Tuesday, October 19, 2004

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un...

Terjemahan keratan akhbar
*****************************************************
Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysiaselepas 12 jam

Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan NasrCity .... kerana perselisihan kewangan – membunuh dan membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan jenayahnyaPegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan,Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas kejadian.Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd ZakiAyob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayatibt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasanPerumahan Swisry Nasr City. Pihak siasatan polis mengenal pasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut ialah Darman Agustari (33 tahun), warganegara Indonesia, pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan di antara keduanya dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada jiran yang lain.Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjayamenangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukannya.Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hariJumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No51, kawasan Perumahan Swisry, Nasr City menyedari ada kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa (Mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu terkejut dan mendapati api sedang marak menyala daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa yang begitu pantas dan mereka tidak mampu memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.
• Penduduk kawasan perumahan tersebut segeramelaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba,dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai ditempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantasmemadamkan kebakaran disamping menutup mematikanelektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.
• Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal apidengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejutapabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsahangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut disamping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumahmangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsurpembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakarantersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumahmangsa untuk menyembunyikan jenayahnya,Tikaman Pisau.
• Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka diantaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada, tengkuk dan muka mangsa. Begitu juga yang terdapat dijasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa mangsa. Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah tetamu kepada mangsa.
• Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap pembunuh. Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa. Pihak berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universitial-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cybercafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah motosikal.
Pembunuh dikenalpasti.Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan Asia di kawasan perumahan yang sama yang telahbersembunyi selepas kejadian.
• Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah hospital swasta di Mohandesin, Giza yang sedang mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan kirinya.
• Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut. Namun dia tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya. Setelah ditekan dan diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil menangis dan menjerit-jerit.Tertuduh berulang kali mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah membakar mangsa di rumah mereka".Tertuduh mengaku Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asingsebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan tertuduh.Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa kali.Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah dibadannya, tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadiantersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus selepas keluar daripada bilik tidur. Lalu tertuduh memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil menikamnya dengan pisau. Kemudian tertuduh menarik kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan. Seolah-olah kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak dapat tidur dengan lena. Tertuduh menyambung dengan mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya pisau serta kedudukan barang-barang yang diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut


Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir


*************************************************************************************

Masya'Allah....tak sangka dalam bulan ramadhan yang mulia ni masih lagi terjadi jenayah yang seperti ini. bertambah-tambah sedih lagi Allahyarham Mohd Zaki Ayob adalah senior ana kat KI. Walaupun baru ketika ini mendengar namanya, tapi....isk..isk.. so touching! Anak-anak kecil yang tak bersalah turut menjadi mangsa. Kesian...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh keempat-empat mangsa. Al-Fatihah...
Sepanjang minggu peperiksaan ni dah tiga kematian ana terima. Syahdu sungguh ditambah pula dalam bulan yang mulia ni. Ana akui ajal dan maut itu di tangan Allah. kita tak tahu bila kita akan dijemput ke sana. Dan beruntunglah pada sesiapa yang mendapat husnil khatimah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home