Friday, November 19, 2004

A Mayonnaise Jar....and the coffee

When things in your life seem almost too much tohandle, when 24 hours in a day are not enough,remember the mayonnaise jar...and the coffee...

A professor stood before his philosophy class and hadsome items in front of him. When the class began,wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golfballs. He then asked the students if the jar was full.They agreed that it was. So the professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly.The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was. The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous "yes." The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed. "Now," said the professor, as the laughter subsided, "I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things-yourGod, family, your children, your health, your friends,and your favorite passions-things that if everything else was lost and only they remained, your life wouldstill be full. The pebbles are the other things that matter like your job, your house, and your car. The sand is everything else-the small stuff. "If you put the sand into the jar first," he continued, "there is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you willnever have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take time to get medical check ups. Take your partner out to dinner.Play another 18. There will always be time to clean the house and fix the disposal." Take care of the golf balls first, the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand." One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled. "I'm glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend."

A friend in need is a real friend indeed..

Friday, November 12, 2004

10 Golden Rules

1.TODAY I WILL NOT STRIKE BACK:
If someone is rude, if someone is impatient, if someone is unkind...I will not respond in a like manner.

2. TODAY I WILL ASK ALLAH TO BLESS MY "ENEMY":
If I come across someone who treats me harshly or unfairly, I will quietly ask Allah to bless that individual. I understand the "enemy" could be a family member, neighbor, co-worker, or astranger.

3. TODAY I WILL BE CAREFUL ABOUT WHAT I SAY:
I will carefully choose and guard my words being certain that I do not spread gossip.

4. TODAY I WILL GO THE EXTRA MILE:
I will find ways to help share the burden of another person.

5. TODAY I WILL FORGIVE:
I will forgive any hurts or injuries that come my way.

6. TODAY I WILL DO SOMETHING NICE FOR SOMEONE, BUT IWILL DO ITSECRETLY:
I will reach out anonymously and bless the life of another.

7. TODAY I WILL TREAT OTHERS THE WAY I WISH TO BETREATED:
I will practice the golden rule - "Do unto others as Iwould havethem do unto me" - with everyone I encounter.

8. TODAY I WILL RAISE THE SPIRITS OF SOMEONE I DISCOURAGED:
My smile, my words, my _expression of support, can makethedifference to someone who is wrestling life.

9. TODAY I WILL NURTURE MY BODY:
I will eat less; I will eat only healthy foods. I will thank Allah for my body.

10. TODAY I WILL GROW SPIRITUALLY:
I will spend a little more time in salaah and duatoday: I will begin reading something spiritual or inspirational today; I will find a quiet place (at some point during the day and contemplate on the purpose of life.!!!

Insha'Allah w Ameen ya Rub.

Monday, November 08, 2004

Tanda-tanda Kematian Seorang Hamba

"Setiap yang hidup itu pasti akan menemui ajalnya"
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.WALLAHUA`LAM
************************************************************************************
Semoga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua. Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita semakin hari semakin meningkat. Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu.

Friday, November 05, 2004

Golongan Perawi Hadith Wanita @ Muhaddithaat

Ketika membelek senarai manuskrip untuk mencari sebuah manuskrip yang boleh ditahqiq, saya menemui satu nama yang menarik perhatian. Nama itu ialah Sittul Katabah, pemilik sebuah koleksi riwayat hadis. Yang menarik berkenaan nama tersebut dua perkara:

1. Permulaan namanya dengan kalimah sittu (sin dan ta'). Saya tertanya-tanya apakah ia merupakan nama siti yang masyhur di tanah melayu? Setelah bertanya dan mencari maklumat saya mendapat tahu yang kalimah sittu merupakan ringkasan kalimah sayyidah dan digunakan dalam Bahasa Arab pasar. Saya juga telah menemui sittu-sittu yang lain dari kalangan perawi hadis ketika mencari hakikat kalimah tersebut. Sittu itu juga yang dikenali di tanah melayu dengan nama siti.

2. Yang keduanya adalah kepelikan diri saya (kerana ilmu yang kurang) apabila mengetahui wujudnya kitab hadis riwayat seorang wanita. Selama beberapa tahun berteman dengan kitab-kitab sohih, musnad, mu'jam dan ajza' hadis yang lain, belum masyhur dan tidak pernah saya mentakhrij hadis dari kitab seorang wanita.

Perkara ini menarik perhatian saya untuk membaca lebih luas tentang pengajian kaum wanita di zaman salaf. Setelah bertanya beberapa orang guru dan menemui sebuah buku kecil karangan Syeikh Masyhur Hasan, saya merasa agak tidak adil untuk membiarkan usaha-usaha wanita perawi hadis dan muhaddisat tidak diketengahkan sedangkan usaha mereka juga cukup besar dalam sejarah ahli hadis.Apatah lagi dalam suasana hari ini yang anak-anak gadisnya tidak mengambil berat lagi soal memahami tafsiran wahyu Allah. Mereka terpisah terus dari kehidupan mufassirat, muhaddisat, rawiyat, faqihat, muarrikhat dan kurangnya pendedahan hal ini kepada mereka. Kemudian, para musuh Islam pula melalaikan mereka dengan idol-idol yang merosakkan kehidupan dan kebahagiaan hakiki mereka. Pabila ulama juga sibuk mengupas kisah-kisah artis. Yang berusaha untuk membaiki keadaan dari kalangan fatayat pula terlalu kurang mengambil berat soal memahami tafsiran wahyu dari kitab-kitab ulama terdahulu. Bukanlah maksud kita untuk memaksa mereka mencapai tahap ulama dalam memahami tafsiran wahyu, tetapi benarkah mereka mengambil berat mempelajari tafsiran al-Quran dan kitab-kitab hadis muktabar? Tidak kira apa jua bidang yang diceburi, mempelajari ilmu wahyu adalah jalan untuk mencapai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat.

