Actually tatau nak tulis apa dalam blog ni, cuma nak wat summary tentang apa yang ana dapat dalam kelas tadik.

There are four main problemsfaced by Abbasid Government during the centralization period; The communication problem of the central government, the oppositon parties, the policy of some caliphs and the army.

i) The problems faced by the Abbasid central government is miscoomunication between central government and the non-Muslim in their territiries. This problem has related with the communication between Abbasid government with Persian and Rome. Both of these government also has communication problem in their territories leader. And its cause the decentralization over these great empires.Abbasid on their turn tried their best to consolidate and strengthen their central authority. They're successful during the first century of their rule and another century they're became weak. It was very difficult to maintain that power, besides that some other reasons helped in weakening their central power such as the movements of opposition parties.

ii) Shi'ah and Khawarij were active opposition parties during the reign of Banu Umayyah and they still continue their opposition against the Abbasid although Shi'ah is one of the supporters of the Abbasid earlier. They're very strong in North Africa, especially in the middle Morocco, tayhert or Algeria or during that time itwas known as Rustumid State, Oman and Yemen. So, they're conquered the Arabian Gulf area, Black Sea and Caspian Sea.

iii) The policy of Harun Al-Rashid, the 5th calliph of Abbasid and his son, Al-Makmun were strongly contribute to the weakening the central Government. During the period of Harun Al-Rashid, he stopped sending armies to Al-Maghrib @ Morocco to bring it under his control. Consequently, the situation of Al-Maghrib became worse than before and the door of decentralization widely opened.

al-makmun, his son, was fight against his own brother, Al-Amin in order to succeed the power. He give an authority to the Tahir ibn Al-Hussein in the area between North Iran and Egypt. This area was known as Tahirid State. Tahir's decendent and family were continued to rule this area.

iv) The last point is the arising of the turkish army during the period of Al-mu'tasim. Al-Mu'tasim was really support to this problem. The Army were became more powerful than the central government.

***********************************************************************

Alhamdulillah, adik dah discharged ward. Buat orang di sana...buat yang terbaik untuk proposal tu...esok balik Qlate molek deh! :)

Tuesday, December 21, 2004

Semalam keluar KL dengan Ina. Hajatnya nak carik peralatan menjahit dan slow cooker.
Alahmdulillah selamat dah beli barang-barang yang dihajatkan...tetapi malangnya tiba-tiba...terbekenan kat satu jubah kat kedai ni...cantiok jugak, ada sulam ribbon, pastu tekstil dia guna sutera Vietnam. Harga boleh tahan jugak...heheh...nampaknya tanduk sudah naik...maka jubah itu pun selamat menjadi hak milik Hannah...hehehe...

Dah berpuluh kali cuba call orang di sana tapi asyik tak dapat di hubungi. risau jugak...sakit ke dia? Hp rosak ke? Ke pegi ke mana2 kawasan yang tak de coverage? Sebenarnya nak bagi tau yang ana dah dapat idea untuk paper projek tu...Tapi tak pe la, ana doakan semoga Allah permudahkan segala urusannya dan semoga dia sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan dr-Nya.

***********************************************************************************

Semoga Adik cepat sembuh!

Saturday, December 18, 2004

Innalillahi wa Inna Ilaihi raaji'uun...

Semalam ana menerima dua berita sedih dan mengejutkan. Petang semalam sebelum turun ke sport complex, Maya ada bagitahu ana yang kakak kepada 'Aiffah, ex-roomate ana masa first year dulu meninggal dunia disebabkan cedera parah di kepala semasa kemalangan jalanraya. Rasanya beru je pegi walimatul 'urus Kak Nora, atau nama sebenarnya Nor Ashiqin Mohd Ali hari tu. Apa yang lebih menyedihkan, Allahyarhamah meninggalkan anak kecil yang baru berusia 7 bulan, Amiir Husaini bin Mohd Faizal. Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan selepas Isyak semalam. Ana tak dapat pegi ke Kajang sebab ada discussion untuk presentation RKUD4210 dan usrah. Takziah untuk 'Aiffah sekeluarga. Dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah...Al-Fatihah.

Berita sedih yang kedua yang ana terima semalam juga agak mengejutkan. Balik dari sport complex semalam, ana dapat call dari ummi. Ummi bagitau yang adik ana terpaksa ditahan wad sebab ada infection dalam darah selepas demam tak kebah-kebah selama seminggu. Sian adik. Agaknya demam adik ni kira demam rindu sama kot. Maklum la masa study kat INSANIAH dulu tiap-tiap hari balik umah walaupun stay dalam kampus. Pastu sekarang bila dah duk kat Ulu Sintok nun, nak balik seminggu sekali pun susah. 'Ala kulli hal, syafakillah untuk adik...semoga cepat sembuh!

*****************************************************************************************

Takziah juga untuk ana kerana terpaksa juga meneruskan taklifan dalam lajnah. Hajatnya nak tawaquf dari kerja-kerja lajnah, tapi bila fikir-fikir balik rasa macam selfish plak. Kalau nak dikatakan ana ada masalah study, orang lain pun ada jugak. Semoga ana diberi kekuatan untuk menjalankan amanah yang diberi.

Thursday, December 16, 2004

From the Bottom of My Heart

Sayu rasanya hati bila mendengar suara sedih orang di sana. Benarlah seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al-Insyirah : " setiap kesusahan itu pasti diiringi dengan kemudahan"..
Dan setiap berita yang baik pasti akan ada juga berita yang buruk...

Alhamdulillah dan tahniah buat orang di sana kerana dapat flying colour result! Seronok ana mendengarnya. Ntah bila ana dapat merasa result yang macam tu. Harapnya orang di sana tak lupa doakan kejayaan ana di sini.

Bila kita sentiasa berada diatas tak mustahil suatu hari nanti kita akan berada dibawah. Dan pada ketika itu pasti ramai yang mencemuh kononnya kita sudah lupa untuk bersungguh walaupun pada hakikatnya hanya Allah saja yang tahu. Dan hanya orang-orang yang pernah merasai keadaan ini sahaja yang akan faham. Alhamdulillah ana masih lagi diberi kewarasan untuk berfikir, dan dikurniakan teman yang sentiasa memahami akan apa yang ana hadapi. Alhamdulillah juga kerana orang di sana sentiasa memberi semangat untuk terus bangun selepas jatuh terjelepuk. Semoga ana akan terus tabah dan kuat semangat untuk teruskan perjuangan ini...

Ya Allah! sekiranya segala kesulitan yang ana hadapi selama ini ada kifarah buat dosa yang pernah ana lakukan maka Engkau ampunkanlah segala dosa yang pernah ana lakukan sama ada sengaja atau tidak...Dan sekiranya kesulitan ini ada salah satu dari ujian yang Engkau berikan buat diri hamba-Mu, maka Engkau berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk terus tabah dan bersemangat untuk menghadapinya....Aamiiiin Ya Rabbal 'Aalamiiiiin...


Wednesday, December 15, 2004

Peringatan Buat Diriku dan Muslimah- muslimah yang lain

Seindah hiasan adalah wanita solehah
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah
Memujuk rayu
Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik
dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

www.raudhah.com

Monday, December 06, 2004

Dikir Barat vs Dikir Hits

Semalam sume puteri ground floor Hisbah Al-Ghafir Mahallah Asma' memerah tenaga untuk menyiapkan bait-bait dikir barat yang akan dipersembahkan mase Asma' Cultural Night nanti. Hish, naik riso ana bila sume pakat-pakat kekeringan idea-idea bernas. Last-last rasanya dah tak jadik dikir barat tapi dikir hits bila banyak lagu-lagu hits yang dimasukkan. Yela, masukkan lagu raya zaman 60-an, 70-an, dan 80-an...Tambah plak lagu 'amuk' Akar dan Bumi pastu masuk lagu ape ntah lagi. Nasibla, masing-masing busy dengan kelas yang dah bermula. Student engineering plak mula bersungut yang Workshop diorang dah start minggu ni. Masing-masing bertambah busy la. Ditambah plak notis baru dr CCAC yang mengatakan SKILL untuk level 3/4 bermula minggu ni.

Bila pikir pasal skill ni, naik kecut jugak la perut ana bila mengingatkan skill yang telah ana pilih. Kununnya amik sewing skill ni nak menjana kemahiran menjahit yang dah blajo mase form 1,2 and 3 dulu. Ingat lagik mase tu cikgu Che Nah yang ajar. Hish, takut sangat...sebabnye ape tau tak? Dia penah cakap sape yang jahit leher baju kedah projek form 2 mase tu....alamatnya kawen dengan laki orang. Huish! Na'uzubillahi min zalik. Ade ke sumpah camtu! Buatnya jadik betul haaa..tak ke jadik kes naya. Kalo dapat madu yang baik takpe la jugak...Kalo tak?! sape nak bertanggungjawab? Kalau mengikutkan apa yang diorang amik sem lepas...yang ngajo skill ni bukan sebarangan orang, tapi kawan-kawan yang seangkatan dengan pereka fesyen terkenal...ala, macam Radzuwan Radzwill, Tom Awang Saufi dan Rizalman Ibrahim tu...lagi la menambahkan kecut perut ana. Tapi rasanya diorang ni tak macam cikgu menjahit kat SMKAP dulu kot...Maklumla professional la katakan. Mesin kat rumah plak rosak...camne ek kalo ade homework mase cuti? Kalo mak kasik... jahit kat rumah tok la...tapi...mesin kat rumah tok pakai manual. Nanti bengkang-bengkok la jahitan ana. Takpe la...kita tengok nanti ye! Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan ana.

Hish, busy betul dengan akaun yang nak ditutup. Tadi Kak Ifah call minta financial report tampen. Ana dah kasik guna soft copy aritu sebelum balik. Agaknya maklumat tak sampai kot. Takpe la, nanti ana watkan sekali lagik. MS11 just around the corner. Sebagai MT, ana kena pantau catering department. Ada cadangan untuk tempah. Tapi memandangkan masa dah suntuk dan budget yang semput bleh ke??! Susah jugak keje dengan anak-anak orang berada ni. Senang-senang je diorang buat cadangan. Mudah memangla mudah...tapi rasanya keadaan tak mengizinkan. 'Ala kulli hal, tertakluk kepada discussion CP and CCP catering.

Bila sibuk-sibuk camni rasa rindu sangat kat rumah. Rasa cam nak balik je. Leh tengok muka mak selalu...jumpa Ipah yang comel....apakan daya sume ni cume imaginasi ana je. Lambat lagi nak balik....:(

Sunday, December 05, 2004

Selamat Hari Lahir!

Hari ni ada dua orang yang akrab denganku menyambut hari lahir. Selamat Hari Lahir buat maksu Miera & orang di sana! Semoga kedua-duanya dimurahkan rezeki dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Buat orang di sana...jadi pengapit baik2 tau! ish...tak dapat nak dibayangkan camne agaknya dia jadik pengapit. hehehe... jangan marah ye orang di sana! Good Luck jugak untuk temuduga 10/12 nanti! Ana sentiasa doakan kejayaan dia. Jangan lupa doakan ana di sini sama ye! Drive carefully!


Friday, December 03, 2004

Di Penghujung Syawal

Alhamdulillah semester dua sessi 2004/2005 dah pun bermula. Sume subjek dah settle. Assignment dah pun dapat dilihat bayang-bayangnya. Fuhhh...dua subjek major dah diberitahu ada presentation. Ishk...terasa kecutnya perut ini. Almaklum saja la, kalau bab-bab bercakap kat depan ana ni lemah sket. Rasa dah terbayang dalam minda...tapi tak terhambur keluar dari mulut. Camne ek? Mungkin ini salah satu kelemahan diri yang ada pada ana. Dalam sibuk-sibuk ke kelas sempat juga ana mulakan bussiness baru. Hehe..bussiness jual barangan aksesori wanita...cam mami jarum plak. Anyhow, sambutan amat menggalakkan. Nanti bleh la balik amik stok baru kat Padang Besar. Rugi jugak tak bawa banyak2 aritu. tapi apa kan daya modal tak cukup. Alhamdulillah rezeki bertambah murah. Dapat la jugak income untuk simpanan hari tua @ simpanan untuk bayar hutang PTPTN. Alhamdulillah juga Asmiza sudi jadik bussiness partner. senang sket dapat partnership dengan orang yang dah berumahtangga ni. ye la...transport dia dah ada. Modal pun ada supporter. Cam ana ni sumenya sendiri...kalau nasib baik dapatla support dari PA & MA.
Sepanjang cuti yang lepas takde mende yang nak dibuat, dok umah wat keje umah jela. Kengkadang kene ngasuh si kenit Ammar yang demok...rasa terhibur benar bila jadik baby sitter ni.seronok sangat tengok keletah manja dia. Walaupun sakit pinggang sebab asyik mendukung. Afifah pun menghabiskan masa yang lama kat umah ana. Rasa sayu sangat bila mendengar tangisannya semasa malam ana nak bertolak pulang ke kampus. Nanti la ye...InsyaAllah kakak dapat jugak datang ke sekolah kak Hannah. Kak Hannah pun sayang sangat kak Kakak.
Syawal sudah di penghujungnya, puasa syawal baru dapat 3 hari. Harap-harapnya dapatla cukupkan sampai 6 hari...ameeeennn..
Syukur sangat bila dapat tahu orang tu dah dipanggil untuk temuduga di Kelantan. Semoga Berjaya! Ana sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaannya di dunia dan akhirat.