Tuesday, October 19, 2004

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un...

Terjemahan keratan akhbar
*****************************************************
Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysiaselepas 12 jam

Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan NasrCity .... kerana perselisihan kewangan – membunuh dan membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan jenayahnyaPegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan,Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas kejadian.Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd ZakiAyob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayatibt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasanPerumahan Swisry Nasr City. Pihak siasatan polis mengenal pasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut ialah Darman Agustari (33 tahun), warganegara Indonesia, pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan di antara keduanya dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada jiran yang lain.Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjayamenangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukannya.Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hariJumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No51, kawasan Perumahan Swisry, Nasr City menyedari ada kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa (Mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu terkejut dan mendapati api sedang marak menyala daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa yang begitu pantas dan mereka tidak mampu memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.
• Penduduk kawasan perumahan tersebut segeramelaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba,dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai ditempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantasmemadamkan kebakaran disamping menutup mematikanelektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.
• Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal apidengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejutapabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsahangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut disamping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumahmangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsurpembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakarantersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumahmangsa untuk menyembunyikan jenayahnya,Tikaman Pisau.
• Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka diantaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada, tengkuk dan muka mangsa. Begitu juga yang terdapat dijasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa mangsa. Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah tetamu kepada mangsa.
• Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap pembunuh. Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa. Pihak berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universitial-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cybercafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah motosikal.
Pembunuh dikenalpasti.Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan Asia di kawasan perumahan yang sama yang telahbersembunyi selepas kejadian.
• Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah hospital swasta di Mohandesin, Giza yang sedang mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan kirinya.
• Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut. Namun dia tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya. Setelah ditekan dan diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil menangis dan menjerit-jerit.Tertuduh berulang kali mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah membakar mangsa di rumah mereka".Tertuduh mengaku Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asingsebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan tertuduh.Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa kali.Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah dibadannya, tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadiantersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus selepas keluar daripada bilik tidur. Lalu tertuduh memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil menikamnya dengan pisau. Kemudian tertuduh menarik kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan. Seolah-olah kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak dapat tidur dengan lena. Tertuduh menyambung dengan mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya pisau serta kedudukan barang-barang yang diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut


Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir


*************************************************************************************

Masya'Allah....tak sangka dalam bulan ramadhan yang mulia ni masih lagi terjadi jenayah yang seperti ini. bertambah-tambah sedih lagi Allahyarham Mohd Zaki Ayob adalah senior ana kat KI. Walaupun baru ketika ini mendengar namanya, tapi....isk..isk.. so touching! Anak-anak kecil yang tak bersalah turut menjadi mangsa. Kesian...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh keempat-empat mangsa. Al-Fatihah...
Sepanjang minggu peperiksaan ni dah tiga kematian ana terima. Syahdu sungguh ditambah pula dalam bulan yang mulia ni. Ana akui ajal dan maut itu di tangan Allah. kita tak tahu bila kita akan dijemput ke sana. Dan beruntunglah pada sesiapa yang mendapat husnil khatimah.

Wednesday, October 13, 2004

Ribena dan Lucozade Haram?!!

Ishk! Sudah jemu menunggu untuk buka e-paper exam dari web library. Lambat bebenor! agaknya acrobat reader kat cc ni tak leh guna kot! Nyesal plak, kalau study kat bilik pun dah dapat banyak. Erm, 'Al kulli hal alhamdulillah dapat jugak update blog ni. Sudah berjam-jam menunggu, ana jenguk-jenguk kantung email yang sarat dengan berita-berita dari alumni KI. Banyak jugak perkembangan. Antaranya berita dari senior yang further study kat UK. Laporn dari London mengatakan bahawa minuman ringan kegemaran ana, ribena disahkan haram!!! Masya'Allah! Biar benar... Tapi, kalau tak silap ada lambang halal yang disahkan oleh JAKIM. Camne ye??! Takut jugak ada unsur-unsur syubhah atau sighah mubalaghhnya, halam. Macam kes ayam baru-baru ni. Rasa cam berdiri bulu roma mengingatkan. Makin berleluasa benda-benda camni sekarang ni. Kat bawah ni ada laporan berita yang dikirimkan.....

************************************************************************************

LONDON: Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah. Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya. Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya. Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena. - Agensi.

************************************************************************************

Ana: Mudah-mudahan Allah jauhkan darah dan daging ana dari sumber makanan yang haram dan syubhah. Amiiiiinnnn!!!!!

Tuesday, October 12, 2004

For the Second Time!

Alhamdulillah... dapat jugak diberi kelapangan olehNya untuk update blog baru ni...
Nampaknya agak berdebu dek kerana sibuknya tuan punya blog dengan exam semalam.
'Ala kulli hal dapat jugak ana menenangkan fikiran yang berserabut dua tiga hari ni.
Sambil-sambil tengok soalan exam yang lepas sempat jugak menjenguk blog ni untuk create new post....hehehhe! seronot!
Tiba-tiba teringat sajak yang pernah di post dalam blog yang usang berlumut dulu...
memang amat menyentuh perasaan sape-sape yang menghayatinya...tapi....masih adakah muslimah seperti yang dicoretkan di dalam sajak yang diatas?

**********************************************************************************


Seorang Gadis Itu
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit,
manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh cinta,
sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua,
bukan lemah, atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan,
menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah, daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...

seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI

**********************************************************************************

Alangkah bahagianya bila seorang gadis itu mendapat keredhaan dari ilahi demi menuju cinta Nya yang abadi.
Alangkah indahnya andai diri ini menjadi seperti gadis itu...



Sunday, October 10, 2004

NuKhTaH bIdAyAh

Alhamdulillah dapat berhijrah ke blog baru. Semoga ana dapat terus istiqamah menulis dalam blog ni. Dan harapan jugak semoga blog ni tak menjadi seperti blog Danchan yang usang terbiar dan bersawang. 'Ala kulli hal....all the best especially for myself! hish...orang lain sibuk2 menelaah untuk exam sempat lagi dia create blog. Ntah pape... walau apa pun.. ni ada sedikit tazkirah untuk myself dan sape-sape yang terbaca blog ni...

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa :"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik..

Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

************************************************************************************

Setiap yang Allah jadikan itu ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu sentiasa bersyukur atas setiap nikmat dan kurniaan-Nya.

Ana: Semoga sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan daripadaNya...