Saya percaya ada yang telah menulis berkenaan perkara tersebut seperti yang saya dengar daripada beberapa orang sahabat yang menyertai seminar-seminar di Malaysia, namun nama-nama tersebut masih lagi jauh dari pengetahuan anak-anak gadis. Mungkin kurangnya pendedahan kepada mereka dalam kem-kem atau kursus-kursus. Saya tulis di sini beberapa contoh yang masyhur untuk dihayati sejarah mereka:

Terlalu ramai sahabiah yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah. Seperti yang dimaklumi ramai, isteri baginda Aisyah adalah di antara tujuh sahabat yang paling banyak meriwayatkan daripada baginda.

Dalam kurun tabi'en

1. `Amrah bint. Abd ar-Rahman ( yang bersaing dengan`Urwah dalam meriwayatkan hadis Aisyah)
2. Hafsah bint. Sirin
3. Mu'azah bint. Abdullah Ummu as-Sahba'
4. Ummu ad-Darda' as-Sughra Hujaimah ad-Dimasyqiyyah.

Di antara tahun 200H dan 300H

al-Khatib al-Baghdadi (mati 463 H) dalam Tarikh Baghdad dan Ibn Hibban dalam as-Siqaat telah menghimpunkan banyak nama.Antara muhaddisat dan perawi wanita zaman ini ialah:

1. `Abidah al-Madaniyyah
2. `Ulayyah bint. Hassan
3. Nafisah bint. Al-Hasan

Tahun 400 H

1. Fatimah bint. Abd ar-Rahman
2. Fatimah bint. Abu Daud
3. Amah al-Wahid bint. Al-Muhamiliy
4. Jum'ah bint. Ahmad
5. Amah as-Salam bint. al-Qadhi Abu Bakr

Tahun 500H

1. Fatimah bint. al-Ustaz al-Hasan ad-Daqqaq
2. Aisyah bint. Hasan
3. Aisyah bint. Muhammad ibn al-Husain al-Bistomiy

4. Bibi bint. Abd. as-Samad al-IbariyBibi
meriwayatkan satu juzu' hadis daripada Abd. ar-Rahman ibn Syuraih. Hanya dia yang meriwayatkan juzu' tersebut. Ia dikenali dengan nama Juzu' Bibi. Kitab hadis ini telah dicetak dalam satu jilid kecil.

5. Karimah bint. Ahmad

Karimah sangat masyhur sebagai perawi dan pengajar kitab Sohih al-Bukhariy. Beliau meriwayatkannya daripada al-Kasymihiniy. Di antara mereka yang hadir dalam majlis pengajian Karimah ialah tokoh-tokoh besar dalam pelbagai bidang. Antaranya:
• al-Khatib al-Baghdadi tokoh besar ilmu Hadis
• Muhammad ibn Nasr al-Azdi
• Abu al-Mahasin al-Misriy
• Imam as-Sam'aniy pengarang kitab al-Ansab yang masyhur.

Di antara perawi dan pengajar Sohih al-Bukhariy yang lain

1. Fatimah bint. Muhammad (539 H), digelar Musnid Asfahan.
2. Syuhdah bint. Ahmad (574 H), dikenali dengan sanad yang tinggi.
3. Zainab bint. Abd ar-Rahman (615 H)
4. Syarifah bint. Ahmad an-Nisawi, meriwayatkan Sohih al-Bukhariy drpd. Al-Kasymihiniy.
5. Sittul Wuzara' bint. Umar (716 H)
6. Zainab bint. Muzoffar, dia telah membandingkan nuskhah Sohih al-Bukhariy dengan usulnya bersama suaminya.
7. Afifah bint. Ahmad al-Farifani (606 H), dia telah meriwayatkan daripada Fatimah al-Juzdaniyyah Kitab al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam as-Soghir karangan Imam at-Thabraniy serta Kitab al-Fitan karangan Nuaim ibn Hammad. Di antara yang meriwayatkan daripada Afifah ialah Ibn Nuqtah.

Demikianlah beberapa contoh yang disebut secara ringkas. Untuk menulis dengan lebih detail memerlukan masa yang lebih panjang. Saya berharap agar maklumat ringkas ini menyuntik semangat untuk para fatayaat pada hari ini menuntut ilmu. Semoga Allah memulihkan keadaan umat Islam hari ini dan memberi petunjuk kepada anak-anak gadis mereka ke arah kehormatan, kesucian dan kemuliaan.

Petikan e-mail,
Al-Akh Khairil Husayni Jamil

*************************************************************************************

Ramadhan sudah berada di penghujungnya.... :(
Semoga Allah beri kesempatan untuk bertemu dengannya lagi di tahun hadapan